Tuesday, June 7, 2011

Benarkan Public Gold Syarikat Terbaik(Jawapan Pertanyaan Kenapa PE Tidak Setia Pada PG dan Promote Emas GCP)

REKOD PEKERJAAN DENGAN SYARIKAT CINA UNTUK TATAPAN ANAK CUCU PENDITA EMAS

Salam semuanya,

Pada hari ini PE mahu berkongsi info yang baek punya. Baik dari segi pengajaran atas apa yang berlaku pada PE dalam sebuah syarikat pelaburan emas Public Gold. PE sebenarnya merupakan orang yang banyak yang menyusahkan pihak syarikat hanya semata-mata mempromosikan produk emas syarikat GCP dalam blog ini.

Disamping itu, posting PE berkenaan ramalan pasaran jongkong emas dalam pasaran domestik menjelang MEI 2011 yang dicatat pada 2 Februari 2011 turut menimbulkan keresahan banyak pihak terutama rakan-rakan MD yang masih setia. klik sini.

So, dalam posting ini, maklumat-maklumat berikut dapat menceritakan cerita sebenar mengapa PE tidak setia pada syarikat.




Ramai bertanyakan PE akaun company mana yang PE lampirkan. Untuk makluman anda semua, statement ini merupakan statement dari Public Gold. Urusniaga bulan April 2011, bayar 20 Mei 2011, tapi tak masuk juga dalam akaun. 2 Jun 2011 call dia kata title master dealer dan purity dealer PE dan jadi pembeli biasa.

Walau bagaimanapun dalam laman web rasmi Public Dinar yang dicerap pada jam 12:11 malam pada tanggal 8/6/2011 nama pendita emas masih ada tertera sebagai Master Dealer Johor. Mana satu yang betul nie?



Peraturan untuk mengekalkan status Master Dealer, syarikat kata kalau group sale kita tak mencapai sasaran dalam tempoh Jan - Jun 2011 dan Julai-Disember 2011 akan berlaku perubahan title.

Lihat brooo...apa dah jadi. Syarikat tenat ke nie bro, zon kiraan sale untuk sesi pertama antara bulan Januari hingga 30 Jun 2011 belum pun tamat. Tup-tup nama PE, dah jadi pembeli emas biasa.

Ini bermakna komisen PE berjumlah RM4953.40 atas jualan terkumpul RM642,370 (RM294,079 (priority dealer) + RM348,300.00(Dealer Biasa) yang boleh menaikkan semula title PE sebagai Master Dealer PG semula, telah dirompak oleh syarikat secara terhormat kerana bayaran pada bulan-bulan sebelumnya dijelaskan.

Petikan peraturan mengekalkan status master dealer:

2011 New Dealer Recruitment Program

Master Dealers Terms and Conditions

Master Dealer

A. Qualification

1. Accumulate total sales of RM500,000.00 (including
own purchase, first purchase by Priority Dealer, and new Dealer) on purchase any of Public Fine Gold International Sdn Bhd’s products which consist of gold bar, gold coin, gold dinar, jewelleries, silver bar and etc according to current prices.2. Priority Dealer required to recruit at least 3 Priority Dealers.3. Sales accumulation period will be calculated twice a year (6 months) which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December4. Priority Dealer will be interviewed by Public Fine Gold International Sdn Bhd’sBoard of Director before qualified to promote as an authorized Master Dealer.5. Priority Dealer has to request in order to become Master Dealer and is subject to approval

B. Requalification Evaluation

1. Evaluation of Personal Sales will be conducted twice a year which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December2. Master Dealer will be degrading in case of without sales within six consecutive months.

C. Web Promo Assessment

1. Group Sales need to achieve RM500,000.00 within the Evaluation Period of 6 months period.2. Evaluation of Group Sales will be conducted twice a year which from: 1st January to 30th June 1st July to 31st December3. Master Dealer needs to maintain the sales target on next Evaluation Date to continuously publish their name in Public Gold website. Names will be taken out from Public Gold website if Master Dealer has failed to maintain the target of total group sales.

Nampak sangat sykt cina mainkan kita.

Buat mana-mana pihak, Bank Negara Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang boleh ambil kes ini untuk ambil tindakan lanjut sykt Public Gold ini kerana membuat segala tindakan tidak jelas kepada dealer mereka. Bukti saya dah lampirkan bersama posting ini. Jika minta faxpun saya akan ke depan.

Untuk makluman pihak anda, tiada satu suratpun dikeluarkan mengenai perubahan title ke atas Pendita Emas atau Yatiman Bin Kamsidin sehingga posting ini ditulis 7/6/2011 pada 21:16 malam. Jika berkenaan sila lampirkan surat pengguguran title dari segi tarikh dan rujukan surat. Jika guna emel, tarikh emel dihantar. Jika surat gunakan no surat daftar yang berkaitan. Jika guna telefon untuk call saya sediakan butiran panggilan dari segi masa dan butiran perbualan yang dibincangkan.

Silap Statement.




Yang kelakarnya, statement bayaran nie dia kata silap semasa PE call mereka. Silap macam mana tu ya. Makluman bayaran pada 20 Mei 2011 dia kata dah masuk. Past tu dia hantar statement pada PE melalui emel pada 31 Mei 2011. Cuba pembaca jelaskan, silap macam mana tu yaa.

Hello tauke PG, kalau lu kata silap, lu fikirlah sendiri sebab lu ada 2 minggu untuk buat double check sebelum statement anda keluarkan. Cuba kira selepas tarikh bank in 20 mei 2011 dan statement anda hantar by emel pada 31 Mei 2011 jam 9:54am (jika silap lu ada 11 hari buat double check).

Dah berlaku kes macam ini, jelaslah ia menunjukkan komunikasi di antara jabatan syarikat ini tiada memiliki subordinat yang baik. Sebab itulah kita sering dapat laporan dealer-dealer, mereka kata sale tinggi, komisen plak dapat ciput.

Kesimpulannya, fikir-fikirkanlah terhadap posting ini. Biar PE menjadi mangsa yang pertama dan terakhir dalam PG. Posting ini sebagai satu pendedahan bukan satu rayuan. Terus terang PE tidak mengharapkan RM4953.40 jatuh ke riba PE pun.

Jika dia mahu pulangkan juga, serahkan kepada downline yang PE gelapkan atau serahkan sahaja kepada rumah anak-anak yatim bagi pihak PE.

Kalau pecah amanah RM4953.40 dibawa ke mahkamah tentu menjadi X 100% dan faedah 8% setiap bulan. So nak banyakkan klim kita tangguhkan jumlah ini lebih setahun, ok juga. Lepas modal muka sebiji BMW 2 pintu.

Persoalannya kini, siapa yang terbaik dalam pelaburan emas samada Pendita Emas atau Public Gold?

Sekian. Selamat tinggal secara total wahai Public Gold buat selama-lamanya. PE pun dah tak ambil pusing dengannya kecuali jika ada perkara berbangkit selepas ini, tunggu anda di sana.

Statemet akaun melalui emel :31 Mei 2011 jam 9:54am
Carian surat penurunan title master dealer/priority dealer : Tiada rekod

Esok (8/6/2011) mahu melawat Bank Negara Malaysia Cawangan Johor.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sila baca sekali posting berikut :

http://penditaemas999.blogspot.com/2011/02/adakah-asas-pengeluaran-surat-amaran.html

1 comment:

Cikgu Bob said...

sabarlah PE. orang benar dan sabar disayang tuhan.