Tuesday, November 30, 2010

HARGA MULAI NAIK MENDADAK MULAI 1 DISEMBER 2010



Salam semuanya,

Alhamdulillah kita dipanjangkan usia dan sekali lagi kita boleh menyaksikan pergerakan harga emas mulai memantul-mantul naik ke atas. Biasalah, naik mendadak para pelabur cuba membuat satu pergerakan harga yang menguntungkan sebelum sambutan hari Natal dan Tahun Baru yang disambut oleh semua manusia sejagat.

Kita lupakan perkara berkenaan, kita sambung dengan pergerakan emas semasa. Alhamdulillah nampak bayangan, harga emas akan menyelinap ke angka melepasi USD1400 untuk merakamkan satu pergerakan harga emas yang paling bersejarah. Jika harga emas ini berada berterusan dalam minggu pertama ini, kita semua akan mendapat bahagiannya baik.

Di Malaysia sudah pasti harapan Pendita, harga emas akan berada pada paras RM185/gram sebelum berakhir tahun ini.

Lihat sahaja harga emas di pajak gadai, berdasarkan pemantauan harga emas semasa untuk pajakan di Arrahnu dalam area Johor, Harga pajakan ditetapkan pengurusan masing-masing pada hari Isnin dan Selasa seperti berikut:

Hari Isnin :
Koperasi Permodalan Johor (24K =RM160.00),
Ahrahnu Bank Rakyat (RM162.99)
Agrobank tiada data

Hari Selasa:
Koperasi Permodalan Melayu Johor(162.00/gram),
Bank Rakyat (RM164.00)
Agrobank(RM165.80)

So nasihat Pendita, beli ajer emas mengikut kemampuan masing-masing sekurang-kurangnya emas dinar. Jika kita menantikan harga runtuh, kita tidak akan menemuinya kecuali kita sentiasa berada depam laman web Public Gold untuk memantau harga semasa yang berubah setiap 20 minit.

No comments: