Benarkah harga emas Malaysia akan meroket mulai Januari 2016 berbanding harga emas dunia?
Rata-rata ramai mantee Pendita Emas yang mengikuti kelas-kelas Analisis Teknikal dan Fundamental Pelaburan Emas disepanjang tahun 2010, 2011,2012, 2013 dan 2014 merasakan demikian apabila situasi ekonomi dunia sekarang kurang menentu pada setiap hari diseluruh dunia.
Banyak faktor fundamental yang mempengaruhi keadaan ekonomi dalam setiap negara antaranya kedudukan geografi, kebergantungan ekonomi negara kepada sektor komoditi, gangguan iklim, kesihatan ekonomi, kesihatan politik, peperangaan, kejatuhan nilai mata wang, perang saudara dan lain-lain faktor.
Merujuk kepada Malaysia, beberapa faktor fundamental yang mengubah nilai RM dilaporkan pada 9 November 2015 memberi kesan kepada pergerakan harga emas semasa. Nilai RM berada pada paras RM4.3630.
Persoalannya, bagaimanakah harga emas boleh dipantau berasaskan nilai RM semasa?
Pendita Emas menggunakan data yang dipaparkan oleh web MKS yang memaparkan harga emas dunia semasa dalam nilai USD, nilai emas dalam RM/kilo, 100g dan tahil termasuk harga perak.
Analisis harga emas yang dipantau berdasarkan harga emas dunia setiap aun/USD dan dalam RM dilampirkan sebagai berikut:
Analisis catatan jangkaan harga emas dunia pada tahun 2016
1. Menurut Bloomberg pada 18/11/2015, harga emas berada pada paras AS$1,064.55 (RM4,578) seaun iaitu terendah sejak Februari 2010. Harga tertinggi yang pernah direkodkan berlaku pada Ogos 2011 apabila buat pertama kalinya melepasi AS$1,900 (RM8,170) seaun sekali gus membuatkan pelaburan emas menjadi pilihan utama.
Harga purata tahunan emas dijangka terus turun buat tahun ketiga berturut-turut apabila pelabur-pelabur mula melepaskan emas. Harga puratanya untuk tahun ini ialah AS$1,172 (RM5,039) seaun. Harga purata dijangka terus susut pada 2016 dan 2017.
Davies berkata, pihaknya merasakan harga purata untuk tahun depan ialah AS$1,150 (RM4,945) seaun.
Jelas beliau lagi, Rizab Persekutuan AS dijangka meningkatkan 25 mata asas kadar faedahnya bulan depan dan 75 mata asas lagi pada 2016. Jangkaan yang sama telah dibuat oleh Morgan Stanley bahawa bank pusat itu akan melakukan tiga kali kenaikan 0.25 peratus kadar faedahnya sepanjang tahun depan.
2. Goldman Sachs membuat andaian bahawa harga emas akan menurun kepada AS$1,050 (RM4,515) seaun dalam tempoh enam bulan lagi dan AS$1,000 (RM4,300) dalam tempoh setahun.
3. Penganalisis Pasaran Galtere Ltd., Renee Haugerud yang berpangkalan di New York sebelum ini memberitahu Bloomberg bahawa harga emas boleh merosot sehingga AS$900 (RM3,870) seaun disebabkan pengukuhan dolar AS.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/harga-emas-diramal-jatuh-1.160261#sthash.SjyiwLmh.dpuf