Monday, November 8, 2010

KEDUDUKAN HARGA EMAS SELEPAS JAM 10.00 MALAM





Salam, patern harga malam ini telah berubah, aliran harga mengikut simetri yang lain. Harga memilih untuk terus naik. Ini menunjukkan keuntungan berterusan berlaku kepada pelabur yang paling awal. Dengan kata lain ia tidak memihak kepada lakaran garis harga yang pendita galurkan.





Bagi pelabur yang baru ingin memasuki lapangan pelaburan emas, akan merasa harga ini terlalu mahal. tetapi tidak bagi pelabur yang sedia ada. Ini menambah kesoronokan kepada pelabur emas lama untuk terus menambah stok emas sedia ada. tahniah kepada anda kerana harga memilih untuk naik diawal minggu. Dengan kata lain patern telah berubah seketika.

Walau bagaimanapun jangan risau, harga ini cuba untuk menguji harga tertinggi pada hari ini melepasi USD1400.00 Jika berlaku aliran menurun. Jangan rasa mengalami kerugian jika situasi ini berlaku.

Anda bukan penjual emas sebaliknya adalah pelabur emas. Ada rakan nak beli dengan harga 3162, anda lock harga emas baru yang sama harga RM3162 di Public Gold.

Rakan anda bayar, anda serah stok emas anda, kemudian wang RM3162 yang rakan anda bayar serah kepada Public Gold untuk anda menerima stok emas baru yang anda tempah.

Di atas perpindahan stok dan wang tunai tadi, selain menerima stok emas baru anda juga akan menerima bonus 1.5% atas transaksi yang anda lakukan.

No comments: