Salam,
Alhamdulillah pada jam 8.00 malam 2 Oktober 2010 Allah telah memberi kekuatan dan kemudahan kepada Pendita Emas sebagai tuan rumah Seminar Pelaburan Emas.
Penganjuran ini menjadi sejarah kepada Pasir Gudang kerana buat julung-julung kalinya menjadi lokasi Seminar Pelaburan Emas anjuran penditaemas999. blogspot.com dan uncangemas.net di TS Hotel.
Terima kasih kepada tauke Mr Yong pemilik TS Hotel juga merupakan bekas anak murid saya menyediakan tempat seminar yang terbaik untuk kami. Majlis berjalan lancar walaupun diadakan secara percuma.
Rasa kesian pulak saya kepada saudara penceramah En Mohd Faeez B Mazlan tidak dapat menghabiskan ceramahnya dalam tempoh 3 jam tanpa henti kerana idea yang mencurah-curah untuk memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya.
Sebagai tutor yang mengajar beliau di OUM, saya tabik pada beliau kerana dapat mengawal majlis dengan baik dan audien yang hadir dapat memberi tumpuan 100% dalam ceramah beliau dari awal hingga tamat.
Tahniah bro, Mohd Faeez Mazlan. I give u 4 star/5 star coz kena pelbagaikan lagi kreativiti dalam penyampaian dengan menyelitkan sesi membuat rempit emas melalui edaran borang merempit supaya audien wat kajian kes sendiri. Gambar aktiviti akan dimasukkan kemudian.
Tahniah kepada yang ada kelapangan untuk hadir. Simpati kepada mana-mana teman yang tidak dapat hadir disaat-saat akhir kerana ada jemputan ke majlis-majlis rumah terbuka, yang menghadapi jem secara tiba-tiba di lebuhraya Pasir Gudang yang menyebabkan mereka berpatah balik semula dan yang telah menghadapi laluan berliku hingga tersesat tidak menemui TS Hotel Scientex.
Feedback sangat memberangsangkan, selepas seminar semua hadirin memberi respon positif. Yang kesian ada yang telefon jam 3.00 pagi menyatakan tidak dapat melelapkan mata kerana ingin segera menjadi agen untuk mengeluarkan wang RM20,000.00 serta merta tergendala kerana bank tutup. So tunggulah hari Isnin baru terubat penyakit tidak boleh tidur kerana emas telah mempengaruhi otak mereka.
Perubahan mendadak inilah yang sangat pendita emas suka. Bukan sahaja dapat share kejayaan, kami juga dapat membantu rakan-rakan untuk hidup serba senang setiap masa jika tidak menjadi jutawan.
Segala pilihan ditangan anda. Mahu hidup senang atau kaya raya emas boleh menjelmakan cita-cita dan harapan kita. Good Hope ! Good Hope !!!!!
Next time akan dianjurkan seminar pelaburan emas di Johor Bahru bertempat di Hotel Good Hope Skudai. Perincian seminar akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Kepada orang Johor selepas ini kami akan mengadakan road show seminar pelaburan ke Simpang Renggam lokasi tanah kelahiran saudara penceramah Mohd Faeez B Mazlan.
No comments:
Post a Comment