Friday, November 5, 2010
HARGA PAGI SABTU AKAN MENGGILA SEBAGAI PENUTUP MINGGU INI
Salam,
Kepada pengunjung blog Pendita Emas, Pendita Emas telah menerima harga sasaran yang ditetapkan pada minggu ini yang disediakan seawal minggu pada posting 30 Oktober 2010.
Harga semasa melepasi semua harga sasaran pendita emas iaitu harga terendah pada USD1375 dan yang tertinggi pada paras USD1385.00 telah membuahkan hasil seperti berikut:
Berdasarkan carta pergerakan harga pada jam 2:51 petang dan pagi di Malaysia menyaksikan bahawa harga sasaran minima dan tinggi dilepasi pada minggu ini dengan USD1386.20 dan 1399.40
Ringkasan harga sasaran mingguan :
HargaUjian =USD1400 hingga USD1420 telah mencapai harga bonus USD1399.40.
Harga sasaran maksima =USD1385/oz telah mencecah USD1399.40
Harga sasaran minima = USD1375/oz masih kekal pada sekitar USD1386 ke atas
Ringkasan harga sasaran tempatan minggu ini:
Harga 20 gram = Melepasi sasaran harga ditetapkan RM3120 kepada RM3158 terekod
Harga tertinggi 20gram=RM3160 telah dihampiri harga RM3158.
Harga 1 dinar= Sasaran RM640.00 hingga RM655.00 telah menghadirkan harga RM653
Lihat carta di bawah ini:
Tentu menarik bukan, bila harga harapan yang dikehendaki hadir dalam dakapan kita. Kita tidak perlu terpengaruh dengan pihak lain.
Gunakan pengalaman, pengamatan, menganalisa data dari orang lain, melihat dan alert dengan persekitaran global, buat kajian dan akhirnya buat rumus serta kritikan dan seterusnya publishkan harga sasaran kita.
Alhamdulillah, harga sasaran pendita melepasi semua ramalan harga pihak lain. Banyak minggu telah memihak kepada saya, ketika harga tengah rancak naik meninggi, Pendita Emas menongkah arus mengatakan bahawa minggu kedua dan ketiga bulan Oktober harga emas akan mengalami kejatuhan. Semua membangkang. Tapi bukti-bukti semasa yang pendita emas gunakan membantu dalam hal ini.
Kemudian pendita emas mengatakan minggu ini harga emas akan naik, mereka menyanggah juga pendapat Pendita Emas dengan bermodalkan perayaan Deepavali. So persoalannya apa kena mengena perayaan Deepavali dengan harga emas.
Komoditi emas bukan seperti saham. Kita longgok dan harga murah, pelabur terus sambar. Ini menunjukkan permintaan akan mengatasi penawaran. Cuba kita letak saham dalam bursa saham, selagi tiada rumus mengenai kehebatan syarikat semasa jangan mimpi orang nakkan saham anda.
Kesimpulannya, Pendita Emas merasa sangat gembira kerana dengan harga sasaran yang dibuat oleh pendita membantu menarik orang ramai di luar sana untuk masuk menyertai pelaburan emas fizikal di bawah Pendita Emas. Moga harga sasaran Pendita Emas membantu rakan-rakan membuat pembelian emas dengan terancang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment