PENGANALISIS ANTARABANGSA MERAMALKAN HARGA EMAS BERAKHIR PADA MINGGU INI BERADA PADA LINE USD1300/OZ.
SAYA MERAMALKAN ITU TAK MUNGKIN. HARGA MASIH MALAR SEHINGGA ESOK.
Salam semuanya,
Apa jadi dengan janji saya untuk mengulas harga emas sepanjang Khamis 23/9/2010 pada jam 12.00 malam? Jawapannya saya sengaja tidak mahu mengulas kerana harga emas sentiasa mendatar dan hanya sesekali denyutan nadinya berubah sedikit-sedikit. So harga emas diwaktu saya janjikan untuk buat ulasan tetap sama dan sekata antara RM2919 hingga RM2927.oo dan emas 1 dinar masih kekal pada paras RM603 dan RM604 walaupun harga 20 gram naik drastik.
Keterangan carta di atas:
Line orange merupakan line harga tambatan yang saya telah tetapkan pada pagi khamis dan harga masih belum jatuh atau membolosi line bawah. Sebaliknya masih mendatar dan sesekali menembusi bahagian line bumbung. Jika ini berterusan anda dinasihatkan supaya buat pembelian segera stok emas baru. Ada kemungkinan harga pasti boom.
Line Biru ialah line harga pada hari rabu yang membuat kejutan sedikit iaitu tetiba harga jatuh ekstrim yang menyebabkan ramai pelabur merasa happy untuk membeli pada harga rendah ketika itu harga emas 20 gram pada harga sekitar RM2867. Tetapi tetiba naik mendadak membentuk kepala ular senduk dan bermain dimuncung dia sehingga habis hari khamis dan di sambung pada hari jumaat.
Line Merah merupakan pergerakan harga emas pada hari Khamis. So lihat sahaja apa saya perkata jika pergerakan harga emas malar harga masih tetap maintain atau kekal pada paras yang tinggi.
Line Hijau merupakan garisan harga pada pagi Jumaat dan jika keadaan ini berterusan harga penutupan pada hari Sabtu 25 september adalah tinggi. So harga yang saya jangkakan menepati ramalan saya iaitu harga 1 dinar tertambat pada harga RM603 dan ke atas manakala harga emas 20 gram pada harga atas RM2895.00
No comments:
Post a Comment