Sunday, July 3, 2011

BAGAIMANAKAH PERJALANAN HARGA EMAS DAN PERAK PADA SUKU TAHUN KETIGA 2011

Salam,

Suku tahun ketiga ekonomi 2011 sudah bermula. Pada minggu ketiga Jun harga emas telah ditutup pada USD1550. Walau bagaimanapun permulaan awal minggu harga emas berada pada USD1530 dan kini ia ditutup pada USD1486.50 dan dolar US turut mengalami nasib sama apabila merangkak ditutup kukuh pada akhir suku tahun kedua 2011.

ny gold

Silver:

slv

Permulaan awal suku ketiga harga emas dan perak memperlihatkan arah kurang jelas. Ramai pakar meramalkan pergerakan ini hanya berlaku dalam jangka masa pendek. Segalanya berpunca dari pelbagai sentimen terkini. Di antara sentimen yang mempengaruhi pergerakan harga logam berharga ialah:

1. Pengeluaran stok penimbal minyak US yang dikatakan bagi mengimbangi kenaikan harga minyak dunia disebabkan peperangan di Libya yang masih belum berakhir.

2. Persetujuan Menteri kewangan Kesatuan Eropah dan IMF membantu menyelesaikan masalah kewangan yang tenat di Greek tetapi dengan bersyarat Greek perlu ikat perut dengan mengurangkan belanjawan.

3. Laporan China bakal mengatasi kadar inflasi negaranya dalam jangkamasa terdekat mengubah pergerakan pasaran saham masa kini. Harga saham biasa meningkat.

4. Berakhirnya program mencetak wang kertas menambah kecairan sebanyak 900 billion dalam pasaran yang berakhir pada 30 Jun 2011 oleh FED. Sesuatu yang pelik sepatutnya pergerakan harga emas dan Dolar US secara songsang (Dolar jatuh, Harga emas naik) tetapi sebaliknya tidak berlaku.




























Walau bagaimana pun , menurut Majlis Emas Dunia (WGC), permintaan global akan terus meningkat. Permintaan menokok sebanyak 11% pada suku pertama tahun ini berbanding dengan tahun lepas. Ia berpanjangan , sekurang-kurangnya untuk masa terdekat. Permintaan terekod ialah 981,3 tan pada suku pertama tahun ini berbanding hanya 881 tan metrik pada suku pertama tahun lalu.

Faktor-faktor menyumbang kepada penambahan permintaan emas:

1.) Perjuangan Global. Ketidakpastian persekitaran geopolitik di Timur Tengah, kesan selepas daripada bencana alam yang amat merosakkan ekonomi Jepun, dan krisis kewangan di Eropah dan Amerika sendiri yang mengawal permintaan tinggi ke atas emas sebagai komoditi utama berbanding mata wang kertas dan minyak yang tidak stabil.

. 2) Cetakan berlebihan mata wang kertas di Amerika Syarikat, telah meningkatkan bekalan wang kertas telah menurunkan nilai menyebabkan kurangnya permintaan. Sebagai dolar AS terlebih cetak, Dolar telah kehilangan nilai, menjadikan emas pilihan lebih bijak sebagai pelaburan lebih berharga.

3.) Permintaan bank-bank pusat antarabangsa terkini telah menjadikan penambahan emas sebagai satu trend permintaan mereka dalam meningkatkan pembelian mereka sendiri dalam logam.


Justeri itu, suku ketiga tahun ini, permintaan emas akan bertambah dalam mempertingkatkan harga ke paras USD1650.00 seaun.


No comments: