Saturday, June 11, 2011

KEMANA HARGA EMAS MELONJAK PADA TAHUN 2011

Salam,

Pertanyaan ini mungkin berada di benak fikiran semua rakan Pendita Emas. Persoalan yang bermain, bagaimana harga emas pada tahun 2011 bergerak. Adakah membentuk bull market, bear market atau membuat sideaway market.

Walau bagaimanapun di awal tahun ada yang membuat ramalan harga emas naik sekitar USD1600.00, USD1700.00 dan paling ekatrim naik pada USD2400.00. Berdasarkan kepada ramalan harga berkenaan yang mana satu dapat dicapai?

Pendita emas masih ingat, PE sendiri membuat ramalan harga emas akan mencapai sekitar USD1750.00 pada akhir tahun. Tercapai atau tidak kita cuba lihat petunjuk-petunjuk yang berlaku dalam tempoh 6 bulan ini.

Menyorot kembali sejarah kenaikan harga emas sedekat yang lalu iaitu diantara tahun-tahun 2001 hingga 2010 harga emas telah meningkat naik sebanyak 400% dan pada tahun 2010 juga harga emas meningkat sebanyak 26% di kedudukan tertinggi USD1476.20. Lumayan bukan dalam tempoh 10 tahun harga mencanak naik sebanyak 400%.

Diakhir abad berkenaan, petunjuk-petunjuk yang berlaku pada tahun 2010 diringkas sebagai berikut:

1.Pelabur membeli emas sebagai satu alat lindung nilai akibat daripada bencana kewangan di Eropah melibatkan negara Greek dan Ireland.
2. Cetakan wang Dolar, menjadikan ramalan kebanyakan negara menjadi nyata apabila Fiat USD jatuh nilai, harga emas naik nilai.

Bagaimana petunjuk harga emas tahun 2011. Dapat diperincikan sebagai berikut:

1. Harga emas berada dalam keseimbangan apabila kenaikan harga akan diikuti dengan penjualan semula emas oleh pembeli akhir tahun 2011 bagi mencapai keuntungan.

2. Loncatan kembali pelabur emas dalam pasaran emas dalam bulan-bulan Februari dan Mac 2011 akibat dari pergolakan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara seperti di Mesir, Yaman, Libya serta Jepun yang menghadapi Tsunami sangat besar selepas Perang Dunia ke-2 menjadikan satu kemasukan perdagangan taktikal yang sangat membahayakan pelaburan emas sedunia.

3. Berdasarkan pembacaan kita, jangkaan kenaikan harga emas sekitar Jun 2011 boleh diharap atas petunjuk:

i. Kenaikan Inflasi berterusan di seluruh dunia
ii. Kenaikan harga makanan dan komoditi dunia
iii. Kenaikan harga minyak mentah
iv. Stimulus AS mengenai ekonominya yang memaparkan mengalami defisit berterusan.
vi. Kerosakan di Jepun perlu ditangani dengan pembangunan modal mega
vii. Kadar Penggangguran yang berterusan di USA.
viii. Kenaikan kadar faedah bank-bank di Eropah.
ix. Penurun nilai dolar berbanding wang fiat tempatan
x. Penjualan semula dolar dan penerokaan urusniaga tanpa menggunakan dolar oleh bank-bank pusat negara besar dunia seperti China dan Jepun
xi. Pembentukan negara-negara sekutu kecil dalam pertukaran wang negara yang bersekutu berbanding dolar

Walau bagaimanapun adakah harga emas melepasi USD1600.00 kita nantikannya pada minggu ketiga Jun 2011(13/6/2011 hingga 17/6/2011).


No comments: