Posting masa ini hanya mahu memberi sedikit info berkenaan simpanan emas fizikal sebanyak 1 gram setiap bulan.
Inipun setelah selesai membuat trading gold yang dibida pada harga USD1710 pada jam 8:30 mlm tadi setelah melonjak ke harga USD1725 jam 10:30mlm. Lepaslah juga USD15 x 15 aun =USD225 x RM3.00=RM675.00.
Berbalik dengan bicara simpanan emas fizikal 1 gram wajar diambil perhatian disebabkan:
Berbalik dengan bicara simpanan emas fizikal 1 gram wajar diambil perhatian disebabkan:
- Emas 1 gram mampu milik dan boleh dimiliki bila-bila masa tanpa melibatkan pinjaman wang dari mana-mana pihak.
- Simpanan boleh dibuat secara tetap dan berkala. Kes study berdasarkan rakan yang mengikut saranan Pendita Emas semasa menggalakkan rakan-rakan menyimpan 1 dinar sejak tahun 2010 yang lalu kini telah membantu mereka memiliki berpuluh malah beratus dinar dalam simpanannya sekarang dari harga purata dinar bernilai RM500, simpanan dinar mereka kini sudah meningkat kepada RM780 sedinar.
- Contoh terbaik boleh diikuti ilah seorang guru wanita yang sentiasa membuat simpanan anak-anak dalam tabung haji, setelah mendengar penerangan PE, beliau terus memperuntukkan budget setiap bulan sebanyak 5 dinar tanpa menghiraukan kenaikan harganya.
- Bermula Ogos 2010 hingga sekarang Februari 2012 selama 19 bulan stok dinar beliau kini berjumlah 95 dinar dengan nilai =RM74,100.00 dan beliau merupakan pembeli emas saya secara senyap. Alhamdulillah bila saya minta beliau menjualnya kepada PE tiada harapan PE buat buyback. So berjaya sudah PE mendidik beliau sebagai pelabur emas dari hanya minat dan suka-suka
- Wang simpanan anak-anak juga boleh dipindahkan kepada emas fizikal 1 gram, mengikut unjuran kenaikan harga emas terkini puratanya 40% setahun bermakna simpanan emas anak-anak bakal meningkat dalam lingkungan 400% hingga 1000% menjelang tahun 2020 berbanding nilai mata wang kita yang bakal susut sebanyak 2-5% setahun mengikut kadar inflasi semasa disebabkan inflasi sebenar memang berlaku dan di negara kita subsidi menutup segalanya.
- Kiraan kasar jika harga emas sekarang RM220 menjejaki tahun 2020 harga emas akan menjadi RM880 (400%) hingga RM2200(1000%).
- Harga jualan runcit emas 1 gram milik Pendita Emas akan dinaikkan pada harga RM230(Februari 2012), RM235 (Mac 2012) dan RM240(April 2012). Harga ini akan diikuti oleh group Pendita Emas.
No comments:
Post a Comment