10:28pm
22 Disember 2011
Posting kali ini berkenaan teknik 5T yang sesuai untuk menyelesaikan masalah hutang dalam arrahnu tanpa menjual emas milik kita. Matlamatnya :
- Stok emas terus menjadi milik kita
- Penebusan memakan masa lama sambil meminimakan kos pajakan
- Boleh buat overlap berulangkali tanpa mengeluarkan emas pajakan walau sesen pun.
1. Take note - Buat catatan dan kiraan setiap masa
- Ingat tarikh tamat pajakan untuk membolehkan kita bertindak memanjangkan pajakan. Kita kena susun jadual sebagai berikut, hampir tamat 6 bulan, buat bayaran minima sekurang-kurangnya upah simpan untuk dipanjangkan sehingga 3 bulan lagi dan lanjutkan lagi 2 bulan jika arrahnu menggunakan sistem 6+3+2 (tempoh 11 bulan untuk membolehkan emas kita duduk dalam penjara masih kekal milik diri kita).
- Cukup 11 bulan jika mahu meneruskannya, kita buat overlap bergantung kepada kenaikan harga emas yang mendadak , jika harga jangkaan naik sehingga RM20 segram anda boleh mendapat ekstra pinjaman dan ekstra pinjaman bolehlah digunakan untuk membayar surat pajak yang lain terutamanya surat pajak yang mempunyai pinjaman yang kecil sebagai usaha mengecilkan jumlah pinjaman surat berkenaan.
- Melakar teknik-teknik melepaskan emas dari pajakan
- Buat unjuran tempoh pajakan dari 6 bulan menjadi 9 bulan dan menjadi 11 bulan dan hingga bertahun lamanya selagi pajakan berterusan.
- Terbaik sediakan akaun T atau untung rugi
2. Trust (Percaya pada tindakan diri sendiri)
- Ada ketetapan misi dan visi dalam pelaburan emas, mahu tambah stok fizikal atau setakat cukup apa yang ada itu pilihan masing-masing.
- Usah pedulikan apa kecaman orang lain kerana mereka yang melihat tidak tahu apa tenik pajakan anda. Anda buat anda dapat.
- Sentiasa yakin kepada diri sendiri, kekal perasaan intuinsi bahawa harga emas tetap akan naik setiap tahun melebihi 20% berbanding nilai wang fiat
- Contohnya, jika USD naik, Emas drop, nilai emas dalam Malaysia tetap naik kenapa? Hal ini disebabkan nilai RM tetap susut. Saya jangkakan tahun 2016 nilai RM akan menyusut dari RM3.20 sekitar RM4.50.
- Tidak mudah panik jika sentimen pasaran antarabangsa berterusan merudum. Main dua benda iaitu saham emas dan emas fizikal. Bila saham emas jatuh relatifnya dolar naik, maka siapa yang ada wang fiat belilah emas fizikal dalam situasi ini. Jika harga saham emas naik relatifnya harga dolar jatuh tetapi Ringgit Malaysia naik masa sesuai menjual emas domestik.
- Sentiasa berfikiran positif
- Percaya segala langkah diambil secara tertib, misi akan berjaya
3. Transform (Buat perubahan pada surat pajak)
- Tambah tempoh pajakan dari 6 tambah 3 bulan dan 2 bulan (11 bulan)
- Buat perubahan kepada surat pajak setiap 3 bulan samada buat bayaran 10% atau buat bayaran minima dari nilai pajak (ini akan menjarakkan tempoh pajakan iaitu 3 bulan + 6bulan +2 bulan (langkah ini merugikan) perubahan nilai pajakan semasa berkurang
- Buat bayaran 10% setiap peringkat tebusan selepas selesai pusingan pajakan 6+3+2 bulan dengan baki tebusan menjadi nilai pinjaman terbaru contoh 9 bulan pertama tamat , bayar pinjaman 500 atas kadar pinjaman 5000, buat overlap untuk lanjutkan 9 bulan lagi dengan 10%(RM450) dpd 4500, sambung lagi 9 bulan dan bayar 10%(400) dpd RM4000 sehingga habis tebusan. Lihat emas anda dalam tangan anda selepas tebusan anda lalui selama
- Pendita Emas yakin bahawa satu masa nanti pasti akan ada kedai pajak akan meningkatkan tempoh pajakan kita dari 6+3+2 kepada 6+6+6+6+6+6+6+6 dan komitmen pinjaman akan diubah dari sekadar 60%, up lagi 75%, up lagi 80% dan maksima 85%. Di sini jangan pilih komitmen 85% kerana jika anda ambil dengan sendirinya anda telag menggadaikan emas anda sepenuhnya.
- RM5000 -bayar RM500 selepas 9 bulan
- RM4500 -bayar RM450 selepas 9 bulan
- RM4050 -bayar RM405 selepas 9 bulan
- RM3645 -bayar RM364.50 selepas 9 bulan
- RM3280.50 - bayar RM328.05 selepas 9 bulan
- Cukup setakat 5 kali overlap dengan bayaran 10%, anda telah menjadikan emas anda berada dalam tangan selama 45 bulan =3 tahun 9 bulan. Bagaimana kalau kita menbayar setiap 9 bulan dengan bayaran minima 20%, 30%, 40% dan 50%.
4. Transaction (Mengubah nama pemilik surat pajak kepada nama suami/isteri/ibu/bapa/anak)
Pindah milik surat pajak dalam kalangan saudara mara jika terkena masa harga pada paras tinggi tidak perlu keluar sesenpun sebab overlap tolong bayarkan.
Tetapi mahu kurangkan tekanan membayar upah simpan, buatlah teknik ubah surat pajakan kepada waris yang sah sahaja.
Tetapi mahu kurangkan tekanan membayar upah simpan, buatlah teknik ubah surat pajakan kepada waris yang sah sahaja.
5. Terminate(Ganti akaun lama dengan akaun baru)
Tutup akaun lama dengan akaun pinjaman baru melalui pinjaman wang dengan saudara mara atau rakan-rakan. Pajak semula dan hasil pajakan kembalikan kepada rakan yang meminjamkan wang.