Monday, May 30, 2011

Maklumat Talk Di Nahrim

BIODATA PE
Nama:Yatiman Bin Kamsidin

Pendidikan:

Master Pengurusan Dan Petadbiran UTM

Pekerjaan :

1. Guru sejak tahun 1993 sehingga sekarang
2. Tutor di OUM cawangan JB sejak tahun 2009 sehingga sekarang
3. Pemilik Syarikat Pendita Emas

Pengalaman Dalam Pelaburan emas

1. Jual Beli Emas Lombong mulai 2009
2. Jual Beli Emas Lelong Sejak Tahun 1995
3. Agen Pajakan Sejak tahun 1995
3. Agen Jual Beli Gold Bar Mulai 2010
4. Mantan Master Dealer Public Gold yang digugurkan kerana mempromosikan emas GCP dalam blog peribadi
5. Dealer GCP mulai Disember 2010 hingga kini
6. Memberi talk percuma tentang pelaburan emas sehingga kini

Family:

Isteri : Norafiza Bt Ayob
Anak : 3 orang sahaja

Tajuk Talk : Simpanan Emas Untuk Masa Depan

Kandungan Slot 1 (1 jam 30 minit)

1. Sejarah dan penggunaan emas
2. Pengredan dan kandungan emas
3. Kelebihan menyimpan emas masa kini untuk masa depan
4. Bentuk-bentuk emas yang terdapat di Malaysia
5. Jenis-jenis pelaburan emas di Malaysia
6. Kepelbagaian rempit menjana simpanan emas fizikal
7. Kenapa pilih emas Fizikal GCP secara total
8. Lain-lain dan soal jawab

Kandungan Slot 2 (30 minit) (Sebagai Pendedahan)

1. Saham Emas
2. Carta Emas Digunakan
3. Kelebihan Saham Emas

JADUAL KUNJUNGAN DAN TALK PERCUMA PE BERSAMA RANGKAIAN PENDITA EMAS

Tarikh : 31 Mei 2011
Lokasi: Port Dickson (maklumkan esok)
Masa : Selepas 2.00pm
Aktiviti: Menziarahi Rangkaian PE sambil sembang emas.


Tarikh:1 Jun 2011
Lokasi : Nahrim, Seri kembangan
Masa : 10.00am - 12.00pm
Aktiviti : Talk Free bersama Ahli Kelab Kenari Keperluan Emas Masa Depam
Pengganjur : En Shahrani B Mamat


Tarikh: 1 Jun 2011
Lokasi: Ampang Point
Masa : 2.00pm - 3.00pm
Aktiviti: Menziarahi Rangkaian PE sambil sembang emas semasa


Tarikh : 1 Jun 2011
Lokasi: Restoran Yusoff Haslam Jalan Kuantan
Masa:4.00pm - 6.00pm
Aktiviti : Menziarahi Rangkaian PE sambil sembang emas semasa


Tarikh : 1 Jun 2011
Lokasi : Tanjung Bidara Beach Resort/ Samudera Beach Resort
Masa: 8.00 malam
Aktiviti: Sembang santai emas bersama group Melaka


Tarik : 2 Jun 2011
Lokasi: Tanjung Bidara Beach resort / Samudera Beach Resort
Masa : 4.00pm dan 8,00pm
Akviti : Sembang santai emas bersama group Melaka


Tarikh : 3 Jun 2011
Lokasi : Bandar Jasin
Masa : 10.00am-12.00pm
Aktiviti : Ziarah group rangkaian Pendita Emas sambil sembang emas semasa


Tarikh: 3 Jun 2011
Lokasi : Bandar Muar
Masa: 4.00pm hingga 6.00pm
Aktiviti : Menziarahi group rangkaian Pendita Emas sambil sembang emas semasa


Tarikh: 4 Jun 2011
Lokasi : TS Hotel Scientex Pasir Gudang
Masa : 9.00 malam
Aktiviti : Analisa Pelaburan Emas Masa Kini


Tarikh : 5 Jun 2011
Lokasi : Open Universiti Malaysia PPW JB
Masa : 10.00am hingga 5.00pm
Aktiviti : Tutor Sarjana Muda sains Sukan


Tarikh : 7 Jun 2011
Lokasi :Kota Bharu
Masa:
Aktiviti : Sembang emas masa kini


Tarikh: 8 Jun 2011
Lokasi : Kuala Terengganu
Masa:
Aktiviti: Sembang emas masa kini


Tarikh : 9 Jun 2011
Lokasi : Paka
Masa:
Aktiviti : Sembang emas masa kini


Tarikh 10 Jun 2011
Lokasi: Kuantan
Masa:
Aktiviti : Sembang emas masa kini

Saturday, May 28, 2011

SEJARAH PENDITA DAN PELABURAN JONGKONG EMAS 2010/2011

Sejarah pelaburan jongkong emas sangat menarik. Ketika pertengahan tahun 2010 semasa PE menyertai pelaburan emas fizikal ketika itu situasinya sangat lembab. Boleh dikatakan dealernya boleh dikumpulkan dalam satu dewan sekolah yang memuatkan kurang 1000 orang.Ini disebabkan PE memegang keahlian bernombor A0792.

Letih juga ketika itu, ke sana sini dalam memperkenalkan pelaburan emas fizikal kerana ramai pelabur kurang pengetahuan emas. Buta tentang istilah pajakan arrahnu (mereka ingat hanya orang perempuan sahaja yang buat pajakan). Pasarannya lembab sangat. Buta tentang zakat emas. Buta tentang jual beli emas.

Ini disebabkan peranan Arrahnu masih belum difahami sepenuhnya. Arrahnu yang menerima produk jongkong emas terhad ketika itu. Di Johor ada Koperasi Permodalan Melayu Johor di Jalan Segget kerana salah seorang pegawainya merupakan MD Public Gold. Dari satu pusat bertambah menjadi dua dengan penubuhan pejabat mini di Wisma Abu Kassim, Skudai. Manakala lain-lain negeri ada koperasi lain yang menerima. Kelembapan ini disebabkan kes jongkong emas Etika Emas

Walau bagaimanapun satu lonjakan penyertaan ke atas pelaburan emas jongkong mula memuncak. Masih ingat ketika itu wujud beberapa syarikat emas yang baru samada menggantikan nama lama kepada nama baru atau syarikat yang meningkat naik. Antara yang menjadi perbualan ramai ketika itu ialah GCP. Semasa pengenalan syarikat ini pelbagai tohmahan dikeluarkan oleh dealer-dealer pesaing emas GCP. PE juga terpengaruh sama.

Menariknya, dalam Ramadhan bersama Ogos 2010, Agrobank menceriakan semua dealer emas jongkong kerana telah membuka peluang untuk membuat pajakan emas. Penyertaan dealer mulai bertambah dari Kemasukan dealer pada angka RM40,000.00 dalam satu resit/ terkumpul sehinggalah kepada penurunan modal RM20,000.00. Melalui teknik rempit yang didokumentasikan oleh Pendita Emas memainkan peranan memajukan pergerakan pelaburan emas. Modul yang PE gunakan ialah harga emas pada bulan Ogos 2010

Atas penyelidikan PE ke atas pelaburan emas jongkong domestik, PE telah mendapat beberapa info yang merisaukan diri dalam pelaburan ini iaitu:

1. Anda tidak akan selamat berada dalam posisi anda dalam sesebuah syarikat bila syarikat membuat pelbagai perubahan polisi terutama mengenai had jualan yang ditetapkan dalam tempoh masa dan juumlah yang kurang munasabah.

2. Pajakan tidak akan bertahan lama jika amalan pajakan selama 6 bulan dan pinjaman setinggi 65% diberikan kecuali ke atas barang kemas dan pajakan di kalangan peniaga.

Atas maklumat tersebut dan pengalaman menyertai pelbagai perniagaan MLM, PE cuba mempelbagaikan penyertaan dalam pelaburan emas fizikal. Salah satunya ialah GCP. Keahlian GCP ketika bulan Disember 2010 masih kecil. PE menggunakan nombor keahlian A1243. Senang kata PE berada pada kedudukan keahlian ke 243.

Sebagai satu promosi GCP, PE muatkan posting mengenai kelebihan produk emas GCP dalam blog Penditaemas999. Rupa-rupanya ramai MD MD seteru GCP tidak senang dengan tindakan PE. Sampai ada otai MD menasihatkan PE jangan mempelbagaikan promosi dalam blog PE. Matlamat PE jelas, jangan bergantung kepada satu syarikat.

Akhirnya, PE telah dituduh menjual produk syarikat di dalam setiap siri ceramah PE seteru GCP. Maka tak semena-mena keluarlah kenyataan-kenyataan yang mengaku raja dealer memerintah memanda menteri yang mengerunkan lagaknya, mengaku MD otai pada PE. Walhal PE tak pernahpun belajar dengan makhluk nie samada dalam manipulasi emas maupun pengisian ceramah PE. Maka keluarlah surat peringatan yang terus melucutkan status PE sebagai MD.

Atas tindakan tidak profesional mereka, PE telah mengeluarkan posting dalam blog PE mengenai jangkaan penerimaan jongkong emas dalam pasaran domestik mulai Mei 2011. Salah satu yang PE perkatakan ialah jika tiada gangguan kepada pasaran domestik, perjalanan jongkong emas akan berjalan lancar dan berlaku sebaliknya jika tergugat.

Kini disebaliknya telah berlaku. Pasaran jongkong emas domestik terganggu dan terencat. Dokongan yang diberi oleh Agrobank telah dilepaskan secara perlahan-lahan menjadikan pasaran jongkong kini berputar kembali ke paksi permulaan. Lesu dan hambar. Keadaan ini telah menjadi satu situasi yang panik. Bagi MD MD yang berbangga berjaya membawa masuk pelabur bernilai ratusan ribu ringgit sudah pusing kepala. Janji mereka ditagih. Pening kepala bila mahu melayan kerena anak buah minta bantuan untuk mengeluarkan emas mereka apabila tempoh pajakan semakin hampir. Ketika inilah peranan MD yang berilmu dapat menyelamatkan mereka.

Jangan risau dengan pajakan yang hampir tamatt tempohnya. Mengadaplah pegawai Arrahnu berbincang minta lanjutkan tempoh pajakan 6 bulan lagi. Caranya mudah aja. Bawa surat pajak bersama ke Arrahnu.

Seronok PE melihat situasi Agrobank tidak menerima Gold Bar dan Dinar emas yang terkini sebab:

1. Akan lahir jutawan emas Melayu yang baru terutama yang sedia mengambil harga buyback dan yang banyak kecairan tunai.

2. Menghuru-harakan perniagaan emas jongkong sepanjang tahun

3. Pengetatan syarat menjadi dealer dan pembuangan dealer yang tidak ekonomik kerana profit mengecut termasuk PE dan rakan karib PE yang sama-sama memasuki GCP

4. Menjelaskan kepada dunia bahawa negara kita belum boleh menerima lagi secara total rakyatnya memanipulasi emas jongkong.

5. Menunjukkan kekuatan bank bahawa hanya mereka sahaja yang mampu mengerakkan kemajuan pasaran emas jongkong domestik dan dalam masa sama mencanangkan produk GIA, Passbook gold bersandarkan wang tunai.

6. Terbantutnya program belian emas jongkong mengikut harga arrahnu secara total menyelamatkan ramai pelabur yang bijak dan bebas dari masalah kewangan

7. Memperlihatkan tingkahlaku dealer-dealer yang kutuk mengutuk ke atas sesuatu produk pesaing, gigit jari atas pelastarian produk pesaing mereka yang mendapat pajakan 360 darjah.

Sekian.

Disclimer : Coretan ini hanya catatan untuk peribadi dan tiada kena mengena dengan orang lain

Wednesday, May 25, 2011

PROMOSI TERAKHIR RATE DEALER GCP PADA KOS RM600 ATAU RM1000

TAJUK PROMOSI : PROMOSI TERAKHIR RATE DEALER GCP PADA RM600 ATAU RM1000

TARIKH BERAKHIR: 31 MEI 2011

RATE LAMA : RM600.00 TANPA TOOL
RM1000.00 BERSERTAKAN TOOL

RATE BARU : RM5000.00 (DAPAT EMAS BERNILAI RM4000.00)

SYARIKAT: GOLDCREST PAVILION SDN BHD

KELEBIHAN :

PENGELUAR EMAS TULIN BUMIPUTERA

SYARIKAT PENGELUAR EMAS BUMIPUTERA YANG SETANDING DENGAN PENGELUAR EMAS LAIN YANG MENJADI PERBUALAN MASA KINI DAN MASA DEPAN.

PENYEDIAAN MODAL SEHINGGA 70%

TIADA KECUKUPAN WANG PIHAK SYARIKAT SEDIA MENYEDIAKAN MODAL PERNIAGAAN SEHINGGA 70% MENGIKUT TERMA DAN SYARAT DITETAPKAN

MENDAPAT PENGIKTIRAFAN MASTER-MASTER DEALER SYARIKAT EMAS LAIN

RAMAI MASTER DEALER SYARIKAT EMAS LAIN MENYERTAI GCP TERMASUK PENDITA EMAS (MASTER DEALER PUBLIC GOLD). NAK CHECK NAMA-NAMA TERLIBAT KLIK http://gcp.com.my

MENJADIKAN ANDA TOKEY ATAU SAUDAGAR EMAS SEBENAR

BARANGAN DIBELI MENGGUNAKAN KONSEP PEMASARAN PRODUK SEBENAR IAITU ADA HARGA PENGELUAR, HARGA PERUNCIT DAN HARGA PELANGGAN.

PENAJA ANDA: YATIMAN BIN KAMSIDIN (AD1243)

CALL : 0193791864

Tuesday, May 24, 2011

SEMINAR MENARIK KEPELBAGAIAN INCOME MELALUI PELABURAN EMAS FIZIKAL

Salam,

Hari ini Pendita Emas berpeluang mengunjungi beberapa rakan pegawai Agrobank Kota Tinggi dan KPMJ Johor Bahru atas jemputan istimewa pihak Agrobank melalui surat panggilan peringatan pertama supaya membuat penebusan pajakan emas yang dibuat disepanjang bulan Disember 2010 yang akan tamat tempohnya pada 2 Jun 2011 yang diterima pada 23 Mei 2011. Terima atas surat peringatan yang diberi.

Maka Pendita Emas pada hari ini, 24 Mei 2011 menuju ke Agrobank Kota Tinggi menyelesaikan masalah yang berbangkit. Setelah transaksi selesai maka kami berbual seketika mengenai pajakan jongkong emas dan dinar emas. Pelbagai pelabur terutama rakan-rakan master dealer Public Gold membuat kenyataan bahawa emas jongkong sahaja tidak diterima masuk dan dinar emas dibenarkan lagi.

Maka setelah perbincangan bersama pegawai Agrobank berkenaan inilah info yang PE dapat kongsi bersama iaitu:

1. Surat pekeliling mengenai Agrobank tidak menerima lagi pajakan jongkong emas dan dinar emas hanya menyentuh kemasukan jongkong emas dan dinar emas baru sahaja, dengan kata mudah bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu, 15 Mei 2011 (Ahad) dan Bercuti har Ahad, 16 Mei 2011 merupakan tarikh kuatkuasa tiada penerimaan kemasukan baru pajakan Jongkong dan Dinar Emas.

2. Kepada pemajak emas yang sedia ada, jongkong emas dan dinar emas anda boleh dibuat overlap berulang-ulang kali. Maksudnya jika telah genap tempoh pajakan bayar sahaja keseluruhan upah pajak dan sedikit nilai pinjaman. Pajakan anda akan dilanjutkan untuk jangkamasa enam (6) bulan lagi.

3. Perkembangan selanjutnya pihak Agrobank akan umumkan kemudian.

Setelah selesai di Agrobank Kota Tinggi, Pendita Emas mengunjungi pula rakan Ar Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Johor (KPMJ) atas undangan meminta Pendita Emas membayar RM90.00 atas kesilapan mengira wang yang dilakukan oleh kerani KPMJ ke atas overlap emas pajakan orang lain yang Pendita Emas beli sepenuhnya. Selesai transaksi, Pendita Emas bersembang-sembang dengan kerani Ar Rahnu berkenaan.

Antara Intipati yang dibincangkan ialah:

1. Kenaikan amount nilai terkumpul pajakan melepasi RM30,000.00. Info mengenai hal ini, amount berkenaan masih dikekalkan. Ini bermakna pemajak hanya boleh memajak di KPMJ maksima RM30,000.00 untuk satu akaun. Mahu lebih Juta gunakan nama ibu bapa, anak atau saudara mara yang boleh dipercayai.

2. Pinjaman Pajakan 65% dan 70%. Untuk makluman 65% ditetapkan kepada bukan ahli KPMJ dan 70% diberi kepada semua ahli KPMJ. Mahu mendapatkan keahlian mudah sahaja daftar di pejabat KPMJ dengan bayaran RM500.

3. Serbuan pemajak jongkong dan Dinar Emas ke premis KPMJ yang panik dengan makluman pajakan jongkong dan dinar emas tidak diterima di Agrobank memberi kejutan kepada kerani KPMJ yang bertugas. Purata seramai 35 orang ke Ar Rahnu KPMJ setiap hari mulai 16 Mei 2011.

Info-info lain:

1. Pelabur emas fizikal pening kepala jongkong emas tidak terjual. Ini disebabkan spread harga emas dibeli tidak tercapai lagi kerana kejatuhan harga emas dunia pada minggu lalu. Ramai pelabur mengeluh panjang.

2. Pelabur emas GCP menjana pendapatan berlipat ganda atas kepelbagaian transaksi berikut:
  • Rantai Emas 999 GCP pemangkin kepelbagaian income pelaburan emas. Bagaimana menjananya, bukan 1 tapi dua bukan 2 tapi 5. ( Pendita Emas tidak akan mendedahkan di dalam blog ini, ia eksklusif untuk rangkaian Pendita Emas)
  • Tidak terbabit dengan sekatan pajakan yang dibuat oleh Agrobank terutama pelabur yang menumpukan rantai emas 999.
  • Pendapatan berganda atas jualan rantai emas 999 mengikut harga pasaran domestik. Terus terang Pendita Emas dapat menjual rantai emas 999 dengan harga RM175/g di sepanjang minggu (16 -19 Mei 2011) berbanding harga pasaran RM177/g. Jika dealer lain mahu menggunakan emas milik Pendita sebagai pusingan emas mereka, Pendita mengenakan bayaran RM4.00 setiap gram bagi emas yang dipinjam ( kaedah ini telah diputuskan oleh pengurusan GCP). Amalan ini rasanya PE dan mulakan semasa pinjaman emas ke atas rakan Public Gold untuk replace kepada pelabur baru dengan bayaran terus 1% tunai jika PE terima komisen Master Dealer 2.5%.
Kepada rakan Pendita Emas (dengan syarat dealer GCP sahaja) yang berminat bolehlah sertai Pendita dan rakan Pendita Emas yang lain dalam seminar yang akan PE adakan:

TAJUK :

SEMINAR MENARIK KEPELBAGAIAN INCOME MELALUI PELABURAN EMAS FIZIKAL

TEMPAT:

SELURUH NEGARA MENGIKUT KETETAPAN RAKAN PENDITA EMAS YANG BERMINAT

MASA :

SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN MULAI 29 MEI 2011

KEPERLUAN ASAS PELABURAN :

MINIMA RM36,000.00

TOPIK PERBINCANGAN :

1. ASAS PELABURAN EMAS.

2. CARA MANIPULASI EMAS FIZIKAL MENJANA PELBAGAI INCOME

3. ASAS MEMBACA GRAF PASARAN SAHAM

4. TEKNIK BERMAIN SAHAM EMAS

Monday, May 16, 2011

TIDAK DISANGKA-SANGKA NAMA MASTER DEALER PUBLIC GOLD PENDITA EMAS MASIH TETAP TERSOHOR

Dalam sejarah,

Malam tadi PE menerima panggilan dari downline PE yang aktif membeli emas dari PE secara runcit sehinggalah mencapai tahap dealer autioriti Public Gold. Matlamat pertemuan ialah mengenai urusniaga belian balik emas dia yang PE tawarkan pada harga 20g x RM2950 x 2 pc dan 3 dinar x RM645.00.

Setelah selesaikan urusniaga ini, tiba-tiba downline PE bertanyakan kenalkah dengan Mxxx Fxxx. PE mengatakan kenal sangat. Maka dia berceritalah dari A hingga Z. Dengan senyum PE mendengar cerita dia.

Pendita gelak guling apabila seteru PE merupakan anak didik di OUM tak habis-habis masih lagi mencanangkan akan keburukan PE dalam pelaburan emas Public Gold yang mengheret PE dicantas oleh pengurusan Public Gold sebagai Master Dealer. Tidak sangka pengaruh PE sebenarnya menyekat kemajuan biss dia.

Rupa-rupanya inilah intipati sebenar tuduhan yang dilemparkan sehingga PE di cantas hanya kerana mahukan diri dia berjaya dalam pelaburan emas.

Antara tuduhan dia ke atas PE ialah PE:

1. Menggunakan wang orang lain untuk manipulasi harga emas maksudnya deal harga emas lain lockkan harga emas tunggu harga turun. Ya ke PE buat macam nie. Tak pernah pulak PE terima runggutan dari downline PE. PE rasa kalau seteru PE nie terima rungutan dari downline rasanya melambak-melambak. Malah nama PE telah digunakan untuk menipu downline dia.

2. Mengunakan emas orang lain untuk mencari downline baru. Emas orang digunakan dahulu untuk diserahkan kepada downline baru (senang kata replacemant emas) rasanya tidak salah. Pelanggan dah bayar penuh, nak tunggu Public Gold serah emas makan 2 hingga 3 minggu masa PE aktif sebagai master dealer.

Emas mereka PE pulangkan semula atas persafahaman pembahagian komisen. Tak timbul pula downline mengadu PE simpan emas orang. Jika tersimpanpun PE terpaksa buat pinjaman pajakan semata-mata untuk melangsaikan hutang yang dibuat oleh orang lain dan downline PE. Rasanya hampir RM 120,000.00. Semuanya disebabkan ingkar janji, dah tempah atas nama PE dia batalkan tempahan walaupun tempahan sudah direkodkan atau nak masuk 20K tup tup tarik diri, akhirnya PE yang kena lunaskan hutang tempahan mereka.

3. Menipu orang lain atas pinjaman emas orang lain. PE rasakan tidak pernah pula PE lakukan. Jika PE buat pinjaman emas pada downline untuk diserahkan kepada downline baru , PE akan nyatakan yang PE sebagai master dealer akan mendapat komisen 2.5% dan atas perjanjian PE serahkan tunai pada downline yang meminjamkan emas secara terus sebanyak 1%. Tanyalah mereka yang berurusan dengan PE tentang penggunaan emas orang lain samada PE terus bagi tunai 1% atau tidak.

Tanya pada seteru PE nie, adakah dia beri komisen pada peminjam emas dia? Kalau rakan baikpun kena henyak apa lagi rakan sekampung bro.

Maklumat ini telah disampaikan oleh beberapa downline PE yang menjual emas mereka kepada seteru PE ini. Dia orang bertanyakan kenapa dengan PE, mereka dapat wang terus atas jualan emas yang dia jual, Mengapa dengan seteru PE tu dia buat 2 kali bayaran iaitu separuh bayaran dan selang 2 3 hari baru dapat baki bayarannya.

Buat yang tak tau itulah cara dia menggunakan emas orang lain untuk mendapatkan baki bayaran. Kat mana tu? tentulah di tempat pajakan.

So terima kasihlah kepada seteru PE yang masih terus-terusan menghighlight nama PE dalam pelaburan emas Public Gold sebagai Master Dealer Public Gold tersohor. PE tak rasa rugi apa-apa sebab klien anda sedikit demi sedikit membuka pekung anda pada Pendita Emas.

Sunday, May 15, 2011

Fikirkan, benarkah harga emas tahunan naik 20% hingga 30%, nilai emas kita pun naik pada angka yang sama?


Salam buat semua,

Pada posting ini, PE cuba melontarkan dan mengupas secara ilmiah mengenai kenaikan harga emas setahun dianggarkan mencapai paras setinggi 20% hingga 30%.

Persoalannya, adakah kenaikan harga emas ini, membawa kenaikan harga emas semasa milik kita?


Secara logiknya dan berfikiran waras PE katakan tidak mungkin kita menerima keadaan tersebut. Ini disebabkan :

1. Spread harga memberikan nilai kerugian secara automatik.

Semasa kita mengikat kontrak pembelian dengan penjual emas, kita telah diletakkan pada kedudukan membeli mengikut harga jualan. Ini bermaksud semasa proses pembelian tadi kita membeli emas mengikut harga emas semasa yang ditetapkan oleh pihak penjual.

Setelah kita membuat pembayaran penuh dan emas fizikal menjadi milik kita, secara automatik harga emas milik kita menjadi status harga belian. Kadar penyusutan harga emas bergantung kepada kadar spread yang ditetapkan oleh pihak penjual. Ini bermakna penyusutan harga emas berlaku dalam tempoh yang singkat.





Berdasarkan contoh di atas, jika kita membeli emas 20 gram dengan harga RM3,293, emas fizikal milik kita secara automatik berada pada harga RM3,095.00 (kerugian sebanyak RM198.00 atau perbezaan 6%) Ini bermakna jika harga emas mengalami kenaikan 20% setahun (RM3951.60), kenaikan harga emas sebenar anda berada pada paras 14% sahaja(RM3714).

2. Bergantung kepada nota janji yang berubah-ubah


Secara realitinya situasi ini memang berlaku. Sebelum menyertai program pelaburan emas fizikal yang diwar-warkan pelbagai janji diberi kepada pelabur baru. Antaranya jangan risau emas calar, bengkok, kapsul terbuka tetap kami terima, jika tidak tertebus emas dalam pajakan hubungi kami, kami akan bantu mengeluarkan emas anda.

Tetapi setelah pelabur sanggup membeli berkilo-kilo dan keuntungan memperkenalkan pelabur baru diterima dari sekilo emas dibeli hanya mampu membantu mengeluarkan 100g sahaja. Apa kes nie bro. Jika difikirkan kes ini, bukan sahaja harga emas naik 20% malahan naik 200% pun pelabur emas tetap akan kerugian bergantung kepada nilai pelaburan yang dibuat.

3. Kedai emas membeli emas milik kita pada harga runtuh 30% hingga 35%

Ujian telah dibuat ke atas beberapa produk emas milik PE. PE dapati sebagai pemilik emas kita berhadapan dengan masalah menjual semula emas kita pada mana-mana kedai emas. Ini disebabkan potongan 30% hingga 35% akan dikenakan ke atas emas kita. Bermakna jika harga emas naik sebanyak 30% sekalipun kita telah mengalami kerugian secara total sebanyak 10% lagi di pasaran terbuka. Kiraannya jika naik 30%, kenaikan emas kita sebanyak 24% kemudian dijual pada kedai emas kita mengalami penyusutan sebanyak 35%. Setelah dilihat perbandingannya kita masih kerugian 10% lagi.

4. Kiraan harga emas dalam unit gram dan auns tidak seragam

Mengenai kiraan harga emas semasa sebenarnya tiada keseragaman antara kenaikan harga emas dalam unit aun dan gram yang dikendalikan oleh para pengeluar emas domestik berbanding antarabangsa. Pelbagai cara dilakukan bagi melariskan jualan emas mereka. Antaranya walaupun harga emas semasa dunia naik tinggi, harga emas tempatan tetap naik tetapi pada kadar yang lebih kecil dan tidak selari. Matlamatnya untuk memancing pelabur yang mahu menjual semula emas mereka, pengeluar emas masih mendapat untung atas pembelian balik emas mereka pada nilai yang rendah.


Kesimpulannya,

Jika kita mahu mendapatkan pulangan sebenar atas simpanan emas dan perak , kita perlu mengekalkan emas fizikal untuk tempoh yang lama dan paling minima untuk tempoh 3 tahun.



JOM BUAT JANGKAAN HARGA EMAS MINGGU INI 16 MEI HINGGA 20 MEI 2011

Salam,


Pada minggu ini PE rasa bersemangat untuk membuat anggaran harga emas semasa pada minggu ini. Matlamatnya untuk memberi peluang pemain saham internet gold trading mendapat keuntungan maksima.





Berdasarkan kepada keluk harga emas semasa pada minggu lepas dapat disimpulkan sebegai berikut:

Isnin, 9 Mei 2011 (harga naik secara positif)

Mula 6.00am: USD1495
Hingga 12.00pm : USD1504
Hingga 12:00am :USD1509

Selasa 10 Mei 2010 (Harga naik secara positif)

Mula 6:00am: USD1513
Hingga 12:00pm:USD1511
Hingga 12:00am:USD1517

Rabu 11 Mei 2011 (harga naik secara positif tetapi diikuti dengan penurunan ekstrim)

Mula 6:00am : USD1516
Hingga 12:00pm :USD1524
Hingga 12:00am:USD1500

Khamis 12 Mei 2011 (harga naik kecil dan menurun semula)
Mula 6:00am :USD1501
Hingga 12:00pm:USD1505
Hingga 12:00am:USD1496

Jumaat 13 Mei 2011 (harga menurun)
Mula 6:00am: USD1503
Hingga 12:00pm:USD1506
hingga 12:00am: USD1485
hingga 6:00am : USD1495

Mengikut patern harga minggu lepas, kenaikan harga mendadak berlaku pada hari Isnin, Selasa dan sebahagian hari Rabu manakala penurunan mendadak pada petang Rabu, diikuti pengekalan kenaikan harga kecil-kecilan pada hari Khamis dan Jumaat.

Ini bermakna patern ini akan menjadi panduan menentukan harga emas pada minggu ini iaitu bersedia menjual harga emas yang ditambat pada kedudukan USD 1510 hingga USD1530 pada minggu lalu untuk dijual pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Jika ada perubahan pergerakan harga pada hari Isnin iaitu harga masih mengekalkan pada paras harga rendah, bermula malam Selasa hingga Khamis merupakan hari yang memperlihatkan momentum harga emas pada paras yang tinggi.

Sasaran penutupan harga emas pada minggu ini ialah USD1520.00




Saturday, May 14, 2011

MASIH INGAT TAK LAGI POSTING JANGKAAN PASARAN JONGKONG EMAS PADA BULAN MEI 2011

Sumber Posting 2 Februari 2011:
http://penditaemas999.blogspot.com/2011/02/jangkaan-pendita-terhadap-jongkong-emas.html

Salam,

Apa yang dijangkakan dan diingatkan tentang pasaran jongkong emas yang PE tetapkan pada bulan Mei 2011 kini telah menjadi kenyataan.

Posting berkenaan jika tidak silap PE ia dibuat setelah PE menghadapi krisis bersama pengurusan Public Gold yang berakhir dengan penyingkiran nama PE dari senarai Master Dealer Public Gold.

Atas kesedaran diri pelabur baru banyak pertanyaan atas desas-desus dan perkhabaran mengenai pihak Agrobank tidak menerima lagi pajakan jongkong emas di sepanjang minggu lalu mulai 10 Mei 2011 hingga 14 Mei 2011 diterima oleh PE.

Setelah recall kembali, baru PE teringatkan posting Pendita pada 2 Februari 2011 mengenai jangkaan pelaburan jongkong emas pada bulan Mei 2011 Klik sini untuk bacaan selanjutnya telah mencelarukan kebanyakan pelabur jongkong emas yang baru.

Natijahnya apa yang PE war-warkan pada posting 2/2/2011 kini telah menjadi kenyataan. Sebentar tadi PE telah menerima perkhabaran mendukacitakan dari pelabur Public Gold Dungun, Terengganu di bawah rangkaian Pendita Emas yang memaklumkan bahawa dia telah dimarahi oleh rakan-rakan pelabur emas fizikal Public Gold di bawahnya disebabkan ketika membawa emas Jongkong berkenaan untuk dipajak di Ar Rahnu Agrobank Dungun , produk mereka tidak diterima.

Alasan pihak bank ialah surat makluman mengenai tidak menerima jongkong emas di Dungun telah diterima mulai hari ini 15 Mei 2011.

Ini bermakna, tindakan pihak Agrobank ada kaitan dengan :

1. Banyak emas yang terpajak tidak dapat ditebus oleh pihak pelabur terutama jika kuantiti barangan melebihi 1 pc bagi setiap surat. PE juga telah merasanya kerana mahu menebus 1 pc dari 5 PC tidak dibenarkan sama sekali sebaliknya perlu menebus semuanya.

2. Pemanjangan tempoh pajakan tidak tertebus dirasakan mengecutkan terimaan dan kecairan bank. Ini yang merencatkan pendapatan bank dalam tempoh enam bulan setelah tempoh pajakan yang diberi tamat.

3. Membasmi program pemilikan emas 30%-70% yang terlalu giat menyebabkan emas fizikal memenuhi peti besi bank berbanding kecairan tunai yang diperlukan masyarakat perniagaan lain.

4. Membetulkan sistem pajakan emas bersandarkan emas fizikal semata-mata kepada pajakan yang lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Friday, May 13, 2011

Tanggal 13/5/2011 Jumaat Penuh Dengan Kisah Menarik

Salam,

Posting hari ini, Pendita sekadar mahu bercerita tentang kerja rutin PE. Pertamanya PE dapat menyelesaikan tugasan sebagai Ketua Panitia dan tugas hakiki, menyediakan semua soalan PSK untuk tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 5.

Keduanya mengenai Sambutan Hari Guru, berjaya juga membuat sedikit raptai berkenaan hari bersejarah untuk guru di sekolah PE yang akan disambut pada 61 Mei 2011. Walaupun pelajar pengawas sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun dan diminta 'stayback' , mereka tetap mengikut arahan. Terima kasih untuk pengawas-pengawas ku.

Pada hari ini juga, PE telah menghadiri mesyuarat undian Pertandingan bola sepak Piala Nike MUFC Zon Selatan yang membariskan pasukan dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sebanyak 32 pasukan turut serta yang dibahagikan kepada 11 kumpulan terdiri dari kumpulan A, B, C, D, E, F, G, H, I, J dan K. Setiap kumpulan disertai oleh 3 pasukan kecuali kumpulan K hanya dua pasukan.

Agaknya memang rezeki kami menggunakan nama Emas, maka kumpulan K diwakili pasukan Impian Emas dan Pendita Emas. Yang seronok pula, semasa mendengar taklimat, kami duduk bersebelahan antara satu sama lain. Ini bermakna siapa menang akan terus ke peringkat suku akhir dan pasukan naib johan setiap kumpulan akan bertanding lagi dalam kumpulan kalah mati pusingan kedua. Mudah-mudahan pasukan Pendita Emas akan mengungguli pertandingan ini dan terus mewakili pertandingan grand final di Kuala Lumpur.

Tengah sibuk membelek-belek carta emas semasa dalam saham internet, deringan telefon mengundang khabar gembira. Cikgu di mana? Min nie. Ada teman saya mahu beli emas GCP dalam lingkungan RM10,000.00. Boleh saya bawa dia jumpa PE?. Dipendekkan cerita, pembeli emas menemui PE dan berbincang, akhirnya satu keputusan berjaya di capai rantai tangan GCP berjumlah RM16,500.00 bertukar tangan. Satu hal lagi, Min bertanyakan komisen. PE serahkan RM200.00 atas penjualan emas berjumlah 100g sebabnya 2 orang membawa pembeli yang sama. Murah hati juga PE, bukan apa tidak tergamak nak beri komisen ciput untuk mereka. Mudah-mudahan mereka akan bawa pelanggan emas baru buat PE.

Keutungan disambung lagi dengan panggilan pembeli yang mahu menyerahkan wang tunai di dalam bank atas pembelian emas orang lain sebanyak 150g (100g 1 pc dan 50g 1pc dengan nilai RM24,200.00. Setelah PE transferkan wang, tanyalah pula berapa komisen yang dia boleh beri? Maka dihulurkan RM30.00 sahaja untuk penjualan emas beliau. Fuyoo, mahalnya kerja yang telah aku laksanakan untuk membantu melariskan jualan emas dia. Apa dia ingat syarikat Pendita Emas tidak ada klas. Mentang-mentang PE buat tidak kisah, merekapun rasa tak kisah.

Susah juga dengan orang kedekut nie. Yalah orang berniaga emas kalau dah kita bantu lepaskan masalah, munasabah ke bagi RM30.00 jika nilainya pun tak sampai suku gram apabila 1 gram =RM162.00. Luak sangat kew bro. Benar kata orang, kawan senang mudah dicari tapi kawan susah sukar didapati.

Tidak terfikirkan dia akan kerja PE talk dan dapatkan klien, buang minyak jumpa pelanggan untuk dia malam-malam menjelaskan hal pelaburan emas, buang bil telefon berulang kali bertanyakan hal payment dari pelanggan dan penghantaran emas dari penjual tetapi tunjuk lagak pulak, demand plak bayaran melalui cek tidak mahu terima, hanya mahukan cash.

Maka dalam hujan selepas solat Jumaat, PE melayanlah kerenah pembeli, bila harga sepatutnya dia bayar RM36,000.00, tup-tup ASB hanya benarkan pemindahan wang RM25,000.00 sehari. Waduh-waduh terkena lagi aku. Lama PE menanti terpaksalah PE batalkan pertemuan dengan Klien lain di JB. Profesionallah sikit bro. Lawyer hantar surat buat tuntutan bayaran balik kad kredit pun letak harga RM50.00. Nak berjaya berkorbanlah sikit, Bagi komisen tu munasabahlah sikit kita jual emas bukan jual kerepek ubi.

Nasib baik PE bertindak bijak, dapat juga keuntungan RM800 dari pihak pembeli walaupun dipihak kedekut hanya menyumbang pendapatan RM30.00. Anda janganlah nak mengkritik PE selepas selesai transaksi boleh dapat untung kanan dan kiri. Adatlah, komisen jual beli emas bukan dapat hari-hari. Naik harga tinggi barulah ada teman lain minta tolong. Time harga rendah nak dapat income apa? Sib baik kerja nie sekadar mengisi masa lapang.

Dalam blog ini juga PE nak beritahu, mengapa PE tidak melayan sesiapa yang meminta bantuan untuk melariskan stok emas mereka. Semuanya kerana selesai transaksi mereka buat-buat lupa plak. Bila ada masalah transaksi minta panduan itu, ini. Tetapi bila selesai senyap seribu bahasa. Apa salahnya, ucap terima kasih pun dah cukup. Terkini ada rakan PE bila ada masalah nak gunakan wang, tanpa malu-malu nak minta pertolongan Pendita. Jawabnya carilah sendiri. Anda kena beringat, jika orang mahu bantu anda, anda juga mempunyai nilai yang sama dengan PE.

PE suka beri ilmu percuma.

Friday, May 6, 2011

PENDITA EMAS AKAN BERADA DI MASJID BESAR BANDAR KUANTAN PADA 8 MEI 2011

Salam,

Atas permintaan rakan pelabur emas Pendita Emas untuk berbincang mengenai pelaburan emas masa kini terutama yang mahu berjinak-jinak untuk melibatkan diri dengan pelaburan emas fizikal dan saham emas berikut adalah lokasi perjumpaan kita:


Tempat Pertemuan: Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan
Tarikh : 8 Mei 2011
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00pm
Jemputan : Semua yang berminat dengan pelaburan emas samada yang lama atau yang baru.
No Telefon : 0193791864

Apa Kesan Kejatuhan Harga Emas Atas Pelaburan Emas Kita

Salam,

Posting pada minggu ini merupakan posting yang paling tidak suka kita dengar iaitu kejatuhan harga emas setiap hari sepanjang minggu ini. PE juga rasa tidak terpanggil untuk membuat ramalan harga pada minggu ini, baik paras kenaikan harga mingguan maupun harga penutup. Tidak seperti pada minggu-minggu lepas sangat seronok membuat ramalan harga emas semasa tetapi pada minggu ini langsung tidak berlaku.

Berbalik kepada cerita kesan yang berlaku kepada pelaburan emas apabila harga emas merudum ialah:

1. Harga jualan jatuh diikuti dengan penurunan paras harga emas buy back emas fizikal. Ini bermakna jika anda mempunyai rancangan untuk mencairkan nilai emas anda dalam tempoh terdekat yang baru menyimpan kurang setahun, anda akan menghadapi kerugian atau melupakan hasrat berkenaan disebabkan oleh harga belian semula emas anda telah berada di bawah kos belian sebenar anda. Bagi yang telah menyimpan emas anda dalam tempoh yang lama lebih dari setahun sudah pasti memberi keuntungan pulangan modal dan keuntungan nilai emas semasa.


2. Kejatuhan harga emas antarabangsa dikuti dengan kenaikaan harga Ringgit berbanding dolar AS juga memberi impak negatif ke atas profit kita masa kini. Ini bermakna kejatuhan harga emas 20% dalam dolar diikuti kenaikan harga Ringgit 0.5% sudah pasti mencetuskan kesan negatif atas pengumpulan wang tunai anda. Ini disebabkan RM dalam simpanan yang naik sedangkan nilai emas bersandarkan dolar AS merudum.
Dicadangkan langkah terbaik untuk pelabur ialah biarkan aset emas anda dalam bentuk fizikal beberapa tahun lagi bagi menanti kenaikan dolar dalam pasaran antarabangsa. Buat pajakan jika memerlukan tunai bagi memastikan emas fizikal untuk bertahan dalam simpanan 6 bulaan, 12 bulan atau 18 bulan lagi.

3. Kejatuhan harga emas merudumkan harga saham. Dalam kes ini, jika kejatuhan harga emas. margin profit pelabur akan terjejas. Jika merudum berterusan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar bergantung kepada nilai pelaburan kita. bagi mengambil keuntungan berlipat ganda dalam tempoh terdekat call margin perlu dibuat samada dalam bentuk menambahkan profit pegangan dengan nnebuat penambahan pelaburan masa demi masa. Kes ini sangat sesuai kepada kekuatan kewangan pelabur.

Bagi yang membuka akaun individu terpaksa berpuashati kepada harga yang telah di bid. Bagi pelabur berkumpulan yang mempunyai 10 atau 20 pelabur dalam satu akaun boleh buat call margin dengan lebih baik, iaitu buat penyusunan belian harga saham pelbagai peringkat harga terendah yang ada.

Perbandingan jika individu masuk 10 lot saham bermodalkan RM60,000.00 mungkin hanya termampu membida harga dalam enam tingkat, tetapi yang bergabung akaun dengan masing-masing 10 lot X 20 nama X RM6,000.00 = RM1, 200,000.00 akan dapat membida 200 paras harga yang merudum. Ini bermakna yang individu akan terus sanggap tetapi berkumpulan akan terus melebar senyumannya kerana mereka dapat mengikuti peringkat kejatuhan harga dengan lebih baik. Keuntungan dapat diagihkan bersama.

Contoh kerugian sementara atas pelaburan saham emas :


4. Kejatuhan harga emas menurunkan nilai harga emas yang baru dikeluarkan dan dibeli serta emas terpakai. Ini bermakna pemilikan emas sedia ada menjejaskan nilai simpanan emas yang tersedia ada bila dicairkan. Ini bermakna kerugian kepada pemilikan aset emas sedia ada berbanding kepada pelabur yang baru mahu memilikinya. Jangan lupa proses pemilikan emas umpama roda ada masa untung dan ada masa rugi bergantung kepada faktor masa, pasaran saham, perubahan mata wang tempatan dan mata wang pautan kita.

Monday, May 2, 2011

RUMUSAN HARGA EMAS SEMASA 2/5/2011

Salam,

Harga yang menarik pada hari ini sebagai permulaan minggu pertama dalam bulan Mei 2011. Harga sangat mengujakan kepada sesiapa sahaja yang suka akan penerusan kenaikan harga emas yang berangkai.

Berdasarkan kepada keluk menyeluruh menggunakan masa 5 minit, kita dapati bahawa di awal pembukaan hari urusniaga harga telah melonjak tinggi ke paras USD1573. Ia merupakan harga yang jarang berlaku dalam mana-mana pergerakan harga emas semasa sebelum ini pada awal minggu dan awal pagi.


Walau bagaimanapun siapkah yang beruntung dengan kenaikan harga ini. Sudah pasti ia merupakan hak milik pelabur saham yang melabuhkan tirai bidaan harga emas masing-masing pada paras yang paling rendah seperti yang terkandung pada laporan kredit berikut:


Rentetan kenaikan dan penurunan harga dapat disusun sebagai berikut:




Harga awal pagi wow merudum, apa jadi dengan harga saham PE? Waduh waduh merudum. Tidak apa, sabor ajer...kerana pelaburan dibuatpun ciput hanya 4000 unit saham sahaja. Berdoa banyak-banyak moga esok pasti harga naik lagi.


Bagaimana mahu seronok melabur emas (emas fizikal atau Gia atau Saham Emas)

Salam,

Jika sebelum ini, keseronokan melabur emas fizikal hanya seketika masa. Rasa terbantut dan tersengguk2. Harga emas statik selama 4 bulan, menyebabkan wang fiat yang terkandung dalam nilai emas sukar nak dicairkan, akibatnya ramai teman yang panas punggung dan terpaksa melelong emas di sana-sini. Tapi sampai di mana? Hanya setakat jual habiskan stok 6, 7 pc di tangan kerana terdesak mahu menggunakan wang.Banyak alasan yang diberi untuk aku menerima emas mereka, untuk buat rumah, untuk urusan bertunang, berkahwin, pindah rumah.

Rintihan yang cuba ku elakkan dalam posting sebelum ini memang menjadi kenyataan kerana aku mengatakan bahawa pelabur emas di Malaysia bukan orang senang. Mereka melabur mahukan kesenangan. Biar harga emas naik, kalau mahu buat jualan semula lepaslah bahang-bahang sengsara mereka. Itu semua telah menjadi sejarah.

Jika dalam posting sebelum nie, aku katakan dalam bulan Mei akan ada kesan atas produk jongkong emas, rupa-rupanya ia telah berlaku lebih awal di Kuala Lumpur. Sebenarnya itu sebagai permulaan sahaja brother. Lanjutannya bermula minggu pertama Mei ini, bagi sesiapa menyimpan wang fiat yang banyak, inilah masanya nak sambar emas murah.

Kini aku dah bebas,dari hal merempit, hal pajakan, tolong kawan jualkan emas, wang pusing buat buy back.. kira semua masalah tersebut selesai bila mana sejak aku sertai satu program pelaburan emas yang satu nie, aku telah menjadikan merasa seronok secara total kerana bukan sahaja aku memiliki emas fizikal, malah wang fiat yang boleh aku tambah dan tambah lagi hanya kerana semuanya berkenaan emas...ada tunai aku beli emas fizikal, naik harga aku cairkan begitulah kerja aku selama 24 jam sekarang.

Jika selama ini ramalan aku untuk suka-suka memberikan kegembiraan di hati ku, kini kebolehan aku telah dapat aku gunakan untuk pelaburan aku secara live dan realiti. TQ kepada program pelaburan yang aku sertai. Nilai emas fizikal ada, tunaipun ada. Tak perlu susah-susahkan diri melolong sana sini untuk buat jualan murah. Sehingga ada rakan aku sekarang masih bertanyakan, tak ada buat jualan murah lagi ke?

Orang kata buat kerja biar dengan smart, baru tahu teramat penting gunanya harga emas bila naik, jangan bila aku postingkan harga naik ada rakan facebook pening kepala siap bertanyakan apa pentingnya naik harga emas diwar-warkan. Rakan sebegini sepatutnya dah lama dengan emas sepatutnya dah pelbagai ilmu dijana. Dalam dunia nie ada orang melabur dalam emas fizikal(untuk simpanan jangka panjang) dan saham emas (untuk keuntungan runcit dan bayaran dividen tahunan ke atas pelaburan dari kerajaan, swasta, organisasi, pemegang saham dan orang ramai). Janganlah jatuhkan maruah diri beb.

Itu kelebihan org ada ilmu emas...baru betul cara kerja duduk diam, bulan2 masuk 10% dalam unit oz emas fizikal, convertkan dgn emas semasa contoh hari nie 2 Mei capai USD1573, kalau masuk 10,000 unit saham dpt 10% nilai emas diberi 1.000 auns convert ke USD dapat USD1573 pindah ke RM, eh dapat plak USD1572 X RM3=RM4719.00. Cuba lihat berapa dividen dlm tunai kita dapat. TTu lebih 15% bukan.

Dalam program ini aku merasa sangat selamat kerana:

1. Wang pelaburan aku akan dikembalikan sepenuhnya jika aku keluar kerana tidak puashati dengan dividen diberi selepas genap 45 hari.

2. Wang pelaburan aku menjadi margin buat trading emas. Aku bebas untuk membeli dan menjual emas. Rugi atau untung margin aku tidak terusik. Bayaran wang modal tetap dibayar 10%

3. Wang modal dibayar sebanyak 10% dalam unit auns emas fizikal. Jika 1000 unit saham dibeli dengan nilai USD1050, akan mendapat 10% dpd 1000 unit saham dapatlah 0.1000 auns, jika 10,000.00 unit saham akan dibayar 1.000 auns emas fizikal.

4. Dapat untung tunai melebihi 15.73%. Daripada hasil pendapat dlm bentuk emas, nak tunai tukarkan kepada USD, contoh pada hari ini 2/5/2011 harga tertinggi USD1573, jika 0.1000auns dapatlah USD157.30 dan 1.000auns dapatlah USD1573.00

5. Jika dalam akaun ada kredit, gunakan kredit untuk membeli dan menjual emas fizikal mengikut harga semasa.

6. Kredit yang dimiliki boleh dicairkan pada bila-bila masa. Kalau masuk bank tempatan perlu ada USD500 tambah fee USD30 dan sedia menerima harga terkini pertukaran wang dalam masa 3 hari bekerja. Kalau kurang cairkan dengan menjual kepada aku dan rakan-rakan lain.

Aku nak melupakan sejarah lama aku dulu beb, bagai nak rak aku keliling Malaya buat talk sana sini dengan belanja sendiri dan kawan-kawan di lokasi yang aku kunjungi mengenai produk satu kompani nie. Last-last tak pasal-pasal sebut produk orang lain aku pulak satu family kena reject sebagai master dealer. Terasa sesak juga selama empat bulan. Kini aku susah membangun semula.

Betullah bak kata orang, jika dah nama rezeki di mana-manapun boleh kita perolehi.