Thursday, October 7, 2010

Jam 6.00 pagi Jumaat 8/10/10



Salam,

Ha Ahhh, harga emas bermula semula pada jam 6.00 pagi. 1 Dinar telah jatuh RM1.00 menjadi RM622 daripada RM623.00 manakala gold bar 20 gram susut kepada RM3 daripada RM3015 kepada RM3012.

Ini berita baik kepada semua pelabur untuk membuat tambahan stok emas dalam tangan time ini. Biasalah permulaan hari bila dimulakan dengan kejatuhan kecil ia akan ditampung dengan satu lonjakan harga yang besar.

Semua bergatung kepada keaktifan pelabur. Jika pelabur suka menyimpan alamat harga akan naik kerana penawaran kurang, jika dibuat lambakan oleh pelabur baru maka harga akan turun sedikit dan akan menjadi makanan sang jerung dalam pasaran emas.

Siapa jerung dan siapa tukang lambak emas dalam pasaran?

Sang jerung merupakan broker yang mempunyai aset berbilion atau Bank Pusat negara yang sedia ada dengan rezab negara yang besar seperti negara China dan Russia.

Manakala tukang lambak dalam pasaran ialah negara-negara yang terbuka minda sekarang untuk terlibat sama meraih keuntungan besar dari pasaran harga emas yang naik mendadak. Contoh terbaru Filipina.

Berita semasa mengenai kenaikan harga emas telah mendapat liputan meluas masa kini juga mempengaruhi kenaikan harga emas seluruh dunia.

Going for gold: how a 'strange' investment is now mainstream

No comments: