Saturday, November 13, 2010

SEMINAR PELABURAN EMAS PALING SERONOK, AMAN, TENTERAM DAN MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN EMAS PALING BESAR MULAI HARI INI 13/11/2010




Salam,

TAJUK: SEMINAR PELABURAN EMAS
HARI/TARIKH: SABTU/13/11/2010
TEMPAT:TS HOTEL SCIENTEX PASIR GUDANG
SASARAN:PELABUR BARU AWAM


Program Pendita Emas, sentiasa diiringi hujan lebat dan ribut petir sepanjang roadshow yang diadakan. Ini memalapkan sedikit kerancakan aktiviti yang diadakan. Risau juga bila melihat jam 8.30 malam baru ada 4 orang prospek yang masuk.

Rasa geram plak dengan pihak hotel kerana lewat menyediakan LCD kerana telah terberi kepada pihak lain. Ini memaksa pihak pengurusan mengambil LCD di TS Hotel Cawangan Taman Rinting.

Yang risaunya kes ini tergendala hingga satu setengah jam akibat berlaku kemalangan jalanraya di situ, namun hati tetap gembira bila jam 9.00 malam prospek mula ramai.

Dalam kerisauan pasti ada kegembiraan.

Pertamanya, tiada gangguan pihak yang mahu mengambil kesempatan di atas kelekaan kami dengan dealer lain menyusup membawa pelanggan. Ini membolehkan semua prospek dapat mendengar dengan jelas dan bermakna.

Keduanya, prospek memahami plan pelaburan dengan baik sekali. Tiada lagi cerita dimana untung emas kalau kita beli 20k, 40k atau 100k.

Ketiga, kemasukan agen baru dengan segera Wan Juriana Bt Wan Jamal. Tahniah diucapkan untuk puan. Penjualan beberapa keping dinar yang ditempah melalui bisikan. minta maaf kepada prospek yang nakkan emas dinar yang tidak dapat membeli. Insyallah pendita akan membantu anda nanti.

Keempat, projek pembelian emas secara besar-besar bermula dengan 1 kilo kusangkakan main-main, rupa-rupanya benar belaka kerana pembeli tersebut adalah pesaing pendita semasa mengikuti proses lelolangan emas tempoh hari. So sesiapa yang mahu menjual emas yang sudah rosak/ perlu mendapatkan emas baru hubungi Pendita Emas 0137068447 dengan harga yang menarik.

No comments: