harga emas jam 9.15 malam ke atas.
keluk harga emas yang dilakarkan pendita emas pada tengahari tadi klik sini
Salam,
Alhamdulillah harga sasaran pendita emas telah termakbul pada jam 9.15 malam. Maka kita akan menikmati harga emas tempatan pada sekitar harga RM3110 ke atas mulai hari ini.
Tidak mustahil harga emas akan mencapai sasaran pendita emas pada paras USD1400.00 pada malam ini insyallah.
-----------------------------------------------------------------------
Ulasan harga emas oleh pendita emas pada pagi Khamis
HARGA EMAS YANG LEMBAB AWAL KHAMIS
KEDUDUKAN KELUK HARGA EMAS AWAL PAGI KHAMIS
Salam,
Harga sasaran pendita emas pada kadar USD1370 dan 1380 dan meluap pada kadar 1400 pada hari ini tidak tercapai.
Keluk harga hanya memilih pada keluk S1 yang dilakarkan oleh Pendita Emas. Ini menggambarkan bahawa harga masih bertenang tetapi pada kedudukan yang tinggi.
Sukar membuat sasaran harga pada minggu ini sebab:
Pertamanya, pencarian infomasi terkini masih belum ditemui, sedangkan pemikiran Pendita Emas masih belum tenang sepenuhnya kerana pelbagai perkara dialami oleh pendita emas ketika ini.
Keduanya, kereta yang rosak turbonya masih dibengkel dan masih dalam proses dibaiki sementara menunggu alat ganti tiba.
Ketiganya, kerenah anak-anak buah yang terlalu obses dengan keuntungan melalui pelaburan emas mengasak saya bertanyakan bagaimana harga emas pada esok hari dan hari-hari mendatang. Pendita Emas sarankan pergilah jumpa orang yang pakar tang telekan.
Keempatnya, kerenah tugasan hakiki membataskan pergerakan dan pemikiran pendita emas.
Kelima, trauma dengan naik teksi apabila handphone yang dipenuhi dengan maklumat perniagaan emas dan GP Mart telah hilang setelah saya meninggalkan teksi dalam masa 5 minit kerana dah ada penumpang lain naik teksi. So nombor lama diblok dan digunakan semula menyebabkan segala data telah hilang. Minta maaf kepada sesiapa yang call saya leboh 100 kali kerana tidak berjawab pada hari Sabtu dan Awal Isnin.
----------------------------------------------------------------------
Ulasan pada malam rabu selepas balik dari Yong Peng
SASARAN HARGA EMAS PADA AWAL PAGI KHAMIS 4/11/2010
Salam,
Sudah lama rasanya tak menggangu pergerakan harga emas semasa dunia.
Pada malam ini, pa bila membuka pendita emas dan laman web public gold.com kami mendapati bahawa harga emas yang bermain pada paras USD1350 hingga USD1365 tetiba jatuh mendadak.
Pergerakan ini adalah satu fenomena biasa. Ia merupakan satu kejatuhan untuk membuat satu lonjakan yang tinggi pada hari ini. Harga harapan pendita emas ia akan mencapai harga tertinggi melepasi USD 1375 dan harga ujian USD1380.00
Adakan benar harga ini akan tercapai?
Itu adalah harga sasaran mingguan Pendita emas. Kalau boleh ia juga mencapai harga sasaran pada paras USD1400.00
-----------------------------------------------------------------------
CARTA HARGA EMAS SEHINGGA JAM 1.00 PM 1/11/10
Salam,
Alhamdulillah, Harga emas sekitar jam 6.00pagi hingga jam 1.00pm bewarna merah mengikut garisan oren di carta bawah selepas line hijau yang pendita emas lakarkan.
Line oren yang kedua merupakan line sebelah petang. Moga ia menjadi kenyataan petang ini Aminnnnnn
Posting lakaran carta harga emas di bawah telah dilakarkan pada 30 Oktober 2010
KESIMPULAN HARGA EMAS PADA PAGI ISNIN 1/11/10
Lihat perbezaan dan persamaan carta harga yang dilakarkanPendita Emas pada 30 Oktober 2010 dengan pergerakan harga emas semasa pada 1/11/2010
----------------------------------------------------------------------
Posting pagi tadi jam 8:00 pagi
HARGA EMAS YANG CERIA DIAWAL PAGI ISNIN 1/11/10 USD1363/OZ
Salam semuanya,
Harga emas yang ceria di awal pagi menyaksikan paras harga emas berada di peringkat USD1363.10/oz. Apa yang digambarkan oleh Pendita Emas jika berterusan harga pada hari Sabtu ia akan mencapai harga sasaran pendita emas pada 30/10/10 seperti posting berikut:
SASARAN PENUTUPAN HARGA EMAS DUNIA PADA 30/10/10 PADA PARAS TINGGI
Harga penutupan bagi emas jam 5.00 pagi sabtu berada pada kedudukan USD1359.80/oz. Ini menunjukkan harga emas setempat bagi 20 gram ialah RM3070(RM153/g). Harga ini berada pada kedudukan lebih rendah daripada harga yang Pendita Emas sasarkan pada 30/10/10 iaitu sekitar USD1365.
Walau bagaimanapun harga 1359 masih memuaskan hati Pendita Emas kerana ia beroperasi sekitar 4 jam sahaja. Jika ada kesinambungan 6 jam lagi urusniaga emas pada pagi Sabtu jam 6am -12pm sudah pasti harga sasaran pendita emas tercecah.
Harga pada hari Isnin 1/11/2010 naik hingga mencecah harga ujian USD1370 atau ke atas.
Pendita Emas cuba mengikut patern pada minggu lepas. Ini bermakna jika mengikut patern pada minggu lepas, harga harapan Pendita Emas still dalam lingkungan USD 1355 hingga 1360. Jajarannya di awal minggu yang sekata dan malar.
Menyusul selepas jam 12.00 tengahari harga mula rancak dan akan pendita Emas mengharapkan berlaku kenaikan harga perlahan2 tetapi mencapai julat yang lebih besar lagi dalam lingkungan USD1360 hingga 1370.
Jika menjadi, harga akan menurun selepas itu untuk menstabilkan kenaikan harga pada kadar sekata atau malar sehinggalah awal pagi.
Tetapi patern minggu lalu telah berubah, harga emas dunia terus melantun naik di awal pagi. Diharapkan bukan sahaja awal pagi malahan berterusan sehingga sepanjang minggu ini.
Ini membuatkan harga sasaran emas dunia, Pendita Emas Up harga maksima hari Isnin sahaja kepada USD1380.00/oz. Maka pelabur emas 20gram bolehlah menikmati harga emas RM3100 ke atas mulai awal hari ini juga insyallah. 1 Dinar akan mengalami harga RM650.
No comments:
Post a Comment