Apabila kita menyelami dalam FB masa kini, pelbagai puak pelaburan emas telah muncul. Nasib baek Pendita Emas muncul seawal dari mereka. Maka banyaklah pengalaman jatuh bangun yang PE rasai dalam pelaburan emas. Dapat melihat dari tidak suka dengan emas, jadi suka dengan emas.
Atas pengetahuan yang pelbagai mengenai pelaburan emas, maka berlakulah pertembungan ideologi antara puak-puak pelaburan emas ini. Maka berlakulah perang idea di sana sini.
Bagi memurnikan situasi pelaburan emas PE sarankan dalam perniagaan nie elakkan diri daripada:
1.Mengheboh dan berbangga dengan skil peribadi yg ada dan memperlekehkan ilmu orang lain, takut sampai satu peringkat nanti datangnya perasaan riak. Ini disebabkan ilmu yg kita miliki ibarat setitik air lautan di lautan luas. Maka bersyukurlah apa yang ada.
2. Mengagung-agungkan produk sendiri tetapi memburuk-burukkan produk yang telah orang lain sertai. Takut dikemudian hari produk kita akan menjadi cacian. Setiap produk ada kekuatan dan kelemahan sebab itu persaingan yg sihat sangat dialu-alukan.
3. Jangan melolong sana sini terhadap org tidak suka ke atas projek yg kita anjurkan dengan menghentam perasaan org laen, sedangkan dalam perniagaan kita kena tahu setiap pelanggan memiliki cita rasa masing-masing.
4. Jangan cerita jika membuat sesuatu secara percuma tak dapat apa, bukan harap sangatpun wang peserta, walhal itulah matlamat mereka mendapat peluang mengikis wang ke atas orang yang tiada pengetahuan atas sesuatu pelaburan.
5. Jangan bercerita tentang kejayaan orang laen jika diri kitapun tidak seberjaya dengan mereka yang kita ceritakan. Oleh itu kita perkasakan diri dahulu.Penafian: Nota ini hanya untuk renungan dan peringatan buat diri sendiri.
No comments:
Post a Comment