TAJUK: SEMINAR PELABURAN EMAS
LOKASI : DAERAH SEGAMAT
TARIKH/HARI: 20 NOVEMBER 2010/SABTU
MASA: 8.00 MALAM
TEMPAT: HOTEL NEO PEGASUS, SEGAMAT
ANJURAN : CEMPAKAEMAS999 DAN PENDITA EMAS 999
TAUKE EMAS:EN RAZAK OTHMAN DAN YATIMAN KAMSIDIN
LAPORAN SEMINAR,
Alhamdulillah, empayer Pendita Emas telah berkembang ke Segamat, emas memang menguntungkan dan menarik rezeki kepada sesiapa yang sudah memiliki emas. Baik dipegang atau di pandang, aura emas menenangkan jiwa pemiliknya. Rakan Pendita juga mula bertambah. Dengan sendirinya melebarkan networking Pendita Emas.
Mengapa Pendita Emas berkata begitu?
1. Ada emas kita terasa happy dan bahagia kerana kita merasa diri kita banyak wang dan terasa kaya dan memang berada sebenarnya. Kita RASA SELAMAT bila lihat emas depan mata.
2. Naik harga semasa barang keperluan harian, memang tidak terasa bebanan yang dihadapi. Malah kita akan berbelanja semewah mungkin. Lihat sahaja cara belanja kita, kalau dahulu anak-anak nak jajan kita akan marah tetapi sejak ada emas nie, rezeki kita murah, kita offer plak kat anak-anak, amiklah apa yang korang mau, ayah akan bayar. Semuanya kerana kita ada stok ketulan emas.
3. Gaji yang ciput saban hari menjadikan kita aktif mengira hutang. Hujung bulan keletihan kerana mencari formula untuk membuat sistem korek dan kambus. Tetapi adanya emas ditangan, kita buat pajak, hasil pajakan kita dapat selesaikan semua hutang sekaligus malah boleh membuat bayaran bil-bil lebih awal daripada biasa.
Itu tadi pengkisahan kelebihan kita memiliki emas.
Menyentuh tentang seminar pelaburan emas yang pendita jalankan di Segamat, pergerakan pendita tetap dihantui oleh cabaran teknikal atau semulajadi iaitu cabaran luar kawal dari pihak Pendita Emas atau penganjur.
Dipendekkan cerita, setiba di Hotel Neo Pegasus jam 6.30 petang, saya disambut oleh En Razak Othman. Kami melihat bilik seminar. Susunan menarik. Saya menempah sebuah bilik penginapan untuk seorang dengan kos paling murah iaitu RM38.00 sehari. Dapatlah Pendita gunakan untuk membersih dan mempersiapkan diri untuk memberi ceramah.
Selepas Solat Maghrib pada jam 7.20 malam, suasana sangat mengujakan. Ketika pendita bersiap untuk bergerak ke Bilik Seminar, tup tup blackout berlaku pada sebahagian hotel. Peliknya bahagian yang blackout berlaku di kawasan bilik penginapan pendita dan bilik seminar. Geram pulak jadinya. Ada sahaja cabaran yang terpaksa pendita hadapi.
Alhamdulillah, pelabur baru masih setia menanti, akhirnya pada jam 9.45 malam seminar tetap dapat dijalankan. Menariknya, kami membuat seminar di ruang tamu hotel di tingkat 1. Walaupun terdapat penginap hotel lalu lalang di tempat kami buat seminar, ia tetap dapat dilaksanakan dengan baik.
Apa yang penting kami dapat menghebahkan kebaikan melabur dalam emas di daerah Segamat. Salah seorang peserta yang hadir merupakan seorang pegawai Agrobank Segamat. Tentu mereka teruja kerana Pendita Emas juga membuat promosi Arrahnu Agrobank di Labis dalam blog ini. Moga maklumat yang pendita sampaikan akan mempercepatkan lagi pembukaan Arrahnu Agrobank Segamat.
No comments:
Post a Comment