Friday, January 28, 2011

PEMBETULAN HARGA PASARAN EMAS SEMASA DUNIA MENJELANG HARI TERAKHIR MINGGU KE-4 JANUARI (24-29 JANUARI 11)

Salam,

Apakah benar berlaku kenaikan mendadak harga emas pada hari ini, Jumaat 28/1/2011 jam 11:51 waktu Malaysia (10:51 pm waktu barat)?


Melihat kepada bentuk line harga, terdapat berlaku peningkatan harga secara mendadak tetapi kecil sahaja. Walau bagaimanapun kita kena pastikan bentu kenaikannya.



Jika berbentuk kepala ular tedung, harga akan terus melambung membentuk 2 lonjakan harga sehingga pagi ini.



Tetapi jika harga yang naik mendadak kemudian diikuti dengan rebahan line yang terus mendatar alamat harga akan statik

dan jika line terus mengalami kejatuhan, harga emas juga akan terus mengalami kejatuhan.

Mengenai harga emas pada hari ini, alhamdulillah harga emas sepanjang siang hari berada kekal pada paras bawah USD1320.00 seperti yang Pendita laungkan. Wow harga yang menarik.



Dengan beransurnya harga rendah menuju ke puncak pada hari ini, Pendita ingin berkongsi cerita pelaburan emas yang genuine untuk anda.

1. Ketika harga border inilah kita membuat pembelian emas yang baru secara maksima dengan tujuan untuk menambah stok emas yang sedia ada dalam simpanan.

2. Jika ada emas fizikal dalam tangan, pajak ajerlah emas yang ada tidak kira berapa harga pajakan yang diseiakan untuk menambah stok emas sedia ada. Diperingkat ini usah buat jualan walau segram.

jom kita lihat harga emas selepas jam 12:10 =11:20 menyaksikan kepala tedung sudah menujah ke langit untuk membentuk harga tinggi fasa pertama.



Kenaikan harga terakam pada paras USD1330.56. Lonjakan yang jauh hampir USD20.00.



Sah di sini, harga emas pada pagi ini memilih untuk mengikut pilihan pertama yang Pendita sarankan iaitu pembentukan harga kepala ular tedung. Lihat lonjakan harga kedua telah berlaku seperti berikut:



Sah sampai diperingkat ini, harga emas mendaki dan terus mendaki tertinggi sampai harga USD1342. Wow kenaikan sangat drastik buat tempoh masa tidak sampai 1 jam. Kita namakan kenaikan harga ekstrim.



Inilah gambaran keluk harga yang Pendita katakan jika kita menemui bentuk ular tedung, akan berlaku 2 fasa kenaikan harga yang mendadak iaitu A dan B.




HARGA EMAS TERUS MENDAKI SECARA EMSTRIM USD1346 DENGAN KENAIKAN MELEBIHI USD28.30. WO WO WO HEBAT TUUUU



HARGA SELEPAS 1:15 (12:15) AKAN MENYAKSIKAN HARGA EMAS AKAN MENDATAR SEPERTI BERIKUT..

CIRI-CIRI MEMBAWA PAJAKAN GOLD BAR TIDAK DITERIMA LAGI OLEH ARRAHNU?

Salam,

Ini bukan spekulasi tetapi cerita benar.

Pajaklah semua jongkong emas anda dalam Arrahnu. Sampai suatu ketika emas anda akan terpasung sepenuhnya, tiba-tiba surat lelongan terhadap emas jongkong milik anda menemui anda. Terutama bagi pelabur yang membuat pelaburan emas 30%-70% yang menggunakan harga emas arrahnu paling tinggi dewasa ini iaitu Arrahnu Agrobank RM165.80 walhal harga emas sebenarnya berada pada paras terendah RM20.00/ gram.

NATIJAHNYA jika mana-mana satu satu keluaran emas jongkong membuat masalah melibatkan kes emas pajakan terlelong kerana tidak dapat ditebus maka akan keluar satu notis seperti apa yang berlaku pada bulan Mei atau Jun 2010 bahawa semua jongkong emas tidak akan diterima oleh arrahnu atas nasihat Bank Negara.

Semuanya terjadi kerana kerakusan penganjur untuk mendapatkan tunai yang tidak terkawal dan tidak terancang dari pihak pembeli melalui janji-janji manis mereka.

Pilihan ke atas pelaburan emas yang tepat perlu ada nilai kesabaran, selidik dan follow dahulu perjalanan pelaburan sebelum melibatkan diri. Dalam posting lepas, Pendita ada membincangkan jenis-jenis pelabur.

Ciri pelabur yang suka membuat penyelidikan merupakan pelabur paling selamat dunia dan akhirat . Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kini Pendita mencadangkan agar kita semua:

1. Take note dari segi tarikh tamat surat pajakan supaya tidak terbabas sehingga arrahnu mengeluarkan notis peringatan tebusan buat kali pertama, kedua dan ketiga seterusnya surat lelongan.

2. Pasang rangkaian anda sendiri untuk menyediakan teman-teman yang sedia berkongsi kasih, suka dan duka agar bila berlaku perkara keluar surat peringatan mereka boleh menghulurkan bantuan kewangan seketika untuk menebus kemudian memanjangkan semula tempoh pajakan.

3. Jika aset yang terpajak memang sudah terlampau banyak dan tidak mampu dikeluarkan, buat jualan emas semula kepada customer baru, dealer-dealer dengan niat biar terjual sedikit tapi boleh mengeluarkan emas pajakan lain.

4. Menyediakan payung sebelum hujan. Jika jongkong emas mengalami nasib seperti yang Pendita ceritakan kita ada alternatif lain instrumen yang boleh kita cairkan. Rasanya kepelbagaian projek pelaburan emas akan menyelamatkan pelaburan emas pada masa depan. Jangan terlalu taksub dengan sesebuah syarikat pelaburan emas kerana anda tidak akan mendapat manfaat paling maksima.


pelaburan bersama GCP


Pelaburan bersama Public Gold

Pelaburan bersama Z Smash

Pelaburan bersama KFH

5. Dengan wang yang berdikit, buatlah sedikit bayaran emas pajakan anda moga nilai pajakan anda menjadi rendah dan boleh ditebus bila-bila masa.


Semoga kita sama-sama menjaga perjalanan arrahnu agar terus berkembang.

Penafian : Jangan mengikut cara Pendita jika anda tiada kemampuan