Wednesday, November 3, 2010

HARGA EMAS YANG LEMBAB AWAL KHAMIS



KEDUDUKAN KELUK HARGA EMAS AWAL PAGI KHAMIS



Salam,

Harga sasaran pendita emas pada kadar USD1370 dan 1380 dan meluap pada kadar 1400 pada hari ini tidak tercapai.

Keluk harga hanya memilih pada keluk S1 yang dilakarkan oleh Pendita Emas. Ini menggambarkan bahawa harga masih bertenang tetapi pada kedudukan yang tinggi.

Sukar membuat sasaran harga pada minggu ini sebab:

Pertamanya, pencarian infomasi terkini masih belum ditemui, sedangkan pemikiran Pendita Emas masih belum tenang sepenuhnya kerana pelbagai perkara dialami oleh pendita emas ketika ini.

Keduanya, kereta yang rosak turbonya masih dibengkel dan masih dalam proses dibaiki sementara menunggu alat ganti tiba.

Ketiganya, kerenah anak-anak buah yang terlalu obses dengan keuntungan melalui pelaburan emas mengasak saya bertanyakan bagaimana harga emas pada esok hari dan hari-hari mendatang. Pendita Emas sarankan pergilah jumpa orang yang pakar tang telekan.

Keempatnya, kerenah tugasan hakiki membataskan pergerakan dan pemikiran pendita emas.

Kelima, trauma dengan naik teksi apabila handphone yang dipenuhi dengan maklumat perniagaan emas dan GP Mart telah hilang setelah saya meninggalkan teksi dalam masa 5 minit kerana dah ada penumpang lain naik teksi. So nombor lama diblok dan digunakan semula menyebabkan segala data telah hilang. Minta maaf kepada sesiapa yang call saya leboh 100 kali kerana tidak berjawab pada hari Sabtu dan Awal Isnin.

No comments: