Wednesday, June 13, 2012

Bagaimana mahu menentukan paras harga emas semasa sebelum waktu sebenar?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat semua mantee Pendita Emas diseluruh negara,

Alhamdulillah sebelum program sukantara bermula, sempat juga menaip dalam blog kebangaan Pendita Emas ini dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab.

So, dalam posting ini PE hanya mahu mewar-warkan berkenaan bagaimana mahu menjejak paras harga emas sebelum harga emas sebenar berlaku.

Di bawah ini PE sertakan salah satu teknik galuran harga emas di atas graf harga yang akan berlaku pada jam 8.00 malam yang digalurkan pada jam 7:33 malam, tanggal 13 Jun 2012. Kira galuran harga ini masih panas membara.


PENETAPAN HARGA EMAS HARIAN (CONTOH PADA 13 JUN 2012 HANYA USD1625 SAHAJA)


Bagaimana pula harga emas yang Pendita Emas Spot hanya setakat USD1625 pada malam tadi. Ini dia logikanya sasarah harga emas malam berkenaan.


Harapan harga swing bakal berlaku. Kaedah ini digunakan untuk menentusahkan pantulan harga emas akan berlaku atau tidak. Jika swing, pantulan harga akan membuat lonjakan mendadak. Maka kita akan war-warkan untuk teteman membuat komen masing-masing.Jika malar memang tidak akan PE publishkan.


Kemudian buatlah homework sikit mencari data terkini berkenaan aktiviti ekonomi semasa. Jika mahir menggunakan data yang Pendita sertakan insyallah anda akan menjadi trader terbaik dan langsung dapat mengelakkan kerugian yang besar hatta yang paling minima.

Kemudian kita kongsikan sama-sama apa yang telah kita perolehi dalam masa semasa


Harga sasaran meningkat mengikut anak panah yang PE sediakan seawal graf harga swing diharapkan.

Paparkan harga sasaran yang bakal dicapai seperti mana harga diharapkan. Dalam penetapan harga emas jika jangan terlalu gelojoh untuk meminta nilai lonjakan harga emas yang diharapkan. 

Berdikit-dikit kita sasarkan. Jika dah lepas USD1625, barulah kita buat target harga baru. Dalam kes  minggu ini sasaran harga tertinggi Pendita yang dilakarkan sejak 9 Jun 2012 sebagai berikut:


Harga harapan hampir memenuhi impian kita.


Akhirnya harga emas mencapai titik noktah pada USD1624.700 daripada USD1625.


DIMANA PE SELALU POSTINGKAN?

HADIRI KELAS INTENSIF ANALISIS TEKNIKAL DAN FUNDAMENTAL PELABURAN EMAS SIRI 3 KELOLAAN PENDITA EMAS DAN GCP MENGIKUT TARIKH SEPANJANG BULAN JULAI MENGIKUT TARIKH-TARIKH BERIKUT:



LOKASI/TEMPAT :

PASIR GUDANG (TS HOTEL TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG)
JOHOR BAHRU (HOTEL SERI MALAYSIA, JOHOR BAHRU)
PARIT RAJA ( AKAN DIMAKLUMKAN)
BATU PAHAT (AKAN DIMAKLUMKAN)
SEGAMAT (AKAN DIMAKLUMKAN)

MASA : 8.00 MALAM HINGGA 12.00 MALAM

Saturday, June 9, 2012

Jom Follow Harga Emas Langkah Kanan Pendita Emas Menyusuri Harga Lebih USD1600 Sepanjang Minggu 11 hingga 15 Jun 2012

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat mantee Pendita Emas,


Ramalan Harga Emas Sepanjang 11 hingga 15 Jun 2012.

Hari ini tanggal 10 Jun 2012 jam 1:44pm, PE mahu mewar-warkan berkenaan pergerakan harga emas sepanjang minggu ini pada 11 hingga 15 Jun 2012 dengan meletakkan harga emas sasaran bakal melepasi USD1686.00/ aun.(Harga Pilihan Pendita Emas sahaja, baca boleh follow jangan)

Harga Terendah : USD1608
Harga Pertengahan : USD1632
Harga Tertinggi : USD1668
Harga Extra: USD1686
Harga Extra Bonus : USD1708

Mengapa harga berkenaan diletakkan oleh Pendita Emas?

Pertamanya keadaan ini dicadangkan disebabkan, kita telah berada dalam bulan Jun 2012 iaitu perjalanan tahun 2012 telah menuju kepenghujung setengah tahun pertama. Ini menyaksikan satu pergerakan ekonomi perlu diselaraskan kepada keadaan lebih dinamik.

Dasar dan Polisi kewangan yang terbaik oleh negara utama/peneraju dalam zon-zon ekonomi perlu dilakukan dengan meninggalkan masalah hutang berdaulat negara Eropah yang sedang mengikat kemajuan ekonomi global.

Satu pelonggaran ke atas pengetatan dasar ekonomi mikro dan makro perlu dilaksanakan untuk memastikan iklim ekonomi yang lebih dinamik mampu berkembang dengan pesat. Ini membolehkan IPP berkembang positif dan mengelakkan keadaan deflasi yang berterusan.

Kedua: Harga emas yang telah meletus pada harga tertinggi USD1924 pada September 2012 kini telah melalui perjalanan penuh berliku selama 10 bulan. Ini bermakna bulan Jun merupakan bulan take off untuk harga emas menuju puncak. Bermakna pertengahan bulan Jun 2012 bakal mengubah patern harga emas secara menyeluruh.

Ketiga: Unjuran data-data ekonomi negara-negara pemain ekonomi utama dunia kecuali US disepanjang bulan Mei 2012 menunjukkan impak yang positif. Ini memberi sentimen ekonomi yang baik seterusnya memberi kesan kepada kenaikan harga emas dunia.

Keempat: Peperangan nilai matawang EURO berbanding USD bakal memberi impak yang baru kepada pergerakan harga emas. Mengapa PE berkata begitu antara Kesatuan Eropah dan US, pertentangan ini akan mengubah dasar atau polisi moniteri masing-masing dalam penggunaan QE3. Di Eropah, amalan sistem politik mereka dipengaruhi oleh dasar pengetatan atau pelonggaran monateri. Siapa menyokong pelonggaran moniteri bakal mencapai kemenangan. Baik buruk ekonomi kedua-dua bahagian ekonomi akan memberi kemenangan kepada negara-negara lain di dunia. PE menantikan lambakan matawang US atau Euro masa kini.

Senangkata, lambakan kedua-dua mata wang bakal menyaksikan perubahan situasi ekonomi global.