Monday, July 11, 2011

Rumusan Kenaikan Harga Emas Pada 11 Julai 2011 hingga jam 12.00 malam 12 Julai 2011.00


Punca-punca kenaikan harga emas semalam (11 Julai 2011)

a. Laporan data kadar pengganguran tenaga buruh masih tinggi dan di luar jangkaan. Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat hanya mampu menyediakan 18,000 peluang pekerjaan disepanjang bulan Jun 2011 memusnahkan jangkaan pemulihan ekonomi akan mula bergerak pantas.

b. Pengumuman Peningkatan inflasi di China ke paras tertinggi 6.5% dari 5.5% (Mei 2011) dalam tempoh tiga tahun walaupun usaha meningkatkan kadar faedah sebanyak 5 kali sejak Oktober 2010 dan terakhir pada 6 Julai 2011 masih bergelut untuk membendung peningkatan harga makanan sehingga kini.

c. Manakala Indeks penunjuk saham antarabangsa yang merudum akibat dari tekanan penjualan saham oleh pelabur menjadi kayu pengukur akan kemelut harga saham merudum berulang kembali.

d. Kebimbangan krisis kewangan EURO turut menjadi faktor ekonomi menjadi lembab apabila krisis kewangan sudah mula menjalar ke Itali selain hutang Greece masih dalam proses bantuan peringkat akhir .

Kesan kepada perkara di atas menyebabkan perjalanan ekonomi global menjadi lembab seterusnya pelaburan ke atas pelaburan emas yang selamat, lindung nilai menjadi pilihan.



No comments: