Salam semuanya,
Seperti yang saya maklumkan melalui posting yang lepas. saya terpaksa meninggalkan blogger ini untuk tujuan menghadiri majlis bidaan awam lelongan emas 916.
Semasa saya menghadirkan diri, saya mendaftar sebagai peserta yang kedua. Peh, nak dijadikan cerita rakan sekutu saya Fairulnizam turut serta dan menjadi peserta ketiga yang mendaftar. Tak mahal RM5.00 perkepala.
Tunggu punya tunggu jam hampir 10.00 pagi tak nampak kelibat pembida yang lain. Kami tersangat seronok dan sepakat akan lawan bidaan harga antara satu sama lain. Cash RM80,000 cukuplah untuk kami berdua pertaruhkan.
Sasaran Item emas yang akan kami bida adalah yang terpilih iaitu hanya emas 916 atau emas 22K. So 86 item yang tersenarai maka kami tanda emas yang kasar-kasar sahaja. Mengikut rekod, emas yang akan kami bida ialah emas yang tidak dituntut dari pajakan sekitar bulan September 2009.
Memang murah harganya berdasarkan berat dan nilai marhun kita dapat nilaikan iaitu jika berat emas 10gram, nilai marhumnya RM1000.00 maka taulah kita harga pajakan masa itu ialah RM100.00, tetapi ini bukan harga sebenar emas.
Harga emas sebenar pada waktu itu sekitar RM90.00. Maka kami hanya menambah harga emas lelongan pada sekitar 7% (RM107.00) kepada semua harga yang disebut pelelong.
Masuk sahaja 20 minit lelolangan awam sebelum bermula, berdesup-desup pembida emas yang lain masuk. Terkejut kami ramai broker-broker emas lain masuk meminang. Tetapi alhamdulillah tak sangka semua pembida emas orang Melayu. Hampir 45 pembida masuk bertanding.
Suasana sangat menarik. Setiap bidaan dinaikkan sebanyak RM5.00. Kami hanya membida setakat nilaian barangan sehingga RM107/gram. Yang lain kami akan bakar hati pembida lain untuk meninggikan lagi nilai barang lelongan. Seronok dan menyeronokkan dalam membida harga emas lelongan awam. Lain kali kami akan sertai lagi.
Moralnya dari bidaan lelongan awam ialah:
1. Bukan jumlah emas yang kami mahu menangi tetapi kami menimba pengalaman berguna supaya pada episod yang lain kami perlu bersedia dengan cash yang banyak. Cash yang kami bawa sebanyak RM80,000.00 tidak bermakna jika ada broker yang membawa RM800,000.00 walaupun nilaian 80 barangan lelongan hanya RM67,000.00.
2. Harga jangkaan kita biarlah munasabah iaitu jangan meletakkan harga yang kita nak bid menyamai harga pasaran emas masa kini. Contoh kepada pembida yang menang mereka meletakkan harga emas pada harga yang tinggi sekitar RM110/g dan RM120/g. Ini menjadikan emas yang dimenangi oleh pembida, menjadikan emas tersebut mahal. Jika terus jual memang untung. Kalau nak pajak silap-silap tunai yang diperolehi ciput sahaja.
3. Selepas bersalaman dengan semua pembida, ia menambah lagi senarai rakan networking kami dalam perniagaan emas. Kami dapat berkenalan antara satu sama lain dan bertukar-tukar pengalaman serta kad perniagaan. Ini telah meningkatkan lagi status kami di mata masyarakat. Ramai bertanyakan dengan kami asal, kerja dan pengalaman dalam perniagaan emas.
4. Dalam ramai-ramai pembida nie ada juga yang tak smart. Pembida yang akan bid pada barang yang dia suka tidak kira kualiti emas. Contohnya harga murah, tetapi kualiti emas bawah 70% atau emas pound. Kami lepaskan sahaja dengan berkata bagilah pada si minah tu. So kami tak akan melawan harga yang dinyatakan. Ini bukan menguntungkan minah-minah tu tetapi merugikan sahaja. Kita kita mendapat liabiliti emas. Nak pajak nanti harga rendah 50% dpd harga emas semasa 916 atau emas 22K.
5. Hari pajakan hanya dibuat pada setiap hari Isnin atas arahan Bank Negara. Sebagai guru maklumat ini memberi info sangat berguna pada kami. So dengar sahaja lelongan emas secara awam kami akan tukar jadual kami masuk waktu petang. Kami sangat teruja untuk turut serta pada masa akan datang. Nak dapatkan networking yang lain.
6. Paperwork penting untuk kita buat. List nama barang dan harga perlu ada lebih awal di tangan kita. Tujuan supaya kita dapat membida dengan baik.
7. Kalau tak berwang tidak mengapa. Pembida boleh menuntut barangan terus dengan tunai atau dipajakkan.
8. Harga emas Public Gold dan Public Dinar lebih baik daripada emas lelongan.
Gambar2 nanti saya masukkan
No comments:
Post a Comment