Monday, November 29, 2010

MENABUR PASIR DALAM PERIUK NASI ORANG LAEN

Salam semuanya,

Pada hari ini Isnin, tanggal 29/11/2010 pendita dapat mendengar keluhan seorang teman. Pelbagai hikmah yang Pendita Emas perolehi setelah menyelami perjalanan roadshow teman pendita untuk menyebarkan ilmu pelaburan emas di Pantai Timur ketika bersembang dengannya sambil makan chicken Titik (Chop). Sahabat pendita nie datangnya dari Terengganu.

Beliau telah membuat penilaian dan muhasabah diri ke atas perjalanan seminar yang beliau kendalikan sebelum ini sebagai penceramah iaitu:

1. Mengapa sebelum seminar, ramai membuat tempahan dan membuat janji lisan untuk menghadirkan diri ke majlis seminar yang beliau sebar luaskan dalam blog, web dan flyer dengan anggaran melebihi 150 orang yang beliau listingkan tetapi setelah 150 buah kerusi disediakan yang datang menjengah hanya 35 orang walaupun tiada dikenakan percuma.

2. Gangguan cuaca plak, sepanjang road show yang beliau kendalikan, banyak halangan dihadapi oleh agen baru seperti tidak menemui lokasi seminar, traffic jem di highway, ada kemalangan dan pelbagai macam lagi sebab musabab.

3. Ada juga teman beliau berjanji akan menghantar seramai orang yang boleh untuk sokongan. Tetapi beliau hanya menghantar dua orang sahaja semata-mata untuk bertindak sebagai spy mereka.

4. Tak ada ribut, tiada taupan, time mahu menuju ke lokasi seminar dari bilik penginapan, tup tup black out plak tempat seminar dan bilik penginapan beliau. Terpaksa beliau pindahkan seminar di ruang legar hotel. Menarik plak selesai seminar bekalan elektrik plak ada.

5. Rasa pelik pulak sebelum 13 November 2010, selepas seminar usai, malam hari, esok hari dan pada hari berikutnya mesti ada pelabur baru yang call menyatakan minat dan hasrat menjadi ahli bawah beliau tetapi selepas 13 November 2010 perkara ini tidak berlaku lagi.

6. Rasa pelik pulak sebelum 13 November 2010, setiap hari beliau sentiasa sibuk melayan agen baru ataupun yang mahu membeli emas di bawah beliau, namun selepas tarikh 13 November 2010 tiada aktiviti seperti ini yang dapat beliau lakukan.

7. Yang lagi hangit, beliau kata lepas 2 siri seminar yang dibuat tiada satu income domsetik masuk kecuali penyertaan datangnya dari orang yang tidak menemui atau mendengar sendiri talk dari beliau. Senang kata tutup pintu depan, beliau dapat juga income dari pintu belakang.

Alhamdulillah, berkat bantuan seorang ustaz, apa yang beliau khuatiri memang terjadi. Senang cerita lorongan pada beliau terbuka luas, tetapi lorongan pendengar dihalang, disempitkan, dicantas atau ditutup dengan ............................................(rahsia pendita dan teman pendita)

Beliau tidak kesal , hanya mengharapkan kepada sesiapa yang melakukan penganiayaan seperti ini, bertaubatlah segera. Tuhan sentiasa nampak apa yang kita lakukan. Jangan suka mencurah pasir di periuk nasi orang lain. Tak berkat nanti apa yang kita hajati.

Nasihat beliau, kalau rasa sale tak laju, buat muhasabah diri. Kaji dulu adakah kita melakukan dosa-dosa lain sebelum ini seperti adakah kita menipu downline atau adakah kita memberi service terbaik kepada downline.

Downline bukan nak apa pun, just hanya meminta kejujuran dan kesetiaan. Beliau juga menasihatkan kalau beliau bawa teman untuk mendapatkan pertolongan memberi penerangan, usahlah upline lebih sudu dari kuah, siap hulur-hulur biz kad tanpa disuruh. Yang lawak kata beliau lagi lepas talk, hubungilah upline.

Pendita mendengar menda nie, macam iras-iras kes Pendita juga. Segalanya hanya kebetulan agak. Wallahualam

No comments: