Thursday, November 4, 2010

HARGA EMAS SEMASA AWAL JUMAAT 5/11/2010 MELEPASI USD 1392 DAN MENGHAMPIRI USD 1400



KENAIKAN HARGA BERDASARKAN 3 BULAN SHJ 31 julai hingga 5 November 2010
1 DINAR 649-567/567 =14.46%
5 DINAR 3232-2822/2822=14.52%
10 DINAR 6435-5619/5619=14.52%

20 GRAM 3142-2744/2744=14.50%
50 GRAM 7817-6828/6828=14.48%
100 GRAM 15561-13591/13591=14.49%

Salam,

Berdasarkan kepada harga harapan dan harga sasaran Pendita Emas sepanjang minggu ini telah membuahkan hasil yang menggembirakan hati Pendita Emas dan rakan-rakan yang selalu melayari blog Pendita dan sentiasa mengikuti perkembangan harga emas di dalamnya.

Terima kasih kepada anda semua. Keebanyakan anda memberi feedback yang positif tentang blog Pendita Emas. Dari yang tidak tahu mengenai emas, anda mendapat sedikit ilmu emas di sini. Dari tidak memahami perjalanan pelaburan emas, anda telah bersedia untuk menjadi pelabur yang aktif.

Apa-apapun Pendita ucap tahniah kepada anda semua. Blog ini menjadi perkongsian ilmu yang terbaik untuk anda.

Menariknya, kenaikan harga pada 4/11/2010 selepas jam 9.00 malam Khamis dan pada awal pagi Jumaat Jam 4.00 pagi hingga jam 6.00 pagi telah memusnahkan kata-kata pelabur yang begitu taksub bahawa harga emas akan tetap jatuh sehingga Deepavali yang kita sambut pada 5/11/2010.

Maka tamatlah harga ramalam dari puak-puak pemain emas yang digelar otai selama ini. Kebanyakan otai merupakan orang yang telah lama berkecimpung dengan emas, tetap mempertikaikan dan menyanggah pendapat Pendita Emas mengenai kejatuhan dan kenaikan harga emas semasa. Alhamdulillah tuhan mengizinkan dan memperkenankan doa hambaNya yang daif ini.

Teringat pada minggu lepas semasa bertemu dengan otai-otai emas dilokasi Pendita Emas tinggal.

Otai : Cam mana bro harga emas pada minggu depan sehingga Raya Deepavali.

Pendita Emas : Saya sasarkan harga akan naik sehingga USD1380 sehingga melepasi USD 1420 paling maksima.

Otai: Tak mungkin bro, ramai tukang-tukang emas di Terengganu dan Kelantan, teman-teman ana target harga emas akan turun sehingga Deepavali.

Pendita Emas: Ikut kaulah bro, aku sasarkan harga akan naik kerana perayaan Deepavali tiada kena mengena dengan harga emas. Emas nie bukan mata wang. Kau humban emas dalam market, ramai pembeli sedia membeli. So Pendita Emas tak terikut dengan ramalan kawan-kawan anta.

Pendita Emas: Harga yang aku posting ikut kehendak pancaindera keenam Pendita Emas, teman tak biasa mengikut penerangan dari mana-mana pihak. Aku study punya orang. Dan aku tak jual ilmu emas menggunakan e-book atau mana-mana medium. Apa harga yang ku spot itu harga untuk aku miliki sendiri. Orang lain baca dan ikut harga sasaran aku, itu pilihan mereka. Kelebihan Pendita Emas, harga sasaran dibuat 2 hari sebelum urusniaga emas sebenar berjalan. Contoh harga sasaran Pendita Emas untuk 2 minggu nie, Pindita Emas dah buat pada 2 hari lebih awal semasa you all mengatakan harga emas akan naik dan bertahan.

Ada ana berani buat macam Pendita Emas buat? Cerita mengenai harga emas akan naik atau turun sebelum urusniaga emas berlangsung? Lihat pada lakaran harga pendita emas dengan graf harga emas semasa? So pendita tidak terpengaruh dengan perbincangan harga emas otai-otai. Itu harga kawan-kawan ana, Pendita Emas ada harga sasaran sendiri.

Otai
: ikut antelah

Pendita: Ok. Pendapat masing-masing.

MORAL SEBENAR CARITA DI ATAS: PERCAYA PADA DIRI SENDIRI MELALUI PENGALAMAN DAN JANGAN DENGAR PENDAPAT ORANG KEDUA YANG MENGIKUT PENDAPAT ORANG PERTAMA SEDANGKAN PEMBERI PENDAPAT PERTAMA JUGA MENDAPAT SUMBER DARI PENDAPAT ORANG LAIN

sebagai kesimpulannya harga emas sehingga 5/11/2010 telah menterjemahkan harga sasaran Pendita Emas yang dibuat pada posting bertarikh 30 Oktober 2010

HargaUjian =USD1400 hingga USD1420 telah mencapai harga bonus USD1392.00 jam 4.00 pagi Jumaat
Harga sasaran maksima =USD1385/oz telah mencecah USD1392.00
Harga sasaran minima = USD1375/oz masih kekal pada sekitar USD1380 ke atas

Harga 20 gram = Melepasi sasaran RM3120 telah dilepasi pada harga RM3142 terrekod dan RM3145(tak terekod)
Harga tertinggi 20gram=RM3160 akan diusahakan seketika lagi.
Harga 1 dinar= Sasaran RM640.00 hingga RM655.00 telah melepasi paras RM649.00

-----------------------------------------------------------------------

SASARAN HARGA PADA MINGGU PERTAMA BULAN NOVEMBER (1-6 NOVEMBER 2010)



Salam,

patern harga minggu lepas biasanya dapat diterjemahkan melalui pantulan garisan harga simetrik. Jika pada hari ini naik 2 hari akan datang ia akan turun dan sebaliknya jika 2 hari lepas menurun, hari nie akan meningkat.

Harga pada hari Isnin naik hingga mencecah harga ujian USD1370 atau ke atas.

Pendita Emas cuba mengikut patern pada minggu lepas. Ini bermakna jika mengikut patern pada minggu lepas, harga harapan Pendita Emas still dalam lingkungan USD 1355 hingga 1360. Jajarannya di awal minggu yang sekata dan malar.

Menyusul selepas jam 12.00 tengahari harga mula rancak dan akan pendita Emas mengharapkan berlaku kenaikan harga perlahan2 tetapi mencapai julat yang lebih besar lagi dalam lingkungan USD1360 hingga 1370.

Jika menjadi, harga akan menurun selepas itu untuk menstabilkan kenaikan harga pada kadar sekata atau malar sehinggalah awal pagi

Harga Selasa,

Pendita Emas mengharapkan harga berubah naik pantas pada hari Selasa iaitu emas akan naik semula dan berharap ia bermain disekitar USD1365 hingga 1375 sepanjang hari dan pada awal Rabu.

Harga Rabu

Pendita mengharapkan lonjakan harga pada tahap USD1380 dan ke atas. Jika berlaku akan menguntungkan semua pelabur emas.

Harga Khamis.

pendita mengharapkan harga emas still meninggi dan tinggi lagi. Ini untuk memberi pulangan keuntungan yang tinggi.

Hari Jumaat

Pendita mengharapkan harga akanmenyusut sedikit untuk membolehkan harga emas membolehkan kita menambah kuantiti gram emas.

Hari Sabtu

Pendita mengharapkan minggu ini membolehkan kita menambah stok emas yang sedia ada.

Kesimpulan Sasaran harga emas harapan harga Pendita Emas

Sasaran harga maksima mingguan dari Pendita Emas pada USD1385
Sasaran harga minima mingguan dari Pendita Emas pada USD1375
Jika harapan Pendita dipenuhi insyallah bayangan harga semasa pada USD1400 akan menjelma pada minggu ini

Apa akan jadi dengan harga emas Public Gold jika mencapai 3 julat harga yang dibacarakan?

a. Emas jongkong 20 gram 999.9 (24K) dan 1 dinar (4.25gram) 91.6% (ikut harga genap)

harga maksima =USD1385 -:-28.35g =
USD48.85 x RM3.20=RM156.00/gram=20gramXRM156= RM3120

harga minima =USD1375 -:-28.35g =USD48.50 x RM3.20=RM155.00/gram =20gram X RM155=RM3100.00

Harga paling tinggi =USD1400 x 28.35gram =USD49.38 x RM3.20=RM158.00=20gram X RM158.00=RM3160.00

1 Dinar dalam lingkungan RM640 hingga RM655.00

-----------------------------------------------------------------

harapan harga emas selepas Jam 12.00 malam



posting jam 12:09 malam
-------------------------------------------------------------------

harga emas jam 11.45 malam jumaat 4/11/2010 berada pada aras 1380/oz



No comments: