Salam,
Jejak-jejak kenaikan harga emas pada bulan Disember akan mencapai harga melebihi USD1500 seperti digembar-gemburkan oleh para peramal pelaburan emas di seluruh dunia, termasuk tokey emas Habib.
Perang Korea Utara dan Korea selatan. Propraganda Amerika telah masuk ke kancah peperangan yang berlaku diantara kedua-dua negara berjiran.
Berbagai cara dilakukan agar peperangan terus berlaku. Ini akan mengalihkan masalah Domestik Amerika kepada perpaduan untuk menjadi sang juara yang cuba dicipta oleh Amerika.
Menarik memang menarik selepas pengumumam mencetak dollar sebanyak 6oo billion, diikuti dengan kebanyakan sokongan negara yang mendapat bantuan Amerika untuk menyokong mengukuhkan wang Dollar, menjadi satu gurau dari blok komunis apabila Rusia dan China masing-masing bersepakat tidak mahu menerima Dollar sebaliknya mengekalkan kekuatan wang Yuan dan Rubi menjadikan Korea Utara kambing hitam selepas ini.
Apa akan terjadi kepada harga emas jika keadaan berterusan?
1. Dollar Amerika akan berfungsi dengan baik. Ekonomi luar Amerika berkembang.
2. Kuasa beli rakyat Amerika bertambah kukuh. Selepas 3 minggu perang di Korea, Dollar akan stabil. Harga emas akan turut naik semula. Yang menariknya pembelian panik akan berlaku sebagai usaha penyimpanan tunai sebanyak mungkin dalam emas.
3. Jika berlaku penyimpanan emas berterusan harga emas akan stabil tetapi berada dalam paras harga tinggi melebihi USD1500 selepas 10 Disember 2010 sebagai harga baru emas harapan Pendita,
4. Jika konflik perang berterusan, kita akan menyaksikan emas menjadi barangan paling bernilai di dunia. Akan berlaku semula pembelian sesuatu komoditi menggunakan emas sebagai ganti wang fiat.
5. Kekadang kita dengar akaun tentang pengganas dibekukan dan akan mencari alibi sebagai penutup kesalahan kumpulan pengganas. Adakah pengganas akan bergerak setiap masa membawa wang?
No comments:
Post a Comment