Sunday, July 3, 2011

Pemilik Emas Terbanyak Di Dunia Sehingga Jun 2011

Salam,

Posting hari ini, Pendita Emas hanya mahu bercerita dimanakah kedudukan negara kita sebagai pemilik emas dunia. Berdasarkan carta World Gold Council, mendedahkan bahawa Malaysia berada pada tangga ke 47 daripada 113 buah negara diseluruh dunia yang memiliki emas dalam bank negara. Berikut kedudukan negara yang telah dipendekkan.




Kedudukan
1. USA 8,133.5 tan, rezab 75.3%
6. China 1,054.1tan, rezab 1.6%
9. Jepun 765.2 tan, rezab 3.3%
24. Libya 143.8tan, rezab 5.6%
25. Singapura 127.4 tan, rezab 2.5%
31. Thailand 108.9 tan, rezab 2.8%
38. Indonesia 73.1 tan, rezab 3.2%
47. Malaysia 36.4 tan, rezab 1.4%



Pendita rasa amat teruja tetang negara Singapura yang berada pada kedudukan ke 25 dunia sebagai pemegang emas terbesar di dunia. Kita sedia maklum Singapura ialah sebuah negara pulau sebesar 692.7 km² di Asia Tenggara, di hujung Semenanjung Malaysia di antara Malaysia (oleh Selat Johor) dan Indonesia (oleh Selat Singapura).

Penduduknya sermai 4.6 juta (2003) dengan jangka hayat pendudukanya lelaki: 77.1 tahun dan
wanita: 83.23 tahun (ang. 2000) dengan tenaga mudanya sebagai berikut:

Umur 15 tahun keatas

Tahun 2000 1990
Jumlah 92.5% 89.1%
Lelaki 96.6% 95.1%
Wanita 88.6% 83.0%

Sumber: Banci 2000


Dari segi penggunaan tanah terkini adalah sangat terhad dan tebus guna tanah paya untuk menampung keperluan rumah penduduk. Singapura menjadi sebuah negara hub perdagangan dunia. Ini bermakna semua komoditi yang mengalir masuk adalah melalui pengimportan.

Menariknya nilai matawang Singapura yang suatu ketika setara dengan Ringgit Malaysia kini telah diatasi sebanyak 1.4 kali ganda.

Mengapa terjadi begitu? Pendita rasakan, salah satu faktor yang membantu mengukuhkan dolar Singapura ialah dpengaruhi oleh komoditi emas yang dimiliki.

1 comment:

Salehuddinjojo said...

Sebenarnya rezab emas bank negara tinggal USD1.5 billion je

2010/11/19 -Berita harian
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM326.455 bilion (AS$105.8 bilion) pada 15 November 2010.


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Rizab antarabangsa terdiri daripada mata wang asing (AS$95.1 bilion), kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$500 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$6.6 bilion). Jumlah aset bank pusat, termasuk rizab antarabangsa berjumlah sehingga RM387.576 bilion.


Aset-asetnya yang lain termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.284 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM40.524 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.797 bilion) dan aset-aset lain (RM6.516 bilion).