Wednesday, November 3, 2010
Currency War - Update Ekonomi Dunia
Kalaulah ASB Harus ... saya masih tidak akan membelinya kerana ...
Sumber : http://emasnaufal.blogspot.com/--------------------------------------------------
Perbandingan Pelaburan Emas Di Malaysia
Terdapat beberapa catatkan analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
* Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
* Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
* Tidak boleh lock harga
* Tidak boleh booking
* Perlu dapatkan sendiri di Maybank
* Stok sering habis
* Tidak beli semula jika tercalar
OUB
* Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
* Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
* Perlu dapatkan sendiri di OUB
* Stok selalu habis
* Mesti bawa resit asal masa jual balik
* Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
* Boleh dibeli di kedai emas tertentu
* Spread antara 10%-30% mengikut kedai
* Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
* Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
* Spread 15%-25%
* Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
* Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
* Harga tinggi berbanding pasaran
* Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
* Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
* Stok terhad dan selalu kehabisan
* Spread 10%-15%
Public Gold & Public Dinar
* Boleh dibeli daripada mana-mana ejen ( TERMASUK IMPIAN EMAS999 )
* Spread 5%-6% sahaja
* Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
* Boleh booking dan lock harga
* Dinilai oleh assayer emas bertauliah
* Disertakan dengan Certificate of Authenticity
* Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen
MEMPELBAGAI SUMBER EMAS FIZIKAL
Terdapat banyak sumber mempelbagaikan emas fizikal. cth: barang kemas, syiling emas, dinar emas, jongkong emas, emas nugget.
1. Barang kemas.
Seseorang boleh mdapatkan brg kemas samada baru atau emas terpakai. emas tpakai tdiri drp emas tender dan emas lelong.
Membeli emas di kedai emas adalah cara paling mudah mdapatkan emas. ttp, pembeli menanggung kos yang tinggi kerana menanggung kos upah (workmanship) yang tinggi selain harga emas se gram yang tinggi. Harga setiap gram di kedai emas tinggi krn peniaga2 emas perlu mematuhi harga yang tlh ditetapkan oleh persatuan peniaga emas Malaysia FGJAM.
Membeli emas tpakai juga amat baik krn pbeli dapat membeli emas tadi pd hrga yang rendah bbanding hrg pasaran semasa.
Tahukah anda, anda juga boleh mdapatkan brg kemas baru pd hrg yg rendah? layari www.publicjewellery.com
Ulasan Pendita emas: Saya bersetuju dengan nukilan di atas, tetapi dari segi pematuhan harga standard FGJAM hanya dikalangan ahli persatuan sahaja. Di Kelantan dan Terengganu mereka ada persatuan sendiri. So kalau kedai Cina nama emas barang kemas dikenali emas 916 dan di kelantan dan Terengganu dikenali emas 999. Sebutan emas 999 sebenarnya mengelirukan masyarakat di Kelantan dan Terengganu apabila saya mengatakan pada dealer di sana emas 999.9 berharga RM159.00 (emas tulin) depa kata RM151.00(barang kemas)
2. Emas nugget
Emas nugget adalah emas yang belum diproses. Emas ini tiada sijil ketulenan. Cara mendapatkannya adalah dgn mendulang emas kemudian emas tadi dibersihkan daripada sebarang bendasing. emas tetap emas. Namun begitu, sumber utk mdapatkan emas nugget ini amat sukar.
Ulasan Pendita Emas: Sijil kelahiran memang tiada bagi emas nugget kerana ia adalah emas terpilih daripada bebanyak emas yang baru keluar dari tanah. Makin besar saiznya makin tinggi nilainya dengan syarat ia di basuh bersih-bersih sebelum dijual. Emas ini ada terdapat di Mersing. Peraih mendapatkan emas mentah ini pada harga RM100/gram ke atas.
3. Syiling emas 999, dinar emas 916, jongkong emas 999
Kini, emas bentuk ini mudah didapati. cuma pembeli perlu bijak membuat keputusan samada mbeli jenis emas berjenama spt dinar kelantan, dinar muslim. public dinar, kuwait fine gold, pamp suisse, lady fortuna dsb. Pasaran di Malaysia didapati bhw public gold mnawarkan harga yg jauh lebih baik.
Ulasan Pendita Emas: Fikir dahulu sebelum membuat pembelian walaupun namanya emas. Ikut niat kita kalau beli untuk simpanan jangka panjang sesuai. Kalau untuk pajakan kena tinjau dahulu kedai pajak yang terima pada harga tinggi di lokasi anda.
----------------------------------------------------------------------
Aduhai agen-agen baru berjinak dengan emas……..
Salam, di harap anda dalam keadaan sihat sejahtera. Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang suatu perkara yang perlu diberi keutamaan sebelum melabur dalam komoditi emas.
jika anda pelabur baru,anda perlukan seseorang yang mempunyai ( introducer ) yang benar-benar berpengalaman dalam pelaburan emas.
Hal ini kerana, terdapat ramai agen-agen yang mengaku sudah lama terlibat dalam pelaburan emas sedangkan masih baru dalam pelaburan logam yang mulia ini. Mereka cuba menarik perhatian anda dengan mengatakan dia orang yang sudah mahir dalam pelaburan emas.
Pelbagai teknik cuba diterangkan, walhal 1 teknik pun mereka tidak aplikasikan. Ini benar-benar akan menyusahkan anda sebagai agen-agen baru.
Perkara ini seringkali berlaku kepada saya, apabila introducer yang menaja agen-agen baru tidak mempedulikan mereka langsung, sedangkan introducer masih lagi mentah dan dalam proses pembelajaran, mereka terus menghubungi saya dan menerangkan apa yang berlaku ,sedangkan saya kenal orang yang di maksudkan. Orang ini pun masih lagi menuntut dan masih belum tamat berguru.
Oleh yang demikian, saya selalu mengingatkan agen-agen baru tajaan saya supaya menjadi agen yang benar-benar terlatih dan sanggup memikul tanggungjawab. Fahami dahulu urusniaga dan system yang Publicgold keluarkan.
Apa yang perlu anda lakukan?
1. Tanya kepada mereka siapa introducer mereka?
2. Tanya mereka siapa yang menjadi guru mereka?
3. Dapatkan maklumat Sifu dan hubungi sifu itu( inroducer) supaya kita tahu dia benar-banar layak membantu kita dalam pelaburan EMAS.
‘MENGATASI MASALAH TANPA MASALAH’
SUMBER http://www.uncangemas.net----------------------------------------------------------------------
Ulasan artikel.
Apa yang dibacarakan oleh bapak uncang emas itu ada benarnya. Sebenarnya semua itu bergantung kepada kemahiran seseorang agent baru untuk mencapai apa yang dihajati. Bergantung juga kepada ilmu dimiliki, kehebatan PR dan keikhlasannya. Biasanya makin meninggi ilmu, kita makin menunduk. maka makin segan orang kepada dealer seperti kita.
Pilihan penaja perlu tepat juga ada benarnya. Tidak kiralah samada dia lama atau baru yang penting komitmen dealer penaja. Penaja pula perlu mengambil perhatian kepada permasalahan yang akan dihadapi oleh dealer baru.
Hal ini bukan sahaja melibatkan Master Dealer Pendita Emas, tetapi juga melibatkan master dealer lain di mana ramai dealer baru melahirkan rasa kesal bernaung di bawah master dealer lain yang sudah berpuluh tahun terlibat dengan emas. Ada yang menghubungi saya meminta pendapat kalau beli harga murah, jual harga tinggi masa bila kita nak pegang emas.(cuba Uncang emas teka tag siapa nie yang saya boldkan?
Masuk semula kepada hal Pendita emas, walau bagaimanapun dalam baik-baik master dealer terhadap anak buahnya, ada juga dealer yang busuk hati dengan master dealer. Ini berlaku kepada Pendita Emas. Ia terlalu rapat dan saya jadikan dealer setelah mengikuti saya selama dua bulan dan menjadi dealer atas wang orang lain(bukan guna wang sendiri maa) wang yang dipusingkan oleh Pendita Emas. Tetap tidak bersyukur.
Sebagai contoh dalam kes ini, dealer yang saya maksudkan mahu keluar dari team pendita emas untuk menyertai Uncang Emas sedangkan Uncang Emas Bapak kepada Pendita Emas dari susur galur Pok Li Team.
Maka dia pukul canang mengenai keaiban Pendita Emas. Bukan sahaja membabitkan Uncang Emas tetapi melibatkan GP pusat di Penang. Maka Uncang Emas dan ibu pejabat telefon saya bertanyakan kedudukan sebenar.
Kesnya hanya Pendita Emas mempunyai niat untuk membantu dealer baru yang Pendita Emas tatang selama 2 bulan dari kehilangan pelanggan. Apabila ada pembeli mahu membeli emas dari dealer baru berkenaan, dia tidak dapat melayani permintaan pelanggan di sebabkan tiada stok. Maka pembeli emas menghubungi Pendita Emas dan Pendita Emas menghubungi dealer baru bagaimana halnya.
Dipendekkan cerita, pembeli emas membeli emas 10 dinar dengan Pendita Emas. Maka berlakulah krisis dalaman antara Pendita Emas dan dealer berkenaan. Akibat kes tersebut maka berlakulah halangan komunikasi dari pihak dealer baru tadi. Dia terus senyap dan tidak menghubungi Pendita Emas atas alasan dia mahu menjalankan urusan pelaburan emas sendiri tanpa bimbingan Pendita Emas
Sedangkan di pihak Pendita Emas memang sengaja melepaskan ilmu saya setakat 30% untuk dia belajar berdikit-dikit. Alhamdulillah tuhan memakbulkan permintaan doa hambaNya yang teraniaya. Maka terbukalah segala keaiban dealer baru berkenaan bila kejujuran Pendita Emas dibalas dengan racun.
Kini nama dealer ini telah dilupuskan dari Pendita Emas dan Uncang Emas. Jika mahu berpindah ke Uncang Emas dipersilakan kerana mengikut cerita hebat dealer ini dia ada orang kuat dalam mana-mana lokasi untuk joint. Walhal setakat nie yang masuk bawah diapun hanya sahabat-sahabat dari rakan karibnyanya.
Kini Pendita Emas hanya menanti kehadiran dealer yang diceritakan untuk menyerahkan borang perpindahan aset agen baru dari Pendita Emas dan Uncang Emas serta HQ Public Gold untuk ditangani oleh kami berempat.
Pendita Emas tidak akan menahan kehendak dealer berkenaan kerana makin disimpan lama akan menjadi bara dalam sekam. Lagipun isu ini ada kaitan dengan artikel kes dealer baru yang uncang emas publishkan. TQ dengan artikel ini dapat juga Pendita Emas buat ulasan sama.
------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment