Friday, August 17, 2012

Kerangka Sasaran Harga Emas Pada 20 Ogos 2012

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA
JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee dan follower Pendita Emas,

Alhamdulillah mood raya sedang menusuk dikalbu masing-masing. Mana yang ada family lagi terutama ibibapa masing-masing jengahlah mereka di hari raya yang bakal menjelma pada 19 Ogos 2012.

Pendita Emas pula hanya mampu beraya bersama adik beradik dan sebelah mentua sahaja kerana ibu dan ayah Pendita Emas telah pergi buat selama-lama hampir 34 tahun yang lalu. Walau bagaimana ibu-ibu mentua kami tetap kami anggap seperti ibu kami.

Sebelum itu, PE mahu mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua, maaf zahir batin dari hujung rambut hingga hujung kaki jika selama anda mengikuti blog dan fb Pendita Emas banyak tutur kata yang tidak enak anda baca.

Berbalik kepada posting utama pada hari ini, PE sekadar menyediakan kerangka harga sasaran harga emas untuk minggu hadapan bagi tarikh-tarikh 20-24 Ogos 2012.

Bagaimanakah pergerakan harga emas minggu depan agaknya untuk dibentuk? Banyak pertanyaan dibenak minda mantee dan follower Pendita Emas.

Di sini PE tinggalkan sedikit oleh-oleh dalam menentukan harga emas pada minggu hadapan dikenali sebagai KERANGKA SASARAN HARGA EMAS MASA DEPAN PENDITA EMAS.

Kerangka 1: Penentuan harga halangan 1 dan sokongan 1(hadiri kelas analisis teknikal dan fundamental untuk penerangan penuh). Berikut contoh kerangka penentuan harga dinyatakan secara asas.


Persoalan yang ada diperingkat pertama:

1. Pilihan garis teknikal Fibonacci Retrecment (apa mande nie pulak ya)
2. Sokongan teknikal carta harga emas 3 hari (tambah poning plak)
3. Sokongan teknikal carta harga emas beberapa bulan lepas (lagi pitam)
4. Sokongan aktiviti fundamental harian dunia (lagi tambah kelam)
5. Pertanyaan pada diri sendiri dengan persoalan apa, kenapa, bila, siapa dan bagaimana (Formula 4W1H)-(Peh amandalah plak yang ini, bukan sahaja kelam dan pitam tapi terus tak dapat kata apa-apa)

Dengan 5 daripada 25 soalan yang Pendita Emas lampirkan ini, tak adalah cerita PE setakat mengajar pelabur bila nak beli, bila nak jual dan bila nak rehat

Sebab itu siapa yang suka menganjing dan lagak maut atau ngeri dengan harga sasaran PE terang-terang kena tebas akaun Facebook mereka dengan Pendita Emas kerana mereka tidak memberi kepentingan ilmu sebaliknya dosa dan nista untuk Pendita Emas.

Walau bagaimanapun setelah dicantas, mereka tetap masuk juga dalam Facebook Pendita Emas melalui saluran rakan-rakan yang lain. So nampaklah siapa perlukan siapakan.

So, di sini biarlah kita dikatakan ekss dan sombong janji kita tahu kebolehan dan krediabiliti diri sentiasa menjadi aset dalam membantu pihak yang memerlukan perkhidmatan kita hatta secara percuma.

Nasihat Pendita Emas untuk diri sendiri elakkan diri dari menjadi takbur akan kelebihan diri sendiri dan elakkan diri memperlekehkan dan memperkecil-kecilkan akan kebolehan orang lain.


Faktor-Faktor melakar harga emas masa depan sebagai berikut:

a. hanya disampaikan dalam kelas analisis teknikal dan fundamental pelaburan emas bersama PE dan GCP. So tempahlah kerusi anda jika anda berminat di lokasi-lokasi yang akan Pendita Emas dan GCP Publishkan.






No comments: