Monday, November 8, 2010

harga rendah tapi paras tinggi sekitar 1390





Salam,

Harga jumping rendah tetapi tidak menggambarkan harga rendah yang pada hari ini 8/11/2010 jam 12.00pm hingga jam 7.00 pm.

Kita lihat harga purata adalah pada kedudukan USD 1387 dan 1392 mengikut perkiraan harga emas semasa 20 gram ia bergerak sekitar 3145 hingga 3140 hingga 3150.

1 dinar pula bergerak sekitar RM650 hingga RM652.00





So, pada pengamatan Pengamatan Pendita Emas, sesiapa yang mahu membeli emas ketika ini, belilah segera. Usah pedulikan kata-kata rakan yang tiada pengalaman membuat spesikulasi harga emas terutama yang tiada memegang emas walau hanya 1 dinar.

Mengapa saya berkata begitu?

Permintaan emas sudah melewati penawaran komoditi emas. Emas tidak memerlukan manusia menetapkan harga masa depan kerana emas tetap bernilai tinggi, makin lama disimpan makin meningkat harganya. Malahan emas menjadi komoditi yang sangat diperlukan oleh umat manusia seluruh dunia samada yang masih bayi sehingga yang sudah bongkok tiga.

perubahan harga emas sudah tidak mengikut tahun, bulan, minggu atau hari, tetapi berubah setiap saat. Peluang terhidang usah dilepaskan. Makin kita menahan pembelian ketika wang masih lebat, makin naik harga emas semasa di dunia.

Lihat sahaja pergerakan harga emas pada minggu lalu. Pendita Emas mensasarkan harga akan mencapai titik ujian pada harga USD1400.00. Walaupun tidak tercapai, Pendita Emas tidak merasa kecewa kerana harga USD1400 ialah harga psokologi Pendita Emas. Apa yang Pendita Emas capai ialah harga maksima Pendita Emas melepasi harga sasaran USD1385 dan di tutupi harga tertinggi pada paras USD1399.20. Harga tersebut adalah harga bonus buat diri Pendita Emas.

Persoalannya adakah harga emas meningkat lagi?

Terpulang kepada tuan/puan.

Apa yang pendita Emas harapkan ialah harga minggu ini naik melepasi USD1425 dan melebihi 1445. Harga ini Pendita Emas garapkan tanpa dipengaruhi oleh pendapat orang ramai hatta pakar ekonomi atai peramal dari seluruh dunia.

Adakah ia tercapai?

Insyallah harga emas pada minggu ini sudah berada pada kedudukan yang betul(rahsia Pendita Emas)

Kesimpulannya

Selagi ada peluang mendapatkan harga emas yang menarik rebutlah, jangan membazirkan masa bercerita tentang harga emas naik atau turun tetapi umpama Mat Jenin satu emas pun tiada dalam simpanan peribadi.

Bagi kaum perempuan perbanyakkan penyimpanan emas barang kemas 91.6%(22K), manakala kaum lelaki mulakan penyimpanan bongkah emas 20g 999.9% (24K).

No comments: