Harga jam 12:29(1:29 pagi Malaysia) USD1406.70
Jam 12:25 (1:25 waktu Malaysia) harga 1404/oz
Salam,
Harga memang menarik malam ini apabila berada dalam pasaran Newyork MYMEX. Sebagai panduan, cuba anda lihat carta harga yang Pendita Emas lampirkan dalam posting yang lalu. Apa yang berlaku kepada garisan harga di dalam uruniaga emas dalam ruang lingkup New York MYMEX.
1. Patern harga.
2. kedudukan garisan dan mata harga.
3. Ratio harga berbanding masa.
4. Julat kenaikan harga.
Alhamdulillah, harga yang pendita Canangkan pada minggu untuk memastikan berada pada kedudukan USD1400 telah dilepasi pada jam 1:25 (USD1404) dan 1:28(USD1406.70).
Pergerakan harga ini sudah pasti akan segera mencapai sasaran harga Pendita Emas pada harga yang Pendita Emas nukilkan pada jam 4.00 petang waktu Malaysia Isnin 8/11/2010 seperti berikut:
NIKMATI KENAIKAN HARGA PADA PARAS LEBIH USD1400/OZ (8 HINGGA13 NOVEMBER)
PADA HARI INI, SEKOLAHKU CUTI. IA MEMBERI PELUANG KEPADA DIRIKU UNTUK BEREHAT PANJANG. LANGSUNG TAK BERMINAT UNTUK MENJENGAH KE BLOG YANG SANGAT KU SAYANGI NIE.
ALHAMDULILLAH TEPAT JAM 4:00 PETANG PERASAAN KU MULA TERTARIK DENGAN SATU PANGGILAN TELEFON DARI SEORANG PEMINAT BLOG PENDITA EMAS BERTANYAKAN TENTANG RAMALAN HARGA EMAS PADA MINGGU INI.
TANPA MELIHAT PERGERAKAN HARGA SELEPAS JAM 6.00 PAGI AKU MENJAWAB SPONTAN HARGA JATUH UNTUK HARI INI DAN ESOK. ALHAMDULILLAH, PELANGGAN AKU TELEFON SEMULA DAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA PERGERAKAN HARGA EMAS SEDANG MENURUN DAN MEMBERI PELUANG UNTUK DIA MENEMPAH EMAS PADA HARGA RENDAH.
TETAPI PENDITA EMAS HANYA MENYATAKAN BAHAWA PERGERAKAN ITU HANYA SEMENTARA. MACAM PUSINGAN RODA YANG PANTAS SEPERTI PERGERAKAN PISTON FORMULA ONE MILIK JENTERA FERARRI TAK SEMESTINYA BERADA DIPUNCAK ATAU DI BAWAH PADA SUATU MASA YANG LAMA. IA AKAN BERUBAH SERTA MERTA. BEGITU ANALOG PERUBAHAN HARGA EMAS PADA PANDANGAN PENDITA EMAS.
KEPADA TEMAN YANG MENJADIKAN BLOG PENDITA EMAS SEBAGAI RUJUKAN, PENDITA EMAS MENYARANKAN KETIKA INILAH ANDA DAPATKAN SEBERAPA EMAS DALAM HARGA YANG MURAH. MENGIKUT PERGERAKAN HARGA EMAS SEMASA JIKA BERSANDARKAN PERGERAKAN MINGGU LALU HARI ISNIN, SELASA DAN RABU MERUPAKAN HARGA BERADA PADA PARAS RENDAH. PADA HARI KHAMIS BERADA PADA PARAS TINGGI.
DI BAWAH INI PENDITA EMAS MENGGARISKAN ZON PERGERAKAN HARGA SEMASA. RENDAH HARGA EMAS MASIH TETAP BERADA PADA ZON HARGA TAMBATAN YANG PENDITA EMAS LAKARKAN. INI BERMAKNA WALAUPUN HARGA JATIH IA MASIH PADA PARAS HARGA YANG TINGGI USD1370 HINGGA 1390 DIBANDINGKAN DENGAN MINGGU LALU IAITU DI SEKITAR USD1340 HINGGA 1359.00.
KEPADA PELABUR LAMA, YANG MEMBELI PADA BULAN JULAI, OGOS, SEPTEMBER OKTOBER DAN AWAL NOVEMBER TELAH MENIKMATI KEUNTUNGAN, DAN KEPADA PELABUR YANG KURANG STABIL MENTALNYA PASTI MENGALAMI KERUGIAN.
PADA MINGGU LEPAS PADA HARI SELASA TELAH MASUK SEORANG PELANGGAN SAYA UNTUK MENJADI AGEN DENGAN BAYARAN RM30,600.00. TAPI KERANA PANIK DIA TELAH MENJUAL SEMULA EMAS YANG SAYA BERI DENGAN KOS 29500.00. DI SITU SAHAJA PELANGGAN SAYA KERUGIAN SEBANYAK RM1100(30600-29500) WALAUPUN SAYA MENASIHATKAN SUPAYA BUAT JUALAN SEMULA SELEPAS 4 MINGGU.
ALHAMDULILLAH, BERKAT NETWORK PENDITA EMAS, EMAS TERSEBUT DAPAT PENDITA BELI SEMULA. PADA HUJUNG MINGGU HARGA EMAS DITUTUP PADA RM3151/PC. DENGAN 10PC EMAS 20GRAM, SAYA MERAIH KEUNTUNGAN RM2010(RM31310-29500). EMAS INI MILIK NETWORK PENDITA EMAS.
KINI PENDITA EMAS MASIH ADA KEUNTUNGAN STOK BELUM BERBAYAR SEBANYAK 7 PC DALAM PUBLIC GOLD DENGAN HARGA RENDAH IAITU PADA HARGA RM3060/PC YANG AKAN PENDITA EMAS SELESAIKAN SECARA EPP.
INI ADALAH STOK YG PATUT DIJELASKAN OLEH AGEN BARU YG TELAH SAYA BERIKAN STOK SAYA TADI. DENGAN KATA LAIN WALAUPUN AGEN BARU TARIK DIRI, KITA SEBAGAI MASTER DEALER YANG MENAJA TETAP UNTUNG UNTUK JANGKA MASA PANJANG KERANA EMAS TERSEBUT MILIK PENDITA EMAS KINI.
BAYANGKAN KALAU HARGA EMAS KEKAL BERADA PADA KEDUDUKAN ATAS 3150, 3160 DAN PALING JAUH 3220. DAN KEKAL PADA HARGA 3200, BERAPA UNTUNG PENDITA EMAS DAPAT PADA MINGGU INI SAHAJA WALAPUN BELUM JELASKAN BAYARAN 25%. SIAPA YANG UNTUNG?
NASIHAT PENDITA EMAS KEPADA MANA-MANA EJEN YANG MENGHADAPI MASALAH SEPERTI PENDITA HADAPI, TINDAKAN EJEN BARU MENARIK DIRI DISAAT AKHIR, KITA WAJAR KENAKAN PENALTI KEPADA MEREKA DAN UBAH SEGERA TEMPAHAN EJEN DARIPADA CASH KEPADA BAYARAN SECARA EPP.
SASARAN HARGA MINGGU INI (8~13 NOVEMBER 2010)
HARGA TERTINGGI :USD1420/OZ
HARGA TERENDAH: USD1398/OZ
HARGA UJIAN :USD1435/OZ
20 GRAM :RM3175 HINGGA RM3205
1 DINAR :RM657 HINGGA RM670
So pada pagi ini, Pendita Emas telah melihat bahawa patern harga emas telah berubah. View patern kenaikan harga emas terkini membentuk patern seperti berikut:
----------------------------------------------------------------------
KEDUDUKAN HARGA EMAS SELEPAS JAM 10.00 MALAM
Salam, patern harga malam ini telah berubah, aliran harga mengikut simetri yang lain. Harga memilih untuk terus naik. Ini menunjukkan keuntungan berterusan berlaku kepada pelabur yang paling awal. Dengan kata lain ia tidak memihak kepada lakaran garis harga yang pendita galurkan.
Bagi pelabur yang baru ingin memasuki lapangan pelaburan emas, akan merasa harga ini terlalu mahal. tetapi tidak bagi pelabur yang sedia ada. Ini menambah kesoronokan kepada pelabur emas lama untuk terus menambah stok emas sedia ada. tahniah kepada anda kerana harga memilih untuk naik diawal minggu. Dengan kata lain patern telah berubah seketika.
Walau bagaimanapun jangan risau, harga ini cuba untuk menguji harga tertinggi pada hari ini melepasi USD1400.00 Jika berlaku aliran menurun. Jangan rasa mengalami kerugian jika situasi ini berlaku.
Anda bukan penjual emas sebaliknya adalah pelabur emas. Ada rakan nak beli dengan harga 3162, anda lock harga emas baru yang sama harga RM3162 di Public Gold.
Rakan anda bayar, anda serah stok emas anda, kemudian wang RM3162 yang rakan anda bayar serah kepada Public Gold untuk anda menerima stok emas baru yang anda tempah.
Di atas perpindahan stok dan wang tunai tadi, selain menerima stok emas baru anda juga akan menerima bonus 1.5% atas transaksi yang anda lakukan.
No comments:
Post a Comment