Friday, June 3, 2011

EMAS PUBLIC GOLD TIDAK DITERIMA KPMJ SEHINGGA DIBERITAHU

Salam,

Cuti-cuti Malaysia bersama keluarga tahun ini sangat menyeronokkan. Sambil membawa keluarga, PE berkesempatan membuat talk pelaburan emas masa kini di Institusi Penyelidikan Haidraulik Malaysia (Nahrim), downline di Ampang Point dan di Restoran Yusof Haslam berbincang tentang pelaburan emas.

Dalam pada itu dapat juga membantu teman-teman yang menghadapi masalah untuk menjual emas mereka. Alhamdulillah setelah dikumpulkan dapat PE beli dari mereka lebih kurang emas PG 20g X 20pc.

Dengan rasa gembira dan mengira wang tunai yang dapat dikutip kembali, balik dari Port Dickson PE terus menuju ke Koperasi Permodalan Melayu Johor. Terkejut PE, kenapa baru jam 2.30pm pejabat dah tutup. Dipendekkan cerita, jaga beritahu wang pajakan telah kehabisan, Panas betul PE mendengarnya.

PE terus menghubungi teman PE di Wisma Abu Kassim yang menjaga cawangan KPMJ. Tup tup dia kata pajakan untuk seluruh emas keluaran Public Gold ditahan buat sementara kerana ada kes pemajak emas public gold masih tidak menuntut emas meraka. Kes nie hanya melibatkan 3 orang pemajak sahaja.

Bukankah PE telah beri peringatan tentang hal ini dan cara-cara untuk menyerap masalah ini jika berlaku kepada anda semua. Untuk bacaan lanjut klik sini atau url di bawah ini:



No comments: