Tuesday, September 7, 2010

Dalam duka ada bahagia

Salam,

Ini kes lelong semalam. Beberapa teman yang terlibat dengan lelongan emas di sebuah pajak gadai ar rahnu telah menelefon saya mengenai kualiti barangan yang mereka menang bid semalam. Apa yang terkena pada diri saya, terkena juga kepada mereka.

Pada kami, senang nak saman kedai pajak berkenaan. Ini disebabkan, kami bid pada harga emas yang disebut emas 916(22k) oleh pelelong. Kami juga membayar mengikut ketulenan emas 916.

Walau bagaimanapun bila emas berkenaan dipajak semula di arrahnu lain emas diterima hanya berketulenan 20k, 21k dan 18k. Bila menemui pengurus arrahnu mereka berkeras membuat nilaian emas yang kami terima semuanya 916.

Apa lagi, laporan polis akan kami lakukan jika esok hari mereka berkeras juga dengan kualiti barang mereka. Ini kerana emas lelongan kedai berkenaan telah memalukan dan menjatuhkan martabat kami sebagai penjual emas.

Rata-rata yang membeli emas kami terus memajak telah menyampaikan hasil pajakan mereka tidak mendapat kualiti emas 22k. Kesannya kami terpaksa memunggut kembali emas dan membayar diskaun kepada mereka. Tentu haru jadinya. Malu dan malu Pendita jual emas 916(22K) tapi bila dipajak jadi 21K, 20K dan 18K.



Ha ha ha, nielah muka aku dan broker lain, sebut emas 22 bila digadaikan jadi emas 20k dan 21k dan yang paling teruk emas 18k haru-haru.

No comments: