Wednesday, November 10, 2010

USD1400 SUDAH PERGI, USD1420 SUDAH MARI, USD 1435 SEDANG MENANTI

Salam buat rakan taulan dan pengunjung blog Pendita Emas,

Syukur kita ucapkan bahawa harga emas sudah naik dan naik dan rasanya telah melepasi harga sasaran Mingguan Pendita Emas yang dinukilkan pada jam 4.00 petang Isnin yang tidak membayangkan langsung harga emas dunia melepasi USD pada line USD1402 jam 5.00.

Momentun harga emas ketika itu hanya bermain di sekitar harga USD1380 dan USD1390. Ia menampakkan harga stastik pada USD1380 dan USD1390 sahaja. Ini membuatkan Pendita Emas hanya mampu mengharapkan harga emas dunia yang digarapkan dalam blog ini klik sini.

SASARAN HARGA MINGGU INI (8~13 NOVEMBER 2010)

HARGA TERTINGGI :USD1420/OZ
HARGA TERENDAH: USD1398/OZ
HARGA UJIAN :USD1435/OZ

20 GRAM :RM3175 HINGGA RM3205
1 DINAR :RM657 HINGGA RM670

So malam nie nak jadi budak nakal sikit. Sebagai rekod, posting ini dilakarkan pada jam 6.45 petang, 10/11/10 Hari Rabu.

Kini, harga emas dunia telah melepasi harga tambatan tertinggi USD1420 kepada USD1425. Harga terendah pada USD1398 telah diambil alih harga USD1402. Kita akan melihat tujahan harga ujian minggu ini pada line USD1435 hingga USD1438 sahaja.

Sasaran harga 20 gram pula telah di lepasi dari RM3175 kepada 1399 dan insyallah akan melepasi RM3205 seketika nanti. Manakala dinar pada harga sasaran RM657 telah dilepasi keparas RM659.

No comments: