Bank Pusat Penyimpan Emas Terbesar Asia Tenggara (Vietnam) Membenarkan Semula Perdangan Berjuta-Juta Tan Emas Milik Mereka
Salam,
Pada posting lepas PE ada bercerita tentang pemilikan emas oleh semua bank pusat diseluruh dunia. Walau bagaimanapun Vietnam tidak termasuk dalam senarai pemilikan emas tersebut dalam senarai rasmi World Gould Council seeperti berikut:
Emas milikan Vietnam merupakan emas yang sangat bermutu tinggi terutama jongkong mereka. Jika bank diharamkan untuk memperdagangkan emas mereka ke pasaran terbuka pada pertengahan 2010, rakyatnya pula sengaja menyorokkan emas masing-masing.
Terkini Bank Pusat Vietnam telah membenarkan lima bank tempatan dan pedagang emas utama Vietnam SJC menjual emas masing-masing dalam negara untuk menstabilkan harga emas domestik. Selain itu, kelima bank dan SJC dibenarkan membuka akaun perdagangan emas antarabangsa dan pembukaan akaun simpanan emas kepada pendeposit masing-masing.
Selepas kebenaran diberi, 6 tan emas telah terjual dalam pasaran domestik melalui pegadang emas terkemuka Vietnam, SJC dan 5 bank tempatan (Asia Commercial Bank, Eximbank, DongA Bank, Techcombank and Sacombank). Unit tael digunakan bersamaan 37.5 gram atau 1.2 aun.
Walau bagaimanapun menurut laporan berita tempatan, sebanyak 10 tan telah terjual pada rabu lalu.
"Local media reported Tuesday that two more lenders may also join the scheme. News website VnExpress reported that the group of “Five plus one” had sold more than 10 tons of gold as of Wednesday."
Dasar ini datang selepas Bank Negara Vietnam diberi kuota import emas berjumlah kira-kira 20 tan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini untuk menstabilkan pasaran, dengan kejayaan yang terhad.
Sebelum ini, Pendita Emas mengatakan jika kita terlibat dengan pelaburan emas kita akan mendapat keuntungan 360 darjah. Alhamdulillah pendapat PE telah mendapat sokongan dari seorang pakar ekonomi Vietnam, Li Dat Chi sebagai berikut:
"Chi also said the decision will only benefit the banks and SJC, since they can profit from any price scenario."
Diterjemahkan sebagai "Chi berkata keputusan itu hanya akan memberi manfaat kepada bank-bank dan SJC, kerana mereka boleh mendapat keuntungan daripada mana-mana senario harga."
Sumber : http://www.thanhniennews.com/2010/Pages/20111014-Too-few-players-control-gold-market.aspx
No comments:
Post a Comment