Tuesday, August 13, 2013

Tutorial 2: Cara mudah mendapatkan USD200.00 sekelip mata menggunakan teknik scalping

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam lebaran buat semua mantee Pendita Emas diseluruh negara,

Alhamdulillah, pagi nie Pendita Emas dilapangkan dada, hati dan emosi untuk berkongsi trading intraday sesi pagi ketika berlakukannya kacau bilau ekonomi sebelah Timur baik di Jepun dan China.

Kenapa China dan Jepun, ekonomi dunia berkiblatkan kedua-dua negara ini dalam menentukan hala tuju aktiviti ekonomi dunia baik pasaran komoditi, mata wang dan saham-saham mewah.

Ok, bercerita berkenaan penggunaan teknik Scalping pada sesi trading pagi ini pilihan trading adalah sebagai berikut:

Mata wang pilihan : USD/JPY
Saiz open: 1.00
Mood Open: Buy n Sell
Profit terkumpul Setakat jam 10.00am pada 14 Ogos 2013: USD200.00

Langkah-langkah perlaksanaan.

i. Penuhkan isi perut kita dengan makanan dan minuman yang berzat sambil menyantaikan mata. minda dan psikologi. Breakfast

ii. Lihat dan pantau carta, garis support dan rintangan yang dilakarkan dalam carta harga menu yang kita nak rembat profit.

58 minutes ago 

Salam selamat pagi buat semua mantee,

Sekarang jam 9.31 pagi Rabu 14 Ogos 2013 baru selesai memenuhkan perut dengan mee soto Johor dan segelas nescafe.

Bagi memulakan trading pagi nie kita pantau dahulu carta dan kedudukan candlestick samada melepasi line merah yang dilakarkan pada awal pagi sebagai jejak pergerakan harga pada pagi ini.

Rumus secara umum kejatuhan harga USD/JPY ada kaitan dengan kenaikan data ekonomi di China terutamanya data composit.

Kesimpulannya position mood pilihan adalah strong sell. Teknik Scalping adalah pilihan utama Pendita Emas. Kita tunggu harga naik kita open, naik lagi sikit kita open dan seterusnya paling minima 3 posisi dan maksima 8 posisi.

Mood: Strong Sell
Mata wang pilihan : USD/JPY
Saiz : 1.00
Teknik : Scalping
Open Posisi: 3-8 posisi.



Buat pilihan posisi yang kita fikirkan sesuai.

44 minutes ago 

PILIHAN STRONG SELL PAGI INI ADALAH TEPAT UNTUK USD/JPY



35 minutes ago 

Pagi nie hanya sempat letak 2 posisi sell jah pada t/p 98.145 yang menjana USD70.00 jah..



Lihat posisi carta terkini dan buat scalping semula;

32 minutes ago 

Kejatuhan USD/JPY bertambah ganaz hingga ke garis support terakhir Pendita Emas



Setelah pasti posisi mencapai tahap maksima kita buat scalping untuk posisi yang baru:

26 minutes ago 

Setelah pasti harga sudah jatuh terlalu jauh, kita ambil profit posisi buy plak...



Biarkan seketika harga semasa melanggar T/P dipasang.


25 minutes ago 

Biarkan seketika untuk menjana profit



    Akhirnya profit diraih maaa

    21 minutes ago 

    Alhamdulillah harga telah melanggar line T/P dilakarkan dapeklah profit suka-suki USD132 dan total USD200.00 untuk pagi nie jah, Mudahkan untuk melaksanakan trading secara berilmu. Posisi menjana profit pagi nie menggunakan teknik scalping untuk kedua-dua posisi mood sell dan buy...



    Kesimpulannya; Jika bertrading dengan berilmu kita akan menjana profit dalam tempoh 5 hingga 6 minit sahaja.


    Siri Tutorial Trading Intraday Pendita Emas: Dapat USD2194.27 Guna Teknik Scalping

    PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

    Salam buat semua mantee Pendita Emas,

    Persoalannya : Benarkah Pendita Emas, kita boleh menjana profit trading melebihi USD2000.00 dalam sehari?




               Rajah : Rekod trading menggunakan teknik scalping pada 13 Ogos 2013. Profit dikutip 
                                                                         USD2194.27

    Hari ini 13 Ogos 2013, Pendita Emas hanya membuat trading mengikut harga intraday menggunakan teknik scalping yang hanya memerlukan duduk menghadap laptop dalam sekitar 30 minit hingga 1 jam sahaja untuk dua sesi trading mengikut pengalaman dan kepakaran sedia ada.

    Rasanya belum ada pakar trading yang dapat menggambarkan pelaksanaan teknik scalping secara dokumentasi seperti yang Pendita Emas catatkan.

    Kebanyakan trader hanya mampu menyampaikan teknik scalping secara verbal dan tidak berani memaparkan hasil yang dilakukan. Alasannya mudah jika banyak negatif dicanai maka akaun mereka akan dipandang sipi dan jatuhlah kepakaran trading dimiliki.

    Bagi Pendita Emas tiada dosanya jika kita memaparkan akaun negatif atau positif kerana matlamat Pendita Emas mahu berkongsi idea agar mantee-mantee Pendita Emas suksess dalam bertrading supaya mana-mana agen atau broker trading atau platform dipilih tidak dipersalahkan jika kita menjadi trader buat akaun sendiri.

    Kita lanjutkan perbincangan teknik scalping gaya Pendita Emas. Ini disebabkan lain tarder lain gaya dan pemahamannya dalam penggunaan teknik ini.

    Menggunakan teknik scalping ini, kita boleh mengharapkan mana-mana pergerakan posisi buy atau sell yang kecil yang mampu membawa profit kepada kita.

    Alhamdulillah, menggunakan teknik ini Pendita Emas telah berjaya menjana profit melebihi USD2194.27 dalam sehari.

    Kelebihan teknik Scalping adalah sebagai berikut:

    i. Hanya mampu dilakukan oleh trader terpilih.
    ii. Perlukan pengalaman, kepakaran, pengetahuan trading 360 darjah
    iii. Trader sentiasa sensitif dengan pergerakan carta sekecil saiz 0.01
    iv. Pandai memanipulasi data ekonomi, berita semasa.
    v. Mempunyai ketahanan mental dan emosi yang kuat dalam bertrading.
    vi. Berkeyakinan dan pantas dalam membuka dan menutup posisi.
    vii. Intiunsi iaitu pacaindera keenam dalam menilai dan menentukan pergerakan harga masa depan.
    viii. Trader yang berjaya dalam melaksanakan teknik scalping adalah trader yang mampu membuka dan menutup akaun yang menjana profit diharapkan.

    Gaya penggunaan Teknik Scalping Pendita Emas ialah:

    i. Pemilihan Mood Posisi

    Mood posisi sepanjang hari trading pada 13 Ogos 2013, Pendita Emas memilih posisi buy sahaja. Kenapa suka gunakan teknik ini adalah  disebabkan amount depo akaun sedang membesar melebihi USD5000.00.

    ii. Pemilihan Sesi Trading

    a. Sesi pertama sekitar jam 3.50 petang hingga 4.30 petang.

    Sesi ini menjadi pilihan kerana data-data ekonomi Eropah biasanya membantu kenaikan USD/JPY dan kenaikan Euro/USD tidak memberi pengaruh yang kuat kepada kejatuhan USD/JPY.

    Pada hari ini, data dari ZEW menjadi tarikan Pendita Emas kerana jika ada kenaikan kepada laporan data ini, USD pasti membuat penokokan nilainya.



    b. Sesi kedua sekitar 7.30 malam sehingga 8.35 malam.

    Berdasarkan kata-kata dan data ekonomi dalam carta


    Langkah menentukan teknik scalping.

    i. Bacalah carta harga semasa komoditi atau mata wang dipilih, data dan berita-berita ekonomi global.
     Carta menunjukkan pergerakan harga dan berita berkaitan.
    Carta harga semasa untuk dinilai
    Rajah: Berita-berita berkaitan untuk dnilai


    ii. Buat analisis teknikal untuk tempoh 15 minit, 30 minit, 1 jam sebagai map trading peribadi.

     Rajah : Buat analisis teknikal harga sokongan dan rintangan

    Carta menunjukkan line merah dilakarkan mewakili harga sokongan dan rintangan 

     iii. Buat keputusan untuk masuk posisi pilihan.

    Trading slot 1 (Petang)

    a. Hasil scalping 3 posisi mood buy



    b. Teknik scalping mood 5 posisi buy

    Boring plak, kita bidlah lagi buy USD/JPY

    Photo: Boring plak, kita bidlah lagi buy USD/JPY

    Dan menanti kemasukan profit


    Pendita Emas
    10 hours ago
    Menanti profit masyukkkk

    Photo: Menanti profit masyukkkk

    Hasil 8 mood posisi buy waktu petang

    Petua bertrading

    Depo USD50.00 main sahaja saiz 0.01
    Depo USD100.00 main sahaja saiz 0.10
    Depo USD1000.00 main sahaja saiz 1.00
    Depo USD5000.00 main sahaja saiz 10.00

    Apa-apapun saiz nak masuk kena sertakan ilmu trading yang dipelajari. Makin besar saiz semakin pusing psiko kita dan bidaan akan menjadi kecil berbanding bidaan dengan saiz yang kecil makin besar depo semakin berlapis bidaan boleh ditempa.

    Photo: Petua bertrading

Depo USD50.00 main sahaja saiz 0.01
Depo USD100.00 main sahaja saiz 0.10
Depo USD1000.00 main sahaja saiz 1.00
Depo USD5000.00 main sahaja saiz 10.00

Apa-apapun saiz nak masuk kena sertakan ilmu trading yang dipelajari. Makin besar saiz semakin pusing psiko kita dan bidaan akan menjadi kecil berbanding bidaan dengan saiz yang kecil makin besar depo semakin berlapis bidaan boleh ditempa.

    Trading Slot 2 (Sesi Malam)

    i. Tangguhkan trading seketika memantau harga semasa yang bakal berlaku dalam tempoh 2 jam.

    10 hours ago 

    Trade pada petang ini ditangguhkan jam 4.43 petang kerana Pendita Emas merasakan USD/JPY dah sampai klimeks harga tertinggi 97.900 sebentar tadi dan mahu pergi beraya ke rumah mantee-mantee Pendita Emas di JB

    Pendita Emas's photo.


    ii. Tetapkan sasaran posisi harga untuk dibida secara scalping.


    9 hours ago 



    MOOD PILIHAN : STRONG BUY
    GABUNGAN MATAWANG : USD/JPY
    SIZE : 1.00



    iii. Tetapkan sasaran T/P


    Pendita Emas
    Yesterday

    Layan sajer malam nie, 
    mood: buy
    mata wang:USD/JPY
    T/P: 98.150
    Kutipan Profit : USD1783.74 untuk setakat sampai jam 8.37 malam nie sahaja

    Photo: Layan sajer malam nie
mood: buy
mata wang:USD/JPY
T/P: 98.150
Kutipan Profit : USD1783.74 untuk setakat sampai jam 8.37 malam nie sahaja

    iv. Hasilnya

    Photo: Alhamdulillah mood buy mata wang USD/JPY sepanjang jam 4.00pm dan 8.30pm pada 13 Ogos 2013 telah menjana profit sebanyak USD1783.74

    v. Gabungan hasil petang dan malam.





    Selesai...Baca boleh, follow jangan

    Tuesday, August 6, 2013

    Harga Emas Menarik Ogas Ini

    PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

    Salam buat semua mantee,

    Alhamdulillah hari ini meronda-ronda di pusat membeli-belah sekitar Pasir Gudang. Perjalanan difokuskan kepada pemantauan harga emas fizikal semasa di kedai-kedai emas yang besar dan sentiasa dikunjungi pelanggan.

    Info harga emas sebagai berikut:

    Purity 999  24 Karat RM165/gram
    Purity 916  22 Karat RM155/gram

    Berita emas di Malaysia pula, Pendita Emas terbaca pula artikel berkenaan sasaran harga emas Poh Kong sehingga hujung tahun 2013 sebagai akan berada pada sekitar USD1400.


    Saturday, August 3, 2013

    Saham Felda semakin susut dalam tempoh setahun

    PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

    Saham Felda semakin susut

    sawit

    Sudah lebih setahun penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, dengan tawaran awam awal (IPO) RM2.19 bilion dan berjaya mengumpul RM10.4 bilion.

    Jumlah itu menjadikan penyenaraian FGVH sebagai yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook, tahun lalu.

    Transformasi daripada organisasi domestik kepada global yang dilakukan bertujuan meningkatkan daya saing dan dilihat dapat menjana pendapatan berganda kepada Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

    Namun, penyenaraian tersebut mendapat bantahan segelintir peneroka yang mengambil keputusan untuk berarak dan mengadakan protes di hadapan pejabat Felda, serta pelbagai petisyen diserahkan kepada kerajaan bagi membantah penyenaraian itu.

    Kini, setahun selepas kekecohan itu, jika berdasarkan graf di Bursa Malaysia, saham FGVH dilihat tidak menentu dan terus menurun sejak penyenaraiannya.

    Adakah kebimbangan peneroka Felda yang menentang penyenaraiannya berasas, atau keadaan ini hanya sementara?


    Harga minyak sawit rendah

    Penurunan harga minyak sawit mentah (CPO) ketika ini adalah antara faktor utama yang dikaitkan dengan prestasi saham FGVH, dan ia dipersetujui oleh penganalisis industri.

    Menurut Penganalisis Kanan Penyelidikan CIMB Research, Ivy Ng, walaupun saham Felda dilihat susut, harga saham pada masa ini masih hampir sama dengan harga IPO.

    “Harga saham selari dengan harga CPO yang rendah sejak ia disenaraikan. Ini adalah faktor yang menyumbang kepada penurunan saham FGVH. Bagaimanapun, kami yakin saham Felda adalah agak bernilai pada harga ini," katanya semasa dihubungi Sinar Harian.

    Menurut Ng, kenaikan semula saham FGVH akan didorong oleh pelbagai faktor seperti harga CPO, penggabungan dan pengambilalihan dan keadaan pasaran saham.

    Ng juga yakin, asas FGVH sebagai sebuah syarikat masih kukuh memandangkan kumpulan Felda mempunyai banyak aliran tunai bersih daripada pelaksanaan IPO tahun lalu.

    Sementara itu, penganalisis dari Kenanga Research, Lim Seong Chun pula berpendapat, pokok kelapa sawit tua yang dimiliki FGVH mungkin menjadi antara faktor yang menyebabkan harga CPO rendah.

    Menurut laporan dikeluarkan Kenanga Research Mei lalu, untuk suku pertama 2013, keuntungan bersih FGVH jatuh 38 peratus kepada RM122 juta disebabkan penurunan harga CPO sebanyak 29 peratus kepada RM2,264 per tan metrik.

    Menurutnya, FGVH perlu melakukan usaha yang lebih cepat dari segi penanaman pokok baru untuk mengelakkan harga saham kumpulan itu terus menurun.


    FGVH buat pelaburan strategik

    Menerusi laporan penyelidikan Alliance Research pula, FGVH mencatatkan suku pertama 2013 yang mengecewakan berikutan harga CPO rendah yang membawa kepada prestasi kurang memberangsangkan untuk aktiviti perdagangan dan operasi baja.

    “Walaupun dijangka pendapatan separuh kedua akan lebih kukuh ekoran peningkatan bermusim dalam pengeluaran dan purata harga jualan CPO, kami masih menganggap ianya di bawah jangkaan.

    “Ini disebabkan harga CPO yang rendah pada suku pertama 2013 yang telah membawa kepada kekurangan keuntungan dalam aktiviti perdagangan dan kerugian pada operasi kilang,” menurut laporan itu.

    Sementara itu, sebagai usaha untuk terus meningkatkan pendapatan pada masa depan, syarikat pengeluar kelapa sawit  ketiga terbesar dunia itu turut membuat pelaburan strategik melalui pengambilalihan pegangan dalam syarikat PT Temila Agro Abadai dan PT Landak Bhakti Palma di Kalimantan Barat, Indonesia.

    Bagi membangunkan tanah yang baru diperoleh di sana, FGVH akan melabur RM283.5 juta dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang bagi kawasan seluas 21,037 hektar.

    Menurut laporan penyelidikan yang dikeluarkan oleh Alliance Research, pengambilalihan itu adalah langkah yang baik untuk Felda dengan pendapatan dari kedua-dua syarikat itu akan bermula pada 2016.

    FGVH juga kini sedang aktif mencari peluang untuk memperoleh lebih banyak tanah di luar Malaysia, dan antara negara yang berada dalam perhatian syarikat itu termasuk Myanmar, Afrika dan Papua New Guinea.

    Sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/saham-felda-semakin-susut-1.189877