Salam buat semua mantee,
Dah lama tidak menulis posting dalam blog Pendita Emas ini. Segalanya kerana Pendita Emas sudah letih melayan harga emas yang masih belum pasti dimanakah kedudukan sebenarnya harga support akan berhenti.
Mengikut perkiraan Pendita Emas, ramai pakar mengharapkan harga emas akan berhenti pada paras terendah bawah USD1000 selepas pengumuman pengurangan pembelian bon daripada 85 billion/bulan kepada jumlah yang lebih kecil pada 19 September 2013.
Namun harapan berkenaan telah berkecai apabila Ben Bernanke gagal mencapai kata sepakat dalam kalangan ahli FED apabila undian ahli 9-1 berpihak supaya program pembelian bon 85 billion ini diteruskan.
Dengan pengumuman berkenaan harga emas telah memecut naik sebanyak USD70/aun seterusnya melonjakkan harga emas ke paras USD1367 membentuk fenomena terbalik dengan jangkaan bearish tetapi menjadi bullish.
Persoalannya bagaimanakah harga emas untuk tempoh bulan Oktober, November dan Disember 2013?
Graf line masa O,N dan D mewakili bulan-bulan Oktober, November dan Disember 2013
i. Ketika posting ini ditulis harga emas dunia masih mengalami tekanan dari segi teknikal. Ini bermakna harga masih mengikut perancangan teknikal yang diunjurkan sebelum pengumuman FED mengenai pengurangan program pembelian bon sebanyak 85 billion/bulan.
Alasan harga mengalami tekanan kerana ramai spekulator dan pemerhati sedang berhati-hati terhadap kemungkinan akan adanya pengumumum pengurangan program pembelian bon dalam mesyuarat FED pada 29 dan 30 Oktober 2013. Disamping itu kejayaan penyandang Canselor Jerman yang lama pada Ahad lepas menyaksikan bahawa ramai pemerhati melihat ekonomi Eropah dalam keadaan kukuh turut menolak harga emas sedikit.
ii. Harga emas akan melonjak melepasi USD1500 sehingga USD1600/aun sebelum pertengahan bulan Disember 2013 disebabkan oleh sebab:
a. Ramai pakar meramalkan tiada keputusan pengurangan program belian bon sebanyak 85 billion/bulan akan diumumkan atas faktor tiada disertakan dengan sidang mesyuarat.
b. FED sibuk membincangkan polisi dan dasar baru untuk dilaksanakan dan pengumuman pengurangan pembelian bon sebanyak 85 billion/bulan jika dibuatpun selepas mesyuarat FED pada pertengahan Disember 2013.
c. Jika pada bulan Oktober 2013 harga emas boleh menokok sebanyak $70/aun daripada paras harga tertinggi bulan Ogos (USD1435) kita akan melihat harga panik pra-pengurangan program pembelian bon menyaksikan harga emas berada pada sekitar USD1500 dan jika keluar terus dijangkakan sekitar harga USD1600.