Salam,
kepada semua penerima anugerah APC, di Pasir Gudang salam tahniah buat anda semua kerana menerima penghargaan di atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2009 pada hari ini 25/9/2010.
Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat anda semua yang menerima bagi kali pertama dan suasana biasa bagi saya dan rakan-rakan lain yang menerima buat kali kedua dan seterusnya. Semoga perkhidmatan anda terus cemerlang dan cemerlang selepas ini.
Pada hari ini saya sengaja datang awal untuk melihat keadaan sekeliling dan suasana penerima anugerah. Alhamdulillah jam 7.30pagi dewan sudah penuh sesak kerana mengikut arahan pihak penganjur supaya hadir seawal jam 7.00 pagi.
Nak dijadikan cerita, semua penerima APC mendapat maklumat majlis akan dilangsungkan tepat jam 9.45 pagi. Setelah lama menanti maka terdengarlah suara dari rakan-rakan penerima anugerah yang melahirkan kata-kata kecewa kerana hadir terlalu awal tetapi majlis lambat bermula. So saya biarkan sahaja persoalan berkenaan bermain di fikiran masing-masing.
Alhamdulillah agaknya teman nie kira dah veteran, maka ramailah yang kenal dengan saya dari peringkat tertinggi hinggalah yang baru memasuki pekerjaan ini. Kira kesemua 558 penerima APC, saya kenali secara terus, teman rapat atau melalui sapaan.
Maka bermulalah flyer pelaburan emas saya terbang dari satu tangan ke tangan teman rapat. Daripada berbual kosong, minda teman-teman saya telah dipenuhi dengan info baru mengenai pelaburan emas. Emas yang sebenarnya dibawa untuk dijadikan contoh. Rakan-rakan mula faham dan saya tinggalkan begitu sahaja supaya mereka dapat membaca flyer yang saya berikan.
Saya masuk dan duduk di kerusi yang telah ditetapkan untuk saya dan sebelah saya adalah penerima APC dari sekolah lain. Sebaran mengenai pelaburan emas saya dapat sampaikan secara lisan kerana flyer yang saya bawa telah kehabisan di pintu masuk dewan.
Selang dua jam, kehadiran Pegawai tertinggi saya membolehkan majlis dapat disempurnakan dengan lancar. Nama penerima dipanggil sorang demi sorang untuk mengambil anugerah masing-masing. Saya berkedudukan nombor yang ke 085.
Suasana mulai bising dan tidak terkawal semantara rakan-rakan lain menunggu giliran untuk dipanggil.
Apa lagi, saya ke kereta untuk mengambil dan menyerahkan beberapa flyer pelaburan emas kepada rakan-rakan daripada duduk dan merasa bosan. Alhamdulillah rakan-rakan mula memberi respon.
Tamat sahaja majlis, beberapa rakan lama menyata dan menunjukkan minat. Ada yang sedia maklum tentang seminar pelaburan emas yang penditaemas akan buat pada 2 oktober dan ada teman sudah memberi respon untuk mengumpulkan teman-teman lain di tempat masing-masing untuk saya talk dengan mereka.
Alhamdulillah, pengisian masa yang membosankan telah menceriakan penerima APC dengan edaran flyer tadi. Impaknya sangat besar kepada pelaburan emas pendita emas. mengapa saya berkata begitu? Saya dapat menemui 5-7 orang wakil dari setiap sekolah di Pasir Gudang.
No comments:
Post a Comment