Menyingkap salah satu disiplin ilmu yang mengaitkan Sumber Manusia dalam hubungan sesuatu kumpulan yang kecil atau besar, kita akan bertemu dengan satu tajuk mengenai gelagat manusia dalam organisasi samada organisasi secara tidak formal atau formal.
Pelbagai gelagat manusia telah saya temui sepanjang saya terlibat dengan pelaburan emas sejak menjadi ejen public gold. Seterusnya membangun bersama Pendita Emas berdasarkan pengalaman saya bermain emas.
Beberapa gelagat manusia yang saya temui ialah:
1. Berminat tapi terpaksa pendamkan nafsu kerana tiada wang mencukupi.
Saranan saya: biar beli satu persatu tapi anda akan memiliki emas bertimbun, untung-untung roh yang ada pada emas memberi sinar harapan suatu hari nanti.
2. Ada wang tetapi hanya melihat sahaja.
Saranan saya: lupakan niat anda kerana pelaburan emas bukan pekerjaan sesuai untuk anda.
3. Nak masuk tapi bertangguh-tangguh.
Saranan saya: Simpan ajer wang kamu, maka kamu akan merasa kesan inflasi yang akan berlaku dalam masa 5 tahun dari sekarang.
4. Berlagak kaya tapi bebal, kata bergaji RM5000.00, bila nak bayar air teh susu hanya mencampakkan RM1.00 dan ditambah 30 sen lagi oleh saya.
Banyak soal jawab apa yang langsung dia tak faham sehingga 2 jam keluar dari perbincangan bertanyakan bagaimana pajak gadai boleh untung tapi bebal tak faham mengenai rempit yang dicadangkan oleh saya kerana tidak berusaha memahami dan membuat kertas kerja hingga memalukan diri sendiri diketawakan seorang budak berusia 11 tahun.
Saranan saya: Simpan sahaja wang fiat anda yang bersandarkan USD dolar. Anda seorang kedekut sebenarnya. Siapa ambil orang ini sebagai agen umpama sekam dalam padi lama-lama membinasakan diri penaja.
5. Bodoh sombong.
Sebelum beli emas, saya tunjuk cam mana nak merempit kalau setakat ada 1 dinar 6 ketul. Sebelum rempit akur dengan formula dicadangkan, bila ke pajak gadai dengan seketul dapat harga tinggi lawan kata pak guru akhirnya berlaku stak pusingan. Salahkan saya, sedangkan saya memberi cadangan atas pengalaman. Mereka tidak tau maksud cadangan.
Saranan saya: buatlah paperwork sendiri, jangan bergantung pada sumber yang ada, apa salahnya wang pajakan belikan emas, terpajak lagi semuanya fikirkanlah. Idea untuk menebus emas terpajak keseluruhannya dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Itu rahsia saya takkan semua nak diberitahu.
Dalam kes ini saya tertarik dengan seorang wanita tua yang menjadikan pajakan emas sebagai sumber kehidupan hari-hari tua, Kes perempuan tua menjadi iktibar pada saya supaya menyimpan emas dalam apa jua harga sebagai bekalan hari tua walaupun saya akan menerima pencen bulanan nanti itupun jika usiaku panjang.
6. Dah masuk jadi agen tapi tak pandai cari pelanggan dan sentiasa mengeluh rugi maka menyalahkan upline bila bisness tak menjadi.
Saranan saya: Tutuplah kedai, hubungi saya segera, saya akan beli emas anda semua dengan harga belian (WE BUY) seperti berikut;
7. Sentiasa memikirkan untung atau tidak melabur emas
belum beli, fikir untung ke melabur emas,
dah beli, fikir berapa pulak untung diterima,
dah pajak banyak ke untung dijana,
Saranan saya: Tak payahlah gunakan kaedah merempit kalau tak tahu memanipulasi. Biarkan sahaja emas anda terperam dalam simpanan anda selama 2 atau 3 tahun anda jual emas anda jika naik harga. Bayarlah zakat 2.5% jika emas anda melebihi 85gram, genap setahun dan milik penuh anda.
8. Kurang yakin tapi melakukan cadangan rempit dengan penuh berhemah
Alhamdulillah Cik Yat, berkat pertolongan Cik Yat raya nie paling seronok saya pusing satu Malaya cuti sekolah dan raya lepas. Balik ada lagi baki dan boleh wat tebus semula emas terpajak dengan segera.
Saranan saya:War-warkan hasil kejayaan merempit dan share dengan teman-teman rapat.
9. Minta idea dan panduan bagaimana nak selesaikan masalah mendapatkan modal menggunakan modal lima daripada tujuh jongkong emas yang masih terpajak dalam pajak gadai untuk membeli peralatan kedai stationary yang dilelong dengan nilai RM15,000.00 dengan tunai RM2000.00 sahaja ditangan.
Dia mahu jadikan pendita emas sebagai bapa angkat dengan sedikit bantuan wang tunai. Pendita emas tidak beri sesen pun, just berikan idea (umpama pengail diberikan joran) kepada rakan berkenaan dan alhamdulillah dia call dan mesej idea diberi berjaya selesaikan kes mendapatkan tunai dalam masa 2 hari membuahkan hasil pinjaman tunai RM10,000.00 dan pinjaman akaun untuk buat overdraf RM30,000.00 dalam tempoh 2 minggu. Wow laku juga idea saya.
Saranan saya :Pelbagaikan simpanan emas supaya income anda sentiasa terjana.
10. Menangguh-nanguhkan peluang yang terhidang. Dah ada customer nak beli tapi buat jual mahal tak angkat call dan balas sms. Bila lari ke teman sekumpulan marah pulak, merajuk, kata kawan makan kawan. Sedangkan harga emas naik setiap masa. Di pasaran luar agen lain tengah rakus mencari pelanggan. Ini pasaran terbuka sesiapa boleh menyapa dan menyapu.
Saranan saya: Be profesionallah, ini bukan barang kacang putih boleh tangguh-tangguh. Locklah dulu tak cukup barang contactlah networking, mental kena aktif beb tuk selesaikan masalah.
11. Kacang lupakan kulit perkara ini biasa berlaku, time susah hari-hari temankan kita bila diminta. Bila dah up sikit macam-macam alasan diberi. Yalah dah boleh cari sendiri. Tapi jangan lupa tiada seorang guru akan menurunkan ilmu yang dimilikinya 100%.
Saranan saya: Ikut resmi padi makin berisi makin menunduk.
12. Tiada wang tapi berminat terlibat dalam pelaburan emas. Ini sikap paling terpuji kerana membantu saya setiap masa dengan himpunan persen(%) diterima boleh beli dinar satu persatu, kemudian emas 20g. Silap-silap orang begini akan memotong orang yang dibantu sebelum ini.
Saranan saya: orang begini sesuai dijadikan teman kerana dia ramai contact dan jangan aniayai orang ini kerana ia akan menutup 9/10 pintu rezeki kamu. Silap-silap anda akan bermusuhan dan bermula dari 0 semula untuk membina kembali keyakinan
13. Melawan guru. Dalam sesuatu masa, kekadang guru tersalah langkah tapi berniat baik untuk menyelamatkan pelanggan yang tengah marah untuk mendapatkan barangan dikehendaki daripada berpaling arah. Tapi telah disalahertikan matlamat guru tadi. Kesannya cam mana nak berkat kalau ajaran percuma dibalas dengan caci maki.
Saranan saya: rezeki di tangan tuhan, terima apa yang ada.
14. Lokek ilmu ilmu adalah anugerah tuhan, jika kita dapat mengembangkan ilmu, banyak barokahnya dalam perniagaan. Dapat melebarkan networking dengan pantas, teman networking boleh membuat kerja sendiri dengan mudah, menjadikan rangkaian anda semakin aktif dan silap-silap sale terkumpul anda pada rangking tertinggi setiap bulan
Saranan saya: Boleh dedahkan ilmu anda sebahagian sahaja. Contoh macam saya, idea merempit yang didokumentasikan oleh saya adalah idea yang disampaikan sebanyak 30% sahaja, 70% anda kena praktikan dan menyelesaikan masalah anda.
15. Bertanyakan masalah merempit secara berulang kali menunjukkan anda tidak percaya dan yakin pada diri sendiri. Anda punya emas tapi anda tidak celik emas.
Saranan saya: Ubahlah nawaitu asal hanya mencari keuntugan memanjang, tuntutlah ilmu merempit emas dengan baik. Kenali emas dahulu dari segi sejarahnya, insyallah tiada masalah dalam dunia yang tidak boleh diselesaikan terutama jika hanya melibatkan perkara kecil iaitu pusingan emas anda stak.
16. Suka mengambil tahu hak milik seseorang akhirnya terkedu bila soalan sama ditanya semula
pelanggan kaya: En jual emas ya, berapa gram emas yang encik ada sekarang?
agent PG: Puan jangan tanya berapa emas saya ada, tapi berapa puluh ribu wang yang puan ada sekarang?
Suami pelanggan: Tulah, gelojoh sangat bertanyakan hak milik orang
Pelanggan kaya : tersipu-sipu malu.
Agent PG: Baiklah lupakan hal tu kita terus ke tujuan asal puan panggil saya sampai muktamad.
Agent PG: Puan tanya saya tadi berapa emas saya ada? (setelah selesai perbincangan). Nah kira sekarang emas dlm plastik nie (agent keluarkan 12 ketul emas 20g dari poket kanannya) darab dengan RM2850.00
Pelanggan kaya : Spontan menjawab RM34,200.00 dengan rasa tidak percaya.
Agent PG: So Puan ada berapa puluh ribu sekarang? RM20,000.00 boleh jadikan puan agent malam nia juga.
Pelanggan kaya: Maaflah dik, akak tersilap tadi. Esok datang ambil wang untuk pendaftaran saya sebagai agent ya.
------------------------------------------------------------------------
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.-Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib
Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib
Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya – Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-katalemah-lembut -Khalifah Umar al-Khattab
Manusia berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat..Khalifah Umar al-Khattab
No comments:
Post a Comment