Monday, September 27, 2010

SASARAN HARGA EMAS 20GRAM MELEPASI RM2950(147.50/G)






Salam,
Harga emas pada hari ini telah dibuka dengan jajaran harga yang tinggi bermain diantara RM2935 hingga RM2939 bagi emas 20 gram 999.9 seperti yang berlaku pada hari terakhir minggu lepas.



In sudah pasti selepas jam 8.00 malam ini harga emas akan naik mendadak melepasi atau menyamai sasaran harga yang saya jangkakan pada RM2950 bagi gold 20 gram. Saya nasihatkan sesiapa yang mahu membeli emas pada harga sekitar RM2930 buatlah sekarang.

Jika melepasi RM2940 hingga RM2950, harga RM2930an tidak akan kita rasai lagi buat masa akan datang.

Fenomena ini sangat sihat bagi pelaburan emas masa kini. Ini menunjukkan bahawa harga emas masih belum mencapai tahan matang pada minggu ini. Semua ini berlaku kerana aksi jual beli yan menarik iaitu berlaku penjualan dan pembelian bagi komoditi emas.

Penjualan emas dan pemegangan tunai ditangan pelabur emas sukar bertahan lama kerana dipihak lain pula akan memandang harga emas yang jatuh sedikit adalah satu peluang mendapat keuntungan yang besar pada mas sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan setahun.

Kenapa berlaku perkara ini?

Saya meminjam kata-kata pakar pelaburan emas iaitu
  • Peniaga-peniaga antarabangsa sudah serik dengan kejatuhan nilai wang fiat yang tidak pulih sehingga kini menyebabkan mereka bertukar kepada penyimpanan emas berbanding bond? dan bil-bil perbendaharaan.

  • Negara-negara yang menggunakan dolar cuba mengenepikan dolar dengan penggunaan rezab emas yang dimiliki oleh setiap negara yang berkaitan.

  • kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 2008 masih belum dapat dipulihkan oleh kebanyakan negara.
  • Wujudnya negara miskin yang menjadi negara industri baru dapat menyaingi negara-negara industri lama kerana kekukuhan ekonomi yang bersandarkan emas.

  • Peningkatan kuasa negara China dalam bidang ekonomi dunia yang cuba menambat Yuan dengan stok emas untuk mengatasi cabaran Yen Jepun menggusarkan negara-negara yang bergantung dengan Yen dalam ekonomi.

No comments: