Wednesday, November 10, 2010

DUNIA EMAS MENGENALKAN AKU DENGAN GELAGAT MANUSIA

Salam,

Hari ini posting saya mahu melupakan seketika harga ujian USD1435/oz yang telah Pendita sasarkan bermula pada hari Isnin 8/11/2010 jam 4.00 petang.

So, hanya mahu bercerita tentang gelagat manusia yang terlibat dalam pelaburan. Semakin ramai yang melabur, makan semakin banyak cerita dan pengalaman yang Pendita Emas kutip.

Pertama, kes pada petang Rabu (10/11/2010) ceritanya begini:

Pelanggan : Salam tuan Pendita, ada stok 20g yang saya sudah lock dan janjikan.

Pendita: Sudah ada, tetapi saya tak boleh lock. Tuan kena lock harga semasa kerana pada hari yang tuan suruh lock kami tak boleh lock. So tak bolehlah saya gunakan harga yang kita bincangkan.

Pelanggan : Macam mana dengan harga sekarang.?

Pendita :RM3171 tuan. Saya boleh lockkan harga nie jika tuan setuju kerana pihak Public Gold dah benarkan kami buat lock harga seperti biasa.

Pelanggan: Ok, setuju. Di mana kita nak jumpa?

Pendita : Kita jumpa aje di Camek Kopitiam Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang?

Pelanggan : Pendita duduk area mana?

Pendita : Area Nusa Damai

Pelanggan : Saya pun sama.

Pendita: Ok jumpa saya di Restoran RUZA Nusa Damai

Pelanggan : jam berapa tuan

Pendita: Lepas isyak saya tunggu di sana bersama beberapa rakan lain.

Pelanggan : Ok

Jam 6:09 minit kemudian

Pendita : Tahniah emas anda berharga RM3184.oo skrg.

Beberapa jam kemudian dari pukul 8:30 hingga 10:30 malam Pendita Emas telefon beberapa kali pelanggan dimaksudkan Langsung tak berjawab kerana telefon dipadamkan.

PA Rahmad: Macam mana nie Pendita?

Pendita: Peh ada juga orang macam nie. Kalau tak nak, katakan tak nak, Tak mampu buat cara tak mampu, Pokai buat cara Pokai.

PA Rahmad Mega: Betul juga tu Pendita. Kalau tak jadi calllah kan senang, sebab kita ada juga kerja lain. Tak apa bukan rezeki kita. Mudah-mudahan dia akan rasa lebih teruk daripada apa yang kita rasa hari ini.

Pendita Emas: Biarkan orang macam tu bos, tuhan akan balas sekejap ajer.

Pendita dan PA Rahmad Mega beredar dengan rasa gembira kerana ada pelanggan lain untuk ditemui.

Moralnya kita dapat tahu keadaan diri pelabur ini:

1. Tak berurusan dengan penditapun tiada kerugian di pihak pendita.
2. Sengaja tutup telefon bukan apa, itu tandanya manusia pengecut, tak berduit tetapi berlagak banyak duit, miskin perkerti sebenarnya miskin harga diri dan harta.
3. Arahkan sahaja pendita untuk Lock sebanyak mana harga yang anda mahu tetapi anda ingkar untuk tidak mahu membayar, anda kena ingat rezeki anda akan susut sedikit demi sedikit untuk membantu Pendita Emas membayar harga emas yang Pendita Emas telah lock. Cara bagaimana itu Tuhan punya kuasa. Pendita Emas hanya berdoa sahaja supaya segala kerja saya dipermudahkan. Ingat Pendita tiada kerugian, pendita buat EPP, harga pada hari ini RM3171, dalam simpanan pendita 4 bulan (harga sudah pasti naik tinggi) Sebagai rekod, pendita sasarkan harga 20g RM3171 akan menjadi RM4600.00 pada bulan Februari 2011.
4. Adat perniagaan. Selagi tidak menemui pelanggan dan wang depan mata usah pandai-pandai ikut arahan pelanggan untuk kita lock kecuali memang orang yang kita kenal.

No comments: