PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN
Salam buat semua pelabur emas fizikal,
Kelebihan melabur dalam emas fizikal.
Tahniah buat anda semua kerana menjadi pelabur emas fizikal yang tegar. Ini disebabkan dengan melabur dalam emas fizikal kita akan mendapat banyak faedahnya iaitu:
1. Mempunyai stok emas fizikal dalam tangan atau dengan bahasa mudah emas fizikal kita pegang, kita simpan dan kita dagangkan mengikut harga yang munasabah buat diri kita tidak untung berlebihan dan tidak mengalami kerugian.
2. Emas melindung nilai wang masa kini untuk memberi impak nilai wang masa depan iaitu dapat mengelak dari gangguan ketidakstabilan politik, ekonomi dan inflasi. Naik inflasi maka nilai wang masa depan juga akan menokok tanpa kita sedari/
3. Sebagai satu alat peminjaman kepada rakan-rakan yang mahu meminjam wang tunai daripada kita bersandarkan emas fizikal dimana kita meminjamkan emas fizikal dan si peminjam pula akan memulangkan berat emas yang sama. Dengan sendirinya diri kita dapat mengelak diri kita dari perkara yang diharamkan.
4. Emas membantu kita mendapatkan sumber kewangan untuk mencambahkan hasrat kita dalam usahawang bekerja untuk kita dan kita bekerja untuk wang.
CADANGAN MAIN KUTU MENGGUNAKAN EMAS FIZIKAL 1 GRAM GCP
Bahan : Emas Fizikal 1 gram
Harga Semasa : RM207.00
Kutipan Ahli : RM200.00/bulan
Bilangan ahli : 5 orang sahaja.
Keperluan RM : USD1000 (untuk kos 5 pcs)
Stok perlu ada untuk 5 kali terimaan/5 bulan : 25 pcs x RM200.00=RM5000.00
Belian stok emas Pendita terdiskaun = 25 pcs x RM196.00=RM4900(jimat RM100)
Keuntungan yang ahli terima : Emas fizikal 1 gram 99.9 GCP mengikut kenaikan nilai emas semasa
Bagaimana mahu memulakan: Buatlah grouping masing-masing.
Bagaimana keuntungan membiak atas kenaikan harga emas setiap bulan jika bermain kutu menggunakan emas fizikal:
Bulan April --> Penerima A --> nilai emas 5 pcs x RM210=RM1050.00 (lebihan RM50.00)
Bulan Mei --> Penerima A--> 5 pcs x RM213 =RM1065 (Lebihan RM50 +RM65=RM115.00)
Penerima B -->5 pcs x RM213=RM1065(Lebihan RM65.00)
Bulan Jun --> Penerima A--> 5 pcs X RM230=RM1150(Lebihan RM150 + RM115=RM265)
Penerima B--> 5 pcs x RM230= RM1150(lebihan RM150+ RM65=RM215)
Penerima C --> 5 pcs x RM230=RM1150(;ebihan RM150)
p/s : Kiraan profit bulan selanjutnya ikut kenaikan harga emas semasa. Senaraian profit di atas adalah cadangan dari Pendita Emas.
Berikut adalah pengalaman Pendita Emas dan rakan-rakan pelaburan emas fizikal bermain kutu sejak tahun 2010 lagi.
Pengalaman bermain kutu menggunakan jongkong emas bersama rakan-rakan pelabur.
1. Main Kutu menggunakan jongkong emas 20 gram mulai 4 September 2010 sangat menguntungkan.
2. Main kutu menggunakan dinar juga menguntungkan dilakukan mulai 22/8/2010. Ini adalah dinar-dinar kutu yang kisimpan mulai 22/8/2010 telah memberi profit yang tinggi setelah dapat ku jual dinar tersebut pada 1 Disember 2011 dengan nilai RM785/pcs.
No comments:
Post a Comment