4 Februari 2012, Sabtu
Posting kali ini Pendita Emas mahu berkongsi info berkenaan harga emas sepanjang minggu ini diantara tarikh-tarikh 30 Januari hingga 3 Februari 2012.
Terus terang pada minggu ini PE sebenarnya menanti penurunan harga sehingga USd1715 berdasarkan kepada beberapa faktor yang menggangu kenaikan harga emas. Keyakinan PE dibalas dengan satu kenaikan harga emas setiap hari dari 30 Januari 2011 hingga ke tarikh 2 Februari 2012. Sebab itu tidak banyak posting tentang harga emas pada minggu ini yang menarik perhatian Pendita.
Walau bagaimana kekaburan dalam mendapatkan profit yang tinggi menjadi sebaliknya. Ramai pelabur berkeyakinan bahawa momentum harga pada minggu ini sangat positif. Persembahan patern harga sangat menarik iaitu bermula pada pergerakan harga yang sederhana diawal minggu kemudian ada tolakkan harga emas sehingga pertengahan minggu tetapi tiba-tiba berlaku penutupan harga pada harga terendah minggu ini yang drastik dan menyedihkan semua pelabur.
Termasuk PE, semua akaun trading gold PE mengalami defisit berbanding profit yang diraih selama 3 hari terus terbang bersama penurunan harga emas dunia.
Rajah: Salah satu akaun Trading Gold PE menunjukkan penyata negatif apabila diakhir minggu pada tarikh 3 Februari 2012, kutipan profit melalui trading gold selama 3 hari ranap dalam sehari. Akaun menunjukkan defisit sebanyak USD104.86. Jangan risau ini hanya akaun trading gold sahaja tanpa melibatkan kerugian share dan dividen.
Kembali kepada perjalanan harga emas pada awal minggu ini, jika berlaku kejatuhan harga kerugian boleh kita serap kembali pada malam hari atau keesokannya. Tetapi pada akhir minggu, kita akan mendengar dendangan lagu "pulangkanlah" seperti dalam filem Harum Sundal Malam.
Kepada pelabur yang membuat bidaan dalam akaun yang mempunyai stok 50 lot hingga 1000 lot termasuk PE pasti menyatakan kekesalan apa yang berlaku apabila mereka membuat trading gold ini.
Kembali kepada perjalanan harga emas pada awal minggu ini, jika berlaku kejatuhan harga kerugian boleh kita serap kembali pada malam hari atau keesokannya. Tetapi pada akhir minggu, kita akan mendengar dendangan lagu "pulangkanlah" seperti dalam filem Harum Sundal Malam.
Kepada pelabur yang membuat bidaan dalam akaun yang mempunyai stok 50 lot hingga 1000 lot termasuk PE pasti menyatakan kekesalan apa yang berlaku apabila mereka membuat trading gold ini.
Jangan jadikan perkara ini sesuatu yang merisaukan kita. Kehilangan profit anda akan datang kembali pada minggu-minggu seterusnya itupun bergantung kepada keberanian menanggung kerugian menjualnyaketika pergerakan harga menurun.
Tetapi sangat merugikan apabila kita mengekalkan harga bidaan pada harga tinggi. Silap-silap mahu jumpa kembali harga USD1760 dalam seminggu dua lagi. Bukan senang harga mahu memantul pada posisi yang tinggi berbanding dengan julat harga yang akan membuat terjunan biasa kecuali jika kita menemui harga emas membuat terjunan "bunjee jumping".
Kepada yang berani menanggung kerugian ketika ini, satu kejayaan buat anda semua pada minggu depan dan seterusnya. Ini disebabkan anda boleh membuat trading gold ketika harga berada pada paras yang rendah. Ini bermaksud segalanya bergantung kepada kehendak masing-masing.
Semboyan supaya menjual semua harga bidaan telah PE nyatakan kepada rakan-rakan apabila mereka bertanyakan kedudukan harga emas dunia ketika Majlis Ramah Mesra sedang berlangsung . PE katakan kepada rakan-rakan jika ada kesempatan jual sahaja. Mereka kata "PE rugilah macam nie". "Terpulang" jawab PE secara ringkas.
Itulah kesan kepada pelabur yang terlalu mementingkan keuntungan yang tinggi pasti akan menyesal dan terduduk diam ketika ini bila bidaan harga emas dibuat secara berperingkat mengalami penurunan harga sehingga ke paras lantai pada minggu ini USD1725. Ini disebabkan semakin besar lot mereka semakin besar kerugian apabila harga merudum dan sebaliknya jika besar lot besar maka besarlah profit bila harga emas naik.
Peringkat-peringkat bidaan harga yang terekod ketika sembang dengan rakan-rakan selepas majlis ialah USD1745, USD1743, USD1739, USD1379 sehinggalah tiba pada harga melepasi USD1730 baru mereka perasan bahawa harga sebenarnya sedang menuju ke harga lantai.
Alhamdulillah akaun PE walaupun mengalami kerugian, PE masih mempunyai tunai untuk membida harga emas yang masih rendah pada minggu hadapan.
Kenapa PE lepaskan harga USD1760?
1. Juallah secara bundle untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar kerana masing-masing telah membida pada harga USD1760 pada volume yang besar atau borong sekurang-kurangnya 5 aun atau lebih.
Bermakna jika mereka jualpun mereka akan mengalami sedikit kerugian berbanding kepada pelabur yang mengharapkan harga akan menaik semula.
Dalam keadaan ini, PE sendiri membuang profit ketika harga emas berada pada USD1736 dengan kerugian sebanyak USD258.10 untuk 10 aun bagi satu akaun setelah harga collaps dari USD1760 menuju ke USD1736.
Bagaimana pula kerugian yang dihadapi pelabur jika harga emas berada pada USD1725 seperti pada masa sekarang?
2. Pengambilan "profit taking" secara besar-besaran dalam jangka pendek menjadi pilihan pelabur setelah melihat harga psikologi berada pada paras USD1760 dalam tempoh yang lama. Ini menjelaskan bahawa harga emas akan kembali semula menuju USD1760.
Kerugian dialami pada masa sekarang diharap akan menjadi keuntungan pada minggu hadapan dengan modal bidaan berada dalam tunai yang banyak.
3. Sentimen semasa yang ada mengubah pergerakan harga emas untuk kekal berada pada harga lantai USD1725. Ini disebabkan trading gold yang terakhir pada 3hb Februari 2012 ditamatkan pada pasaran New York Comec manakala trading yang berterusan pada jam 5.00 pagi 4hb Februari 2012 sebagai lajakan sahaja sebab tiada faktor-faktor penarik yang lain.
Sumber : klik sini
Sumber: Klik sini
Cadangan Temui Pendita Emas dalam seminar Teknikal dan Fundamental Pelaburan Emas
No comments:
Post a Comment