Sunday, August 12, 2012

Jawapan hukum setia meniagakan produk orang kafir?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat semua mantee Pendita Emas,

Alhamdulillah hari ini ramai rakan yang bersungut dan marah akan posting ini. Ada yang kata posting ini merbahaya, ada yang kata posting ini mengelirukan dan ada yang mengatakan posting ini menggangu perniagaan mereka kerana ia menggambarkan Pendita Emas berperang dengan bekas company emas yang PE joint satu masa lalu.

PE positif dan terima apa pendapat mereka atas alasan masing-masing ada pendapat masing-masing. Malah dalam posting ini pun PE tiada langsung mensabitkan hukum haram atau tidak. Yang jelas dalam artikel ada sebab pro dan kontra yang menyebabkan ia haram atau halal berdasarkan artikel yang Pendita Emas kutip dari bijak pandai.

Sehubungan dengan itu kepada tetamu blog Pendita Emas, dapatlah membaca semua artikel secara tenang dan baik agar dapat pengertian yang lebih mendalam.

Penafian :

Posting ini, tiada satu perkataan hukum halal atau haram yang dicadangkan oleh Pendita Emas. Segalanya tercatat dalam posting-posting cerdik pandai yang dilampirkan. PE hanya melontarkan perkataan "Apakah hukum dalam Islam"

Keduanya, apa yang diharapkan semoga posting ini menjadi satu pedoman hidup buat rakan-rakan supaya ia menjadi panduan kita menjadi umat Islam yang kukuh ekonominya.

Ketiganya jika selama ini kita mengutuk produk yang ada kena mengena dengan bisnes yang sama dengan kita terutama dengan agama yang sama lebihkan kepada produk yang dikeluarkan rakan seagama dan mengurangkan kebergantungan kepada produk orang kafir.

Keempatnya, jika baik posting ini, boleh kita amalkan, jika bersalahan dengan paradigme dan tidak baik datangnya dari Pendita Emas. Baca boleh, follow jangan.


1. Keharusan nabi berurus niaga dengan Yahudi atau orang kafir
Imam An-Nawawi menyambung :
وأما اشتراء النبي الطعام من اليهودي ورهنه عنده دون الصحابة فقيل فعله بيانا لجواز ذلك وقيل لأنه لم يكن هناك طعام فاضل عن حاجة صاحبه الا عنده وقيل لأن الصحابة لا يأخذون رهنه صلى الله عليه وسلم ولا يقبضون منه الثمن فعدل إلى معاملة اليهودي لئلا يضيق على أحد من أصحابه
Ertinya : Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)

2. Jawapan persoalan yang bersangkutan 

Apakah hukumnya meninggalkan kerjasama di antara umat Islam yakni dengan tidak redha dan tidak suka membeli barang perniagaan daripada umat Islam tetapi suka membeli barang perniagaan orang bukan Islam? Apakah tindakan seperti itu halal atau haram?

Majlis Fatwa yang diketuai oleh Syaikh ‘Abd al-‘Aziz bin Baz rahimahullah dan dianggotai oleh tiga ilmuan yang lain menjawab:

Ketetapan hukum dasar dalam (persoalan jual-beli) membolehkan umat Islam membeli apa jua yang diperlukan dari apa yang dihalalkan oleh Allah, baik daripada umat Islam atau umat bukan Islam. Nabi shallallahu 'alaihi wasallamsendiri pernah membeli daripada orang Yahudi.

Akan tetapi jika keengganan seorang muslim untuk membeli daripada seorang muslim yang lain tanpa didasari faktor (yang munasabah) seperti kecurangan, harga yang mahal dan barang yang buruk, sehingga menyebabkan dia membeli daripada orang bukan Islam serta mengutamakan dia di atas seorang muslim tanpa wujudnya alasan yang benar, maka yang sedemikian jelas haram.

Ini kerana yang sedemikian termasuk satu bentuk kesetiaan kepada umat bukan Islam, meredha dan mencintai mereka. Selain itu, tindakan sedemikian dapat melemahkan perniagaan umat Islam, merosakkan barang perniagaan mereka (kerana tersimpan lama) dan tidak melariskannya.

Adapun jika wujud faktor-faktor yang menyebabkan seorang muslim berpaling daripada berniaga dengan seorang muslim yang lain sepertimana yang disebut di atas (kecurangan, harga yang mahal dan barang yang buruk), maka hendaklah dia menasihati saudaranya (peniaga muslim) itu demi memperbaiki kekurangan tersebut.

Jika peniaga muslim itu sudi menerima nasihat (dan melakukan perubahan), maka alhamdulillah. Akan tetapi jika tidak, maka seorang muslim boleh berpaling kepada peniaga yang lain, sekalipun kepada peniaga bukan Islam di mana terdapat manfaat dan kejujuran dalam berurusniaga dengannya.[3]

Link-linklain berkaitan catatan hukum bekerja dengan orang bukan Islam 

http://kaahil.wordpress.com/2009/12/28/hukum-bekerja-di-perusahaan-asing-non-muslim-apakah-termasuk-bentuk-loyalitas-kepada-mereka/

http://www.voa-islam.com/islamia/konsultasi-agama/2012/02/10/17699/hukum-bekerja-di-perusahaan-orang-kafir/

No comments: