Sunday, September 5, 2010

Harga Emas Tetap Memecut Naik

Salam semuanya,



Tinggal lebih kurang 4 hari lagi akan tiba hari lebaran. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelawat blog saya.

Alhamdulillah kita diberikan kesihatan dan akal yang waras untuk menjalani kehidupan seharian kita dengan ceria.

Menyentuh tentang harga emas, harga emas menunjukkan harga yang terpapar merupakan harga hari raya yang mana ia mahu memberi kegembiraan pada kita di awal pembukaan minggu ini.

Hari ini merupakan hari luar biasa bagi pergerakan harga emas secara keseluruhannya. Menggunakan harga emas 20 gram 24 jam Public Gold, pergerakan harga emas dimulai dengan kenaikan mendadak tidak seperti minggu-minggu sebelum. Biasanya ia akan memulakan harga dari paras bawah daripada harga asal dan mula naik 20 minit kemudiannya.

Berdasarkan kepada pengalaman saya memantau harga emas, jika harga emas memulakan harga yang positif dan tinggi bermakna harga emas akan berada pada atas paras RM2858 dan akan terus naik, naik dan naik mulai 6/9/2010.

Berikut adalah bacaan harga emas termudah yang dapat saya sediakan untuk pelawat blog saya membuat penilaian harga emas semasa yang terubah suai dari carta forex, carta kitco, carta public gold dan maklumat kijang emas yang saya permudahkan bacaannya seperti berikut:



Keterangan carta: Bermula jam 6.00 pagi harga emas 20g pada paras RM2858 telah menunjukkan kenaikan dan sedikit kejatuhan tetapi akan naik semula selepas jam 8.00 pagi

Nampak gaya bacaan ini macam bodoh tapi inilah cara yang paling smart untuk kita fahami pergerakan harga emas menggunakan budaya kita, gaya kita, pemahaman kita, pengetahuan kita dan kemampuan pemikiran kita.

Dengan mudah kita tidak perlu terpengaruh dengan carta naik turun emas setiap saat kerana kita bukan duduk pun di lokasi pasaran emas antarabangsa yang boleh membida harga emas setiap masa.

Saya tidak dapat memanjangkan perbincangan ini kerana saya kena keluar segera untuk menghadirkan diri ke majlis lelongan emas 916 bermula jam 8.00 pagi dan ada urusan pinjaman wang RM200,000.00 untuk penambahan stok emas saya. Saya akan mendapatkan data emas semasa melalui sms sebagai rekod semasa.

Salam jumpa lagi.

So

No comments: