Tuesday, September 14, 2010

harga emas awal pagi rabu 15/9/2010


Posting jam 12.35 malam

harga emas sepanjang malam ini hanya berkisar dalam zon harga yang telah di tebat oleh saya. Sasaran untuk melihat kenaikan harga yang tinggi lagi tidak kesampaian. Walau bagaimanapun harga tetap berada pada paras yang tinggi akibat momentum pergerakan emas pada malam hari yang lepas pada jam 11.45 malam menyaksikan harga emas 20 gram public gold berada pada paras RM2903 dan 1 dinar pada paras RM600 sebagai harga pecah rekod (14/9/2010)



Posting : 6:15 petang

Carta menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan bahawa harga emas bermain pada zon yang saya tetapkan pada posting dalam nie di bawah pada jam 8:22 pagi menjadi kenyataan. Lihat sahaja aliran harga berwarna hijau dan merah, harga berlegar dalam zon harga yang ditetapkan.

So apa akan terjadi selepas ini ialah momentum kenaikan harga akan berlaku lagi pada malam ini. Setinggi mana situasinya hanya carta menentukan. Saya hanya mampu menyampaikan info ini berdasarkan kajian kenaikan harga emas setiap bulan sejak akhir-akhir ini.

Kegunaan membaca aliran harga ialah bagi membolehkan kita bersedia dengan tunai untuk menambat lagi emas pada harga yang rendah.

So sampai jam 6.00 petang, aliran emas mula menampakkan harga melepasi harga USD1270/oz. Ini sebagai permulaan harga untuk menyediakan tenaga untuk melonjak tinggi. umpama main tampolin kita akan membuat beberapa lonjakan kecil kemudian akan membuat lonjakan tinggi begitu juga harga emas ini.

Posting ini hanya sebagai info, bukan sebagai ramalan. Jika mengena tiada kena mengena dengan saya. Semua datangnya dari tuhan. Kita tetap sebagai hambanya yang lemah. Aminnnn


posting jam 8:22 pagi Malaysia saya telah memasukkan zon harga yang baru untuk pergerakan emas. Berdasarkan analisa jajaran harga sepanjang pagi Rabu 15/9/2010 waktu malaysia mendapati ada zon pergerakan harga terkini yang menentukan pergerakan harga emas.

Kita dapati garisan kenaikan dan penurunan emas dilihat secara mata kasar ia bergerak malar secara purata beza adalah rendah perselisihan harga antara RM2 atau RM3 sahaja.

Berdasarkan pengalaman lepas, zon ini merupakan menjadi harga penampan untuk penerusan harga tertinggi yang akan berlaku pada petang ini. Ia juga dikatakan sebagai zon untuk berehat dan bersantai seketika setelah melonjak ekstrim malam tadi.

Jika boleh disebut dengan kata yang mudah harga di sini sebagai harga enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas di mana julat pergerakan harga bergerak sedikit sahaja.

Mengapa saya berkata begitu? Harga penampan merupakan harga tapak yang menyediakan tenaga momentum atau lonjakan harga emas kepada tahap harga saujana yang lebih tinggi petang ini.

Apatah lagi ditambah dengan kemalaran harga emas yang berterusan maka perbezaan harga baru yang naik tinggi menjadi satu julat harga yang sangat besar dan luar biasa atau ekstrim.


Walaupun line harga jam 3.00 pagi alami kebocoran sedikit harga emas masih tinggi diparas 2892 untuk emas jongkong 20 gram. Ini bermakna dasar harga baru bertujuan untuk memberi peluang pelabur yang terleka sedikit dalam pemantauan harga sebelum ini kerana sibuk beraya untuk membeli emas pada harga kedua tinggi hari ini (sekitar 2890 hingga 2899) setelah harga

tertinggi malam tadi mencecah RM2903 (11.45 mlm) 14/9/2010 sebelum ia memantulkan harga yang baru pada sebelah petang 15 september 2010 nanti.

Jika harga semasa emas berada pada atas paras baru secara sekata/malar dan line bermain naik turun sekitar harga paras yang bocor dengan harga paras sementara, ini berpotensi harga emas akan naik melambung petang ini. Jam berapa berlaku itu adalah rahsia saya.

Sebagai rekod peribadi posting ini saya tulis jam 8.10 pagi Rabu 15/9/2010.


telahan awal mengatakan tiada kebocoran pada harga dasar yang saya tambat pada jam 3.00 pagi meleset sedikit tetapi masih pada apungan harga yang tinggi. Kiraan dalam RM bermakna segram emas sama dengan RM2892/20gram =RM144/g.

Sebagai rekod posting ini ditulis jam 8.00 pagi



harga tapak dan tolakan harga mulai jam 3.00 pagi Rabu 15/9/2010. Segram emas =RM2899/20=RM144.95




harga tapak yang aku pacak supaya harga emas kekal berada di atas paras tambatan



----------------------------------------------------------------------

No comments: