Berdasarkan pergerakan harga emas pada minggu ini iaitu pada 24 Jun 2011 merupakan hari yang menceriakan pelabur-pelabur emas bila mana harga belian berada pada paras USD1557 dan jualan pada harga USD1558.
Justeru itu kesemua akaun pelabur emas mengutip keuntungan berlipat ganda. Catatan akaun yang diceritakan dapat ditunjukkan seperti akaun di bawah ini:
Walau bagaimanapun tetiba akaun emas mulai merudum secara drastik sehingga harga penutupan pada 25 Jun berada pada paras belian USD1501.00 dan jualan pada paras USD1502.00 seperti garapan keluk harga berikut:
Akibat kesan penurunan harga maka beberapa akaun pelaburan emas mengalami defisit sebagai berikut:
Akaun 1
Akaun 2
Persoalannya mengapakah perkara ini berlaku?
1. Kesepakatan pemimpin negara-negara Eropah dan IMF berjanji untuk membantu menyelesaikan hutang Greek mengubah sentimen pasaran saham di Eropah dan seluruh dunia dengan syarat pemerintahan Greek sedia menerima syarat-syarat ditetapkan sehingga 3 Julai 2011.
2. Sentimen ura-ura pengeluaran stok penimbal Amerika Syarikat bagi menstabilkan harga minyak di pasaran terbuka pada minggu ini melonjakkan pasaran saham dunia. Kenaikan harga minyak yang berterusan pada masa kini akibat dari peperangan di Libya yang berpanjangan.
3. Kenaikan harga saham Asia yang dipimpin oleh China mulai menguat pada minggu setelah 9 minggu tidak bermaya. Kenaikan saham perbankan China dengan volume besar terjadi setelah Perdana Meteri China Wen Jiabao mengatakan inflasi segera menurun , dan beberapa analis ramalan bursa Asia akan meningkat.
Persoalannya berapa lamakah harga emas akan menguncup?
Ramai penganalisis meramalkan bahawa situasi ini hanya berlaku dalam jangka pendek berdasarkan kepada sentimen-sentimen baru yang akan muncul antaranya :
1. Sejauh manakah bekalan minyak stok penimbal mampu bertahan untuk menstabilkan harga minyak?
2. Mampukah Greek mengikut syarat dan plan pemulihan hutang mereka yang ditetapkan oleh pemimpin Kesatuan Eropah dan IMF?
3. Mampukah Kawasan Perdagangan Eropah mengenbalikan kegemilangan ekonomi mereka?
4. Benarkah negara China dapat menurunkan kadar inflasi di negaranya berdasarkan plan ekonomi makro mereka yang dikatakan memberangsangkan?
5. Sejauhmanakah janji pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah dan IMF dapat dilaksanakan atas bantuan mereka ke atas Billout Greek?
6. Bagaimanakah penstrukturan pekerjaan di USA dapat dilakukan dengan penarikan semula tentera di zon perang iaitu di Afghanistan kira-kira seramai 33,000 menjelang Julai 2011?
No comments:
Post a Comment