Tuesday, September 28, 2010

Harga Emas Pagi Rabu (29/9/2010) Yang Menceriakan


Salam,
Bangun pagi ini, terasa seronok plak kita bila menjadi sebahagian dari pelabur emas semasa. Harga emas 20 gram sudah berada pada paras RM2963.00. Ermmm harga telah melepasi paras yang saya suka dan tetapkan pada minggu ini. Harga emas berada pada paras bertenang ketika ini dengan tujuan untuk melihat reaksi pasaran antarabangsa.

So mengikut pengalaman membuat analisa harga, harga ini adalah sesuatu harga yang tidak mustahil untuk dilepasi pada petang ini. Caranya market akan buat tekanan belian dan pada satu peringkat akan berehat untuk melihat kesan penawaran dan permintaan. Tekanan belian telah berlaku pada malam tadi selepas jam 9.00malam.

Kesannya beberapa peruncit public gold mengalami kerugian kerana tidak mengambil peluang buat pembelian emas 20gram pada harga RM2912.00 dan emas 1 dinar RM602.00. Ini disebabkan mereka cuba membuat untung yang lebih tinggi dengan membuat penangguhan pembelian.

Kejatuhan harga petang selasa adalah disebabkan oleh proses pengambilan untung, sudah pasti akan berlaku perebutan stok dalam pasaran. Jaminannya harga emas tetap akan naik.

Sebagai peruncit usah terikut-ikut sangat dengan gelagat pelabur emas bervolume besar. Segala harga emas semasa wajar kita rebut jika cash in lebat dalam tangan.

Untuk tujuan tersebut pada hari ini saya sedia menukar sasaran harga baru emas 20 gram kepada dua paras harga terkini:

1. Paras harga terendah masa kini =RM2960.00
2. Paras harga tertinggi masa kini = RM3000.00

Untuk harga emas 1 dinar

1. Paras harga terendah masa kini =RM610.00
2. Paras harga tertinggi masa kini = RM623.00

No comments: