Friday, November 12, 2010

ADAKAH HARGA AKAN NAIK SEMULA SELEPAS JAM 12.00 WAKTU USA /1.00 WAKTU MALAYSIA?


Salam semuanya,

Terasa lama tak melihat blog kesayangan Pendita Emas ini. Tentu anda semua tertanya-tanya mengapa tidak banyak posting yang Pendita garapkan.

1. Biasalah dah nak cuti sekolah, bermacam-macam pengemaskinian data terpaksa kami selesaikan sebagai guru di sekolah terutama penutupan semua sistem fail panitia, profail murid dan buku kedatangan, rekod mengajar dan sebagainya.
2. Kerap pulak diadakan mesyuarat daerah, maklumlah kononnya nak habiskan budget tetapi sebenarnya pihak atasan kita tak pandai pun menguruskan budget dengan berhemah.
3. Permintaan komoditi emas public gold seperti air, tak cukup tangan Pendita nak melayannya sehinggakan ada terlewat nak dihantar kepada customer yang telah menempah. Maaf dipintanya.
4. Pendita melaksanakan tugas sebagai agent komisen atau orang tengah, kira makan untung kanan dan kiri atas persetujuan bersama. Macam mana jumpa saya di seminar pelaburan bertempat di TS Hotel pada 13 November 2010 nanti.
5. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pertemuan terakhir pada minggu depan bersama student Ijazah Sarjana Muda kelolaan Pendita Emas di Universiti Terbuka Malaysia.
6. Pendita baru pulang dari majlis makan malam bersama Master Dealer johor yang dikelolakan oleh Mr Chris, bos cawangan Public Gold Johor. Peh pelbagai menu kami bedal. Rasa tak larat masa memandu kereta. Tempat yang ekat terasa sangat jauh dengan perut yang kenyang membawa mata kuyu tak selesa. Pertemuan yang menarik kerana menghimpunkan semua master dealer mobile Public Gold.

Alhamdulillah, dalam kemalapan mata, Pendita mahu juga berkongsi dengan saudara/saudari mengenai harga penutupan minggu ini.

Tentu anda suka kerana patern harga minggu ini berubah keadaan dan situasinya iaitu dari harga melompat tinggi di awal minggu kemudian perlahan-lahan menyusut sedikit demi sedikit. walau bagaimanapun harga yang menyusut adalah pada keadaan yang tinggi.

Perbandingan jika pada minggu lalu harga sekitar USD1380 hingga USD1399/oz(bawah RM3099 untuk 20 gram), minggu ini harga tetap akan ditutup di atas paras USD1410 selepas melakukan satu jumping harga yang naik mendadak ke paras harga menyentuh sekitar USD1430 hingga 1435.

Menarik bukan harga sasaran Pendita Emas pada minggu ini. Kenapa? kerana harga sasaran Pendita Emas tercapai sudah iaitu pada USD1420 dilepasi pada paras USD1425.

Lakaran harga penutupan minggu, Pendita lakarkan kepada dua keluk harga A dan B. Jika A, kita semua boleh lock harga dengan gram emas sebanyak mungkin. Jika ke B kita akan menjana income tambahan melalui transaksi emas kepada pembeli baru.




Carta di bawah menunjukkan harga semakin turun, tetapi adakah ini berterusan?
1. Ya, jika tiada pembelian baru di kalangan pelabur emas.
2. Ya, jika komoditi emas seperti getah atau kelapa sawit.
3. Tidak, harga dalam bulatan besar merupakan harga take off untuk memberi satu momentum harga baru yang lebih tinggi.

Mengikut pada graf forex, jelas berlaku fenomena penjualan paksa menjadikan harga pasaran dinia merudum sedikit.

Mengapa? Ini ada kaitan dengan dolar USD yang merosot. Pelabur yang membeli emas menggunakan nilai Dolar membuat spekulasi bahawa dengan menjual emas yang sedia ada memberi keuntungan yang berlipat kali ganda pendapatan mereka kepada 40%.

Rajah : Corak pergerakan harga emas pada hari ini


Kemudian pelabur memainkan secara runcit untuk mendapatkan untung maksima.

So, jenis graf seperti ini akan memastikan harga emas akan naik semula dengan lebih pantas dan melampaui nilai pelaburan pada minggu ini. Kejatuhan yang pantas bermakna akan berlaku kenaikan harga pasaran emas dunia yang tinggi dan akan bertahan pada kedudukan berminggu-minggu sehingga menjelang Krismis.

Rajah : Harga Kasihan atau harga diskaun yang tidak akan ditemui lagi selepas ini.






No comments: