Sunday, September 19, 2010

menjana keuntungan dari wang ejen baru menggunakan EPP

salam,

Pada malam ini antara jam 10.30 malam hingga jam 12.30 malam berlakulah satu lagi pendaftaran ejen baru di bawah pendita emas. Saya lockkan harga kepada ejen baru saya seperti berikut:

Peringkat 1: Perbincangan tentang item yang diterima oleh pelanggan dan kaedah bayaran untuk ejen baru maka item seperti berikut:

20gram x 5 pc x RM2882.00 = RM14,410.00
Shipping 5 x RM20 = RM50 untuk admin + RM50.00 untuk penditaemas sebagai kos pendita ambil emas dari JB ke KL.
1 dinar x 10pc x RM596 = RM5960.00

Jumlah dalam Resit SO Public Gold =RM14,410.00 + RM50.00 + RM5960.00 = RM20,430 + RM50 tunai kepada penditaemas=RM20,480.00.

Jika customer ambil sendiri =Bayar RM20,403 sahaja.

Peringkat kedua : Penentuan Kaedah Bayaran

Alhamdulillah pihak kami memiliki stok yang banyak samada dalam tangan sendiri, rangkaian penditaemas999 dan uncang emas.net, emas dalam pajakan, dalam public gold yang telah ditempah secara cash atau easy payment plan sebelum ini telah menguatkan team kami menaja ejen baru.

Kaedah diamalkan pendita emas dalam penajaan ejen baru seperti berikut :

Secara Cash:

Cash melalui akaun pendita emas

Beli cash melalui akaun penditaemas, pelanggan memasukkan wang dalam akaun penditaemas dan pihak penditaemas akan tolong transferkan wang ejen baru terus ke akaun public gold. Segala urusan fax, pemindahan wang adalah percuma. Jika ada stok pihak kami akan dahulukan stok kami sebanyak 50% untuk membolehkan ejen baru menjalankan urusniaga. Contoh:

Pelanggan mendaftar ejen baru dan beli 5 pc 20gram + 10 pc 1 dinar bernilai RM20,480.00 pihak kami sedia berikan stok pendahuluan 2 pc 20 gram dan 5 pc 5 dinar untuk memulakan perniagaannya. Hal ini disebabkan pihak kami tidak dapat mengambil emas ditempah di Public Gold dengan segera. Maka kami perlukan seawal-awalnya 1 minggu dan selewat-lewatnya dua minggu kerana kekangan masa dan jarak antara JB dengan KL atau Penang yang jauh.

Cash transfer melalui akaun ejen terus ke Public Gold

Segala urusan selepas harga emas semasa dilockkan, tertanggung ke atas diri ejen itu sendiri iaitu dari urusan fax hingga pengambilan emas.

Easy Payment Plan

keadah ini juga kami praktikkan bagi kemasukan ejen dalam promosi 20k ini. Caranya ejen baru transfer keseluruhan wang emas yang telah kami lock ke dalam akaun pendita emas mengikut dalam Resit SO Public Gold kepada penditaemas=RM20,480.00 atas persetujuan bersama. Pendita akan tanggung semua liabiliti transaksi ini iaitu liabiliti fax, kos admin, transfer wang 4 kali dan pengambilan emas.

Mengikut kaedah ini kesemua barangan ditempah bernilai RM20,480.00 kami terus serah serta merta item dibeli iaitu 5 pc 20 gram dan 10 pc dinar dan buatkan bayaran easy payment plan pertama RM5120.00 termasuk admin fee daripada RM20,480.00. Bayaran seterusnya akan menyusul mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak PG.

Dalam kes ini tiada dakwaan berlaku penipuan kerana pihak pendita emas telah menyerahkan barangan yang sama nilai terhadap barangan yang dilock sebelum ini. Malahan barangan easy payment plan yang dibuat adalah hak milik penuh pendita emas selepas persetujuan penyerahan emas dan bayaran tunai.

So baki tunai RM15,360.00 sudah menjadi hak pihak pendita dan pendita emas mula membuat keuntungan maksima melalui pembelian stok emas yang baru, membantu ejen baru pendita emas yang kekurangan wang, beli stok emas yang dijual oleh ejen PG yang sesak dengan harga we buy public gold boleh runding, tebus emas dalam pajakan, menawan emas 916 dalam lelongan yang dibuat oleh bank-bank atau kedai-kedai pajak gadai.

No comments: