Wednesday, October 6, 2010

PERMULAAN HARGA EMAS CERIA DI PAGI KHAMIS 7/10/2010



Salam,

Harga emas naik dan terus naik. Satu pelaburan yang menguntungkan. Semakin banyak ketulan emas semakin berharta, kaya dan tinggi imej pemiliknya.

Keyakinan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan tipu daya dunia terutama dalam bidang ekonomi dapat diharungi dengan berjaya.

Inflasi sifar yang dilaung kerajaan hanya momokan sahaja. Contoh mana ada benda makanan asas di dunia ini turun harga. Jika ada yang berjaya membuktikan kepada saya sila nyatakan.

Lihat sahaja harga beras secupak yang digunakan untuk membayar zakat fitrah pada tahun ini, beras secupak dikira dalam nilai RM di Johor telah naik. Kenapa ada dua harga berbeza di Johor?

Kadar zakat dibawah digunakan hanya untuk mengesahkan inflasi sifar telah berlaku atau tidak di Malaysia.




KADAR ZAKAT TAHUN 2010 DI MALAYSIA




Walau apapun yang berlaku dalam ekonomi semasa dunia saya tetap mengucapkan tahniah kepada pelabur emas public gold yang hanya memiliki seketul 1 dinar atau jongkong emas 20 gram kerana anda merupakan seorang yang berjaya.

Mengapa saya berkata begitu? Jika jongkong emas 20 gram anda letak di dalam beg duit anda, sekarang anda anda sentiasa membawa emas bernilai RM3051.00. Anda boleh mengatakan pada teman yang lain:

JANGAN TANYA BERAPA EMAS SAYA ADA,
JIKA DALAM POKET ANDA TIADA RM 3000.00 SEKARANG.

No comments: